terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Wednesday, January 19, 2011

keghairahan, kekerapan dan kegusaraN

...aku tertarik membaca artikel tentang eman manan, khalid salleh, rahim razali dan u-wei dalam utusan malaysia. walaupun ringkas, artikel- artikel tersebut bukan sahaja memaparkan pemikiran mereka, malah pandangan mereka tentang senario seni terkini.

memetik kenyataan u-wei dalam utusan,
  "di malaysia kita belum ada budaya menonton tidak kiralah cerita atau genre apa sekalipun. ibaratnya kalau ada seorang naik keretapi, maka yang lain akan naik keretapi."
  "kita tidak boleh salahkan para penonton kerana mereka hanya menonton apa yang disajikan kepada mereka. macam tiada pilihan."


...keghairahan dalam berkarya memang harus ada. bernasib baik impak hasil dari keghairahan itu boleh mencetuskan magis, fenomena, dan juga box-office.


...filem seram dan drama fairy tale. apabila terlalu kerap sangat hingga menjadi trend dalam pembikinan, pasti mengundang gusar. apakah akan terjadi kesan dari kegusaran itu?
kita sama- sama tunggu.


mengapa berkarya perlu mengikut trend?
  kehendak penontonlah beb!
kehendak penonton atau penonton sendiri tiada pilihan?
  ahh, naik sahajalah train. banyak songeh!

4 comments:

en_me said...

naik tren suker dok bakang, lambat sikit sampai.. ihiks

ryann said...

:)

Zafira said...

I do salute your last paragraph. Memang nilai komersial penting, sebab tu ikut kehendak penonton (kononnya). Masalahnya, mana ideologi sendiri? Tak jana apa-apa sungguh. -__-'

Ophe said...

tiada pilihan aku kira... :)