terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Saturday, April 02, 2011

3 waJah tambah lagi 2 hari

tukang sapu bermacam macam standarnya...teksi sapu, bas sapu, lori sapu...tukang sapu berkolar pun ada. tukang sapu rezeki orang pun ada.
ada lagi...sapu budaya, sapu maruah, sapu kepercayaan, tukang sapu minda dan...yanti...kesian kamu, anu kamu pun dia sapu


hutang ni pun macam magik jugak..ada..boleh tak nampak. tak nampak boleh jadi ada. hutang budi misalnya...orang dulu kata bawa sampai mati. tapi zaman sekarang boleh ganti dengan body. apa nak difikirkan sangat pasal harga diri..bukan benda yang nampak...apa yang menyalut diri tu yang ingin orang lihat.segalanya serba bergaya..dari jenama ke jenama


yelah tu apa apa pun boleh jadi. apa susah, memanglah..tak ada apa yang senang. nak makan pun kena kunyah. berpeluh jugaklah. kena pulak kalau gusi tengah bengkak. selera pulak buat hal. perut pulak dah berpiuh piuh masuk angin..mau tak lemah badan. masa tu kalau silap mau bunuh orang...jangan buat hal. pukul jangan tak pukul..janji puas hati


persembahan 3 wajah dilanjutkan hingga 5 april
anda masih berpeluang

3 comments:

Chulan Chin said...

aslkm..

dik ryann- 'terima kasih', krna memasukkn 'inti cerita/dialog' drpd teater itu..

terlalu banyak mesej yg terkandung dlm luah ucpn kak FN, hggakn abg am tak sempat nak mcatat di ingatan!

dgn entri ini, abg am bsyukur dpt mgimbas kmbali mesej2 'berharga'yg disampaikn itu..

(abg am 'cari' dik ryann pd mlm ptma tonton '3 wajah'. mlm ke4, hntar adik dok 'cari' lg, tp dik chi kata dik ryann dah dtg hr jumaat tu.. aduhai!)

smga rahmat Allah memayungi hidup dik ryann..

wslkm

noorlara said...

hebat dan mengujakan!

ryann said...

wslkm, bang amal. terima kasih selalu hadir/sokong pementasan stefani. takde rezeki untuk ketemu. saya kerja. terima kasih sentiasa mendoakan kesejahteraan saya.


alhamdulillah kak noorlara