terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Tuesday, November 09, 2010

baRu RAsa

berpuluh- puluh tahun hidup baru pertama kali aku makan buah keranji. buah keranji dalam perahu tu. malu aku pada buah keranji tu. kalaulah tak kerana popularnya pantun melayu tu, tak tahu pun kot nama buah tu. terima kasih kepada kawan ofis yang bawakan sebagai ole-ole dari gua musang. lawa buah tu. ala- ala anggur. nampak sama kelas dengan strawberi.

sedang berlegar- legar di ofis. salah satu monitor yang berderet-deret di ofis sedang siar rancangan muzik- muzik. aik..dah separuh akhir. tak tahu kisah pun. kawan ofis kuatkan volume dan mute kan monitor lain yang memapar pelbagai channel.
di antara perbualan kami ada yang menyentuh tentang betapa tidak mesra telinganya lagu- lagu yang dipertandingkan. banyak penyanyi baru je. budak-budak mentor, af, indie. of course nanti ada faizal tahir. kita orang borak- borak pada zaman kemuncak juara lagu dulu pada ketika itu lagu-lagu yang dipertandingkan begitu fight.
uahh..dengar rock kapak le, kata salah seorang rakan ofis. lalu, buka youtube. pasang kuat - kuat. layan lagu ekamatra. generasi y ni.

8 comments:

Mr Final said...

ok.. zaman kite berbeza..... hahaha tp kak melah kan ade td... huhu

ryann said...

update juga yang terkini. tapi zaman lalu begitu kuat peninggalannya. hehe. kak melah ade ke tadi tak perasan haha. kagum pulak bila ada generasi indie yg minat rock kapak.

en_me said...

sejati.. ihiks

saat omar said...

ye betul

Sophie Al-Yahya said...

thanks kakak ryann.. T_T

kakak ni misteri laaaaaaaa...........

noorlara said...

Lama tak makan buah keranji memang banyak di Pantai Timur je,

Memangpun lagu sekarang sukar nak disukai mungkin sebab penyanyi nya tidak menjiwai atau memberi roh kepada lagu itu

Rashid said...

Lagu ekamantra.. mendayu bah lagu itu. Rasa terbang di awangan..

ryann said...

sejati wings ke en me

zaman kita... saudara saat

takde le dik sophie.biasa biasa ajer.

barangkali penyanyi kini menjiwai secara selamba kot, noor.

bang rashid,teringat zaman sekolah dulu punyalah bangga dapat beli kaset ekamatra.