terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Friday, December 21, 2012

akhir Seseorang

2306 - 2330 : on air

mengantuknya...malam tadikan akak nyaris-nyaris accident. tiba- tiba terlelap masa bawak kereta.

     eee...bahayanya kak. kalau ngantuk berhentilah tepi jalan. tapi tengah malam berhenti kereta, sorang- sorang seram jugak hehe.


2330 - 2335 : end

ok bye. thank you everybody. kak baik- baik bawak kereta (sengih)

     (senyum)


0506 : dapat mesej. ke hospital. aku terpempan ! dan masih.


sebuah honda crv dari arah kajang, terbabas dan memasuki laluan bertentangan. ia kemudian memasuki laluan sebelah dan bertembung dengan perodua myvi. akibat pertembungan kedua-dua kenderaan menyebabkan perodua myvi terbalik.  info & foto onescene.my

alfatihah kak.

Sunday, December 16, 2012

ledakan hambuR

manusia
organisma yang paling unik punya pembawaan gelap terang.
menggembirakan, menyakitkan. menenangkan, mengejutkan, morat- marit.
satu sifat kecil tersembunyi tetapi pasti ada, itu ... ledakan hambur. memang kompleks!
tolong jangan nafikan.
ayu atau naif, itu tetap ada. yang dikawal sendiri.
yang masih disorok, meledak sekali.
yang sentiasa meledak konsisten pula. tentu dan pasti berkali- kali.
sebab itulah, twitter dan fb dicipta bestari.
personifikasi idonsinkrasi.
terimalah ledakan hambur...diri!

Thursday, December 13, 2012

lagi my daddy...bapak aku...mak kiTa

setia merelakan kesengsaraan. ahh, itu di antara bait nukilan abang moel dilafazkan ibu dan sabera. dua beradik lain bapa meninabobok diri sebelum tidur yang tidak terjadi-jadi kerana mengungkit kisah lalu. lepas marah yang tertahan sebabnya, maaf terpaksa, kasih terlindung, kecewa disimpan.
luah..dodoi tidur, mereka luahkan. dodoi tidur yang lain. sangat lain!

ahh...itu paparan terangan yang penonton nampak. persembahan ini berlapis. lihat subteks tajuknya. plot, dialog, aksi. berkenaan patriotisme!

fauziah nawi dan sabera shaik. mulanya mungkin kedengaran janggal untuk melihat mereka beraksi berdua melihatkan kecenderungan latar belakang teater mereka. tapi kemahiran yang lama lekap membentuk ikatan lakon yang bagus.    

mereka...aktivis lama teater yang bukan sebarang. sesiapa yang terlepas persembahan di aswara lalu, hadirlah ke...
tempat : Auditorium Daeng Chelak,
Muzium Sultan Alam Shah, 
Shah Alam Selangor

masa : 9.00mlm


tarikh 15 & 16 Disember 2012

tiket : Biasa RM 50/ Pelajar RM 25




life of piscine molitor



saya tak suka tabu berlakonlah.
    eh, kak minat tabu. ingat tak dia dalam chandni bar. best acting dia.
kalau ambil aishwarya berlakon kan best.
    ini bukan filem bintang, ini cerita pelakonnya binatang. richard parker... orange juice.


filem ditunggu-tunggu. baru tayang aku di antara terawal menonton. di panggung penuh. ramai sungguh penonton cina. filem, pelakonnya hindustan. melayu yang tengok tak sampai belas. cerita ini adaptasi dari novel terkenal. pecahan ketara penonton mengikut kaum ini adakah berkaitan dengan minat budaya membaca dalam kalangan mereka. atau sebab ang lee yang mengarah. teringat brockback mountain pula. ahh apa aku merepek ni.

filem ini tentang kepercayaan. ang lee tidak memberatkan fikiran penonton. malah memberi keindahan dengan penghasilan kesan visual yang cantik. penonton boleh memilih, melihat lapisan dasar yang dipaparkan. polos dan terus. atau memahami simbol, imej dan maksud tersurat karya ini. aku suka pembawaan filem ini. ia tampak ringan untuk kita susuri plotnya sambil memahami secara perlahan dan mendalam maksud yang di sebaliknya itu membawa sesuatu yang besar.
life of pi tentang pengembaraan pencarian rohani.  

Saturday, November 10, 2012

Tuesday, November 06, 2012

siniSter...konklusi stail korea le

ia sudah kelihatan macam lain
memberi sesuatu yang mungkin takkan disangka- sangka
misteri kepada persoalan tak terjangka 
tapi ahhh...kelemahan ini kerap sangat berlaku pada filem dan drama
pengakhiran!
pengakhirannya terlalu mudah, surreal stail pengaruh filem seram korea.  

Saturday, October 06, 2012

menjadi Yang boleh diharap

ingat tak cita- cita sewaktu kecil dulu. sekolah rendah dulu aku pernah diminta beri tiga cita- cita apabila dewasa.
ada tiga. pusing- pusing tiga itu juga. pertama, pegawai bank. kedua, kartunis. ketiga, jadi wartawan. naik darjah, cikgu minta tiga lagi. pertama, kartunis. kedua, pegawai bank dan ketiga nak jadi wartawan.

naik sekolah menengah pula, cita- cita aku jadi subjektif. ingin berjaya dalam hidup. dalam buku autograf, cita- cita itu menjadi popular sama popularnya hobi mengumpul stem (ketika sekolah rendah). hobi yang cuma sekadar dinyata. ikut trend semasa. buku stem wujud. tapi aku tak pasti siapa yang kumpul. memang bukan aku.

berbalik kepada cita- cita. subjektif kerana tiada ketetapan. minda mula didatangi pelbagai. pengaruh makin melebar. tiada pula yang menunjukkan. tiada yang menyedari potensi untuk dihalakan kecenderungan. cuma nasihat. belajar rajin- rajin. belajar pandai- pandai. sampai masuk universiti.
hmm... aku tak salahkan sekeliling. alhamdulillah. berkat nasihat, dapat masuk u. semua adik- beradik dapat. tentang kerja dan cita- cita. hmm... hidup perlu wang. maka, cari kerja untuk dapat wang dulu.

aku...aku tak dapat 3 cita- cita asal yang diminta (paksa) oleh guru itu. tapi aku perasan aku menghampiri ketiga-tiga itu. ada sahabat, adik- beradik punya posisi itu. aku perasan tiga cita- cita itu terbit kerana pada ketika itu, hanya itu yang aku nampak. pegawai bank kerana bapaku kerja bank. pilihan menjadi kartunis kerana aku memandang tinggi kekreatifan pelukis kartun sebab minatku membaca komik gila- gila, ujang dan karya lat. wartawan...hmm, pengaruh majalah mastika, sarina dan variasari agaknya. novel fiksi pertama yang aku mula baca dulu watak utamanya wartawan. memoir pertama yang aku baca juga tentang wartawan.

pada waktu ini aku bekerja di bidang yang aku suka. cenderung dengan jiwa. cita- cita aku masih subjektif tapi tetap. iaitu menjadi yang boleh diharap. setakat ini harap ia masih dan terus masih.

Friday, August 31, 2012

55 tahun merdeka Menanti untuk dimengerti


malam melihat
siang dialami
syukur teramat
aku...
 di malaysia kini




Sunday, August 19, 2012

nota tengah malam Malam raya


rumah arwah atuk dan nenek terletak di atas bukit. perlu lalui jalan kecil yang hampir tegak dengan hala tingginya enam puluh darjah. kini walaupun tiada siapa yang tinggal di sana, mak dan adik- beradik mak ada juga balik jenguk.

minat membaca aku mula di sini. masa kecil dulu, selain main sekitar luar rumah, aku gemar belek- belek buku dan baca. ada rak bercermin tersusun pelbagai buku. buku sekolah makcik- makcik dan pakcikku. tentulah kebanyakannya berbentuk ilmiah. pernah cuba nak baca tapi kepalaku berat sikit. ikut mood minda. tapi yang menarik perhatian, barisan yang tersusunnya majalah kecil. sarina, variasari dan mastika. bercakap dengan jin pun ada. paparan kisah realiti buat aku jadi tekun (begitu juga mistik). banyak kisah hidup orang lain aku dapat tahu.

selain buku dan majalah, ada pemain piring hitam dan pemain catridge. aku suka dengar dan belek-belek pelbagai koleksi piring hitam. cover cantik dan klasik. sekarang pun masih ada. tapi cuma tinggal beberapa.        

satu lagi kampung, di rumah mak long aku. asalnya, rumah arwah atuk dan nenek. di situlah mak dan adik beradik mak membesar. aku juga lahir di situ. walaupun mak sudah menetap di kuala lumpur. di situ, menjadi aktiviti lasak kampung kami. rumah ini sudah banyak berubah.

foto anak saudara raya tahun lepas di kampung


sebenarnya aku rindu suasana itu. masa kecil dulu sekali- sekala balik kampung. yang sekali- sekala itulah pengisiannya bermakna.

selamat raya semua


Tuesday, August 14, 2012

kehilangaN raya

menuju akhirnya ramadan, kerap mendengar khabar kehilangan dijemput tuhan.
sedih pastinya.

Friday, July 27, 2012

shuhaimi baba pembikin adegan bermakNa

aku sudah lama nak mengatakan ini. fuhh...

Thursday, July 26, 2012

bening filEm

singgah speedy, tengok banyak dvd international art movies berharga rm 9.90.
gembira untuk beli, sedih... murahnya.


dua filem melayu seminggu di panggung wayang gambar. hmm...
tiap-tiap bulan dapat tiga baucar tiket wayang percuma tapi kehadiran banyak filem melayu makin mengurangkan nafsu tonton aku. 


tengah malam, layan pecahan empat jam layar lara. fuhh, kepuasan tak terkata.


heningnya sebelum dinihari ramadan ke-6.

Tuesday, July 17, 2012

untuk katupnya mata semenTara

layan satu movie
baca satu chapter
                        ...

Thursday, June 21, 2012

memaknai kegiRangan

orang selalu merencana perkara yang berbaur keseronokan. rancang ke tempat- tempat idaman. lakukan sesuatu yang riang ria. tapi adakah kita menikmati rasa itu. walau ia bersifat sementara. keseronokan tidak berpanjangan. ia lebih memberi impak apabila sebelum itu, kehidupan yang dijalani bersifat mendatar, serius dan disimbahi tekanan atau hadapi kerja yang tak pernah berhenti.

seronok memerlukan rakan. rakan itu boleh jadi sesiapa. sama ada yang kita jumpa hari- hari, sekali- sekala atau tak pernah kenal. hmm...walau tak perlu ke mana- mana pun, kita boleh mencipta seronok itu asal terbit keriangan. spontan, natural, ikhlas.
kalau mahu ke mana- mana, pergilah tempat yang belum pernah pergi dan lakukan aktiviti baru. aku percaya apresiasi terhadap tempat dan aktiviti itu akan menghadirkan rasa yang tak dapat digambarkan.

keseronokan boleh dicipta di mana- mana. agar kita kreatif. manusia itu ada kreatifnya. kegirangan yang terhasil daripada kespontanan, walau sesaat, sangat bermakna.

apabila merancang tapi tidak menikmati, maka tentulah tidak memaknainya.

lalu, aku tak pernah merancang. keputusan seringnya spontan. ditakdirkan aku riang, maka, giranglah aku.

ini di antara keputusan spontan aku. dengan mereka yang jumpa hari- hari, sekali- sekala, berlaga bahu tanpa sapaan, berselisih tanpa ooi atau hey dan yang tidak pernah kenal.
aku amat memaknainya dan aku tahu ia bersifat sementara dan sama sekali takkan ada lagi.

di antara mereka dayang, saliha, shima, hanim muhili, nerina, aida & kakak- kakak

 

Friday, June 01, 2012

teater Maraton

fauziah nawi berperanan besar dalam memandu perkembangan filem hoore- hoore, juga memandu watak yang farah perankan.

1 hingga 10jun, fauziah nawi beraksi dalam persembahan komedi Maraton. teater dipersembahkan di mini auditorium matic, kuala lumpur. turut sekali, emy & oreo.


Sunday, May 27, 2012

inang di bumi kerbaU

apa ke hal nasha aziz nak berlakon telefilem inang di bumi kerbau. dengar tajuk sahaja, mesti ada yang tukar saluran. tiba-tiba ada zul huzaimy. lepas tu nama eman manan. hmm...apa ke hal untuk aku tidak ikuti tv1 kan.

kali ini aku tidak mahu sentuh tentang cerita. begitu juga lakon mereka. mereka kan... ah, aku tak akan kecewa!  aku terpikat dengan sudut pandang kamera dan suntingan. keseimbangan alam. keseimbangan lakon. tak lepas- lepas mataku dengan penangan garapan zul huzaimy ini.

akhirnya ada lagu bumi kerbau disenandungkan tarmimi siregar di penghujung cerita. tidak klisekan, sebab irama lagu minang tidak melatari sepanjang telefilem ini. aku suka produk zul huzaimy yang ini. tahniah.


kredit foto Kazoku Pictures Photography

Wednesday, March 21, 2012

mereka Bunuh bunohan?

setelah bertahun lama selepas sama- sama habis mengaji, itulah satu-satunya teater pertama dan setakat ini terakhir kita orang bekerjasama. pada masa itulah aie ada cerita tentang filem yang dia turut terlibat berlakon (berlagaklah aku cerita ni konon kawan pelakon).
aie kata lokasi penggambaran di terengganu. ada pasir putih pantai yang cantik. ada juga lokasi di kawasan paya. aie hanya cerita itu. aku sudah teruja. agakan aku, sinematografi mesti tip top.
aku lebih tanya tentang dukun. sayang tidak dapat dipertunjukkan. karya yang catchy (dan sensasi) tak dapat ditonton, memang terkilan benar.

pada waktu itu, rasa lama nak tunggu bunohan. pra tayangan, kehebatan bunohan mendapat perhatian di festival luar negara seharusnya menjadi promosi yang cukup teguh. tapi aku lupa. kita di malaysia. malaysia pada tahun 2012!

berbalik kepada aie, semalam aku teks dia. aku tak biasa intro. terus saja. wahh, jahat lakonan kau aie jadi jolok.
seterusnya, aie mesej tentang serba sedikit pasal filem ini. ada yang mengena dengan pemahaman aku. ada yang tak betul dengan tekaan aku.

aku senang menonton bunohan. maksud aku, tiada kekeliruan kronik wujud dalam minda. seliratnya dihubung cantik. aku tak pedih untuk hadam. kisarannya halus. barangkali apabila sudah biasa menonton cerita yang berlapis- lapis, penerimaannya tidak menyeksakan. (berlagaknya kenyataan ni).
ah, mungkin sebab aku faham sikit tentang wayang kulit. juga main puteri. atau tahu luaran saja pasal tomoi (ceh!).  tapi aku tidak berapa tentang buaya putih jadian. saka harimau tahulah. yang pasti paparan elemen- elemen tersebut 'mengisi' bunohan menghampiri antropologi secara tarik tali (aku retorik je).

cuma penghabisannya. aku terkedu. aku suka tiada melankolik pada filem ini. tapi aku rasakannya pula. melankolik yang lain. sebab ia memberi persoalan yang besar tentang mati mereka.

hanya oportunis yang hidup... mesej akhir jolok pada aku.

Wednesday, February 22, 2012

takat itU sahaja

waktu giat berdetik
dunia kian dicemari
teknologi rancak melekakan
penyakit mendatang
kudrat bertambah lesu
masih...
pada tahap, tahap itu sahaja
kematangan terencat
terhad lingkungan, lingkungan itu sahaja
mencari yang melekakan
hidup... takat, takat itu sahaja

Friday, February 17, 2012

mereka yang terkaYa

semalam berita di tv ada udarakan cerita tentang insan terkaya di malaysia.
akhbar hari ini juga menyiarkan.
hmm..aku ura- ura hendak tampal artikel wajah- wajah mereka (dan nilai kekayaan) di cermin solek di rumah. tapi di ofis pula, rakan sekerja dok edarkan risalah untuk buat pinjaman peribadi. hmm... mana nak kaya kalau hidup diikat dengan hutang.
hidup...
bukan untuk wang, tapi untuk hutang. hakikat. realiti yang sakit, hidup untuk hutang..oh yea !!!


bayi ini, lahir je sudah kaya

Monday, February 13, 2012

teringin Tengok

ada beberapa movie yang aku teringin nak tengok (balik), tapi tak dapat.



dan jasmin

uppss.. ada satu lagi



Monday, January 23, 2012

Tuesday, January 10, 2012

bila kl meletup

ibarat persembahan pyro mengiringi keputusan 90one

Tuesday, January 03, 2012

tak sempat merasa

ada yang tak sempat merasa sesaat pun
apatah memulakan 2012
al fatihah untuk kenalan yang pergi
dan mereka yang telah berlalu


berubah... ada yang tidak mahu berubah
itu sebab ada kata, terima seadanya...
terima seadanya dalam konteks apa
menanti, mengharapkan sesuatu
agar perubahan berlaku
diri...sepatutnya diri