terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Thursday, December 13, 2012

life of piscine molitor



saya tak suka tabu berlakonlah.
    eh, kak minat tabu. ingat tak dia dalam chandni bar. best acting dia.
kalau ambil aishwarya berlakon kan best.
    ini bukan filem bintang, ini cerita pelakonnya binatang. richard parker... orange juice.


filem ditunggu-tunggu. baru tayang aku di antara terawal menonton. di panggung penuh. ramai sungguh penonton cina. filem, pelakonnya hindustan. melayu yang tengok tak sampai belas. cerita ini adaptasi dari novel terkenal. pecahan ketara penonton mengikut kaum ini adakah berkaitan dengan minat budaya membaca dalam kalangan mereka. atau sebab ang lee yang mengarah. teringat brockback mountain pula. ahh apa aku merepek ni.

filem ini tentang kepercayaan. ang lee tidak memberatkan fikiran penonton. malah memberi keindahan dengan penghasilan kesan visual yang cantik. penonton boleh memilih, melihat lapisan dasar yang dipaparkan. polos dan terus. atau memahami simbol, imej dan maksud tersurat karya ini. aku suka pembawaan filem ini. ia tampak ringan untuk kita susuri plotnya sambil memahami secara perlahan dan mendalam maksud yang di sebaliknya itu membawa sesuatu yang besar.
life of pi tentang pengembaraan pencarian rohani.  

No comments: