terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Friday, November 12, 2010

kEsiLApan terBaik 2 ?

ia terang-terang bukan salah aku. tetapi semua sedia maklum ia terang- terang tanggung jawab aku.
peranan aku dilihatnya seakan mudah.
fullaa...setakat petik jari beb! hanya bermain dengan masa. dengan kepungan masa itulah apa sahaja boleh berlaku.

tegang. tertekan. kesilapan. lucu. tenang (boring pulak). gaduh (hendak flying kick pulak, tapi aku selalu mahu baling kasut).
teguran laser (bukan aku kot). usikan sarkastik (memang jelas satu-satunya aku).
kekadang beraksi persis konduktor orkestra. adakala ayunan persis konduktor itu disulami penyakit parkinson. getar menggegar!

aku pemandu kereta formula one yang sangat laju tiba- tiba tayar tercabut dan apa yang patut dilakukan. kereta berputar, terbalik dengan tangan bersilang memegang stereng. mulut ternganga. itukah penyudahnya?

dalam kepungan masa itu juga mulut perlu bermain dengan betul, mata meliar besar yang jangan sekali terlepas pandang. telinga harus sedap dan pantas mendengar. perlu faham prioriti yang perlu didulukan. mana boleh dibuangkan.

konklusinya peranan aku seharusnya seorang perfectionist. tapi pemerannya adalah manusia yang tentunya tidak sesekali sempurna.

uhhh
owh...tapi ia masih terang- terang bukan silap aku. mereka juga sedia tahu ia terang- terang bukan silap aku tapi aku terang-terang wajib faham ia tanggung jawab aku. makanya, ia adalah salah aku.
ia satu isu besar. sangat- sangat besar. satu negara tahu.
peliknya aku diberi puji.
aku sangat takut salah itu dipuji tapi yang faham sedia maklum di antara peranan agung kami adalah menjadi penyelamat. tiada siapa peduli. tiada siapa maklum. hanyalah yang memahami peranan itu.
terima kasih (dengan getar parkinson kerana ia masih salah dan aku masih tunggu akibatnya).

4 comments:

AzmaMurni Aziz said...

hermm.. hanya yang benar-benar faham akan memuji. mengeji.. hmm.. mungkin dari yang ingin menutup silap agar tidak terjerat sendiri.

kadang-kadang yang mudah itu tidak mudah sebenarnya. yang susah itu tidaklah sepayah mana selagi ada kemahuan.

tun teja said...

kak yan.. ni sedang bermasalah ke atau dalam dilema??? xper.. masa akan mengubat segalanya.

sabor ler bebanyak byk

en_me said...

laju kann kete f1 tewww.. uhuhu

ryann said...

to qasih, nasib baik ada yg faham. merekalah penyelamat.

to tun - dua-dualah adik. dah cool dah. tapi takut gak.

to en me - laju lerrr.. tapi saya level daytona je.