terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Friday, April 09, 2010

IMBas Lepas

lama tak menulis di blog tak bermakna aku tidak melayari internet. kerap pada tengah malam ke pagi, walau minda letih sebab baru balik bekerja aku akan cuba gak jenguk ke dunia maya.

lama tak menonton apa- apa baik teater mahupun filem. teater terakhir yang aku tonton, seri mersing (adaptasi filem klasik seri mersing). kagum aku dengan arahan bang kudin tu. walau ada kedengaran sedikit pekik (penuturan dialog sesetengah pelakon), aura karya ini terlalu kuat memaksa aku mengabaikan sahaja apa- apa kekurangan. aku suka dialognya. muzik latar dan garapan dua zaman. muzik dan dialognya membuatkan aku terasa dekat dengan filemnya. aku juga suka tengok aksi betapa seksanya untuk adi putra menutur line keramat damak yang mengundang sorak dan tepuk penonton hingga tenggelam betul suara sang hero itu.

masa kecik - kecik dulu aku tak berapa minat nordin ahmad. gara- gara filem inilah, berulang kali aku tengok makin aku cop nordin ahmad seorang pelakon yang terlalu melankolik. sayu hibanya berlebih-lebih. lagilah tak minat aku tengok lakonan beliau dalam cucu datuk merah dan air mata duyong. tapi sebelum tu aku suka lakonan- lakonan awal nordin. contohnya dalam filem anakku sazali. aku boleh terima nordin dalam semerah padi. juga filem hang jebat. lama- kelamaan aku akui allahyarham nordin ahmad seorang hero dan pelakon unggul selepas allahyarham p. ramlee pada zaman kegemilangan mereka dulu.

filem terakhir yang aku tonton iaitu filem alice in wonderland. punya le teruja aku nak tengok filem ni sebab johnny depp. arahan tim burton pula tu. tapi kemudiaannya aku sedikit kecewa. adakala aku nampak depp membawakan watak mad hatter seakan willy wonka dalam charlie and the chocolate factory. teringat betapa terkesannya depp memainkan watak sweeney todd. tapi yelah, kena tengok jugalah corak filemnya. filem ini agak simple. kepala aku tak berselirat walau aku mengharapkannya. ramai tahu kisah asal cerita dongeng klasik ini maka, aku mengharapkan burton boleh tampilkan pelbagai elemen dan mengacau plot yang mendatar. karya fantasi bukankah menuntut kreativiti yang melampau. namun begitu, efek dan tata artistiknya memang cool dan unik.

sehari sebelum aku tonton alice in wonderland, aku layan filem green zone, lakonan hero siri bourne, matt damon. wow, terbuka luas mata aku walau sebelum tu mengantuk teramat sangat. pada malam masa nak tonton filem ni aku pilih secara rambang je sebab baucar tiket wayang yang aku ada tarikh tamatnya hari tu jugak. walau filem ini dah berakhir, aku masih mengharapkan ia tidak habis lagi.

7 comments:

Rashid said...

ermm minat menonton filem rupanya.. hehe. Saya ni dah lama tak menonton film.. tengok tv je. Itupun boleh dikira siaran dan masa yang saya tengok.. adoiii..

Bro Framestone said...

jika dulu ada saja yang melawat blog ku di awal pagi

salam ziarah tidak luak dari pelawat tue

he..23x siapakah dia ek

BroFramestone Blog

Mak Su said...

maksu minat gila kat nordin ahmad, masa tahu dia dah passed away dulu, maksu frust giler...hehehe

oh heroku

saat omar said...

ya pengaruh willy wonka kuat dalam mad hatter...tapi muka Johny ada macam frodo sikit...

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

salam dik ryann..
smga tenang n senang..
:)

sebut nordin ahmad, abg am teringat waktu mak bgtau dia meninggal (thn 70 atau 71), abg am menangis!
ya la..masa tu selalu tengok cerita melayu, abg am suka dia. paling suka cerita hang jebat n seri mersing..
hingga sekarang, tak jemu tonton cerita2 dia..

maaf, lama tidak meninggalkan jejak n komen. spt dik ryann, bukan tak berinternet. tapi abg am lbh ke dunia FB! itu yg jarang update blog..

jmpa lg di lain ksempatan. smga Allah lihara hidupmu..
wslkm

ryann said...

tonton filem yg best je bang rashid.

saudara frames - saya rindu kunjung awal pagi tetapi sekarang awal pagi itu baru mula beradu. huhu

ryann said...

mak su, sedihkan seseorang yang minati pergi terlalu cepat.

betullah saudara saat. tengok poster tu depp nampak macam frodo. terutama pada mata.


salam abang amal. harap juga sentiasa tenang hendaknya.

lama tak dengar khabar abg. aktif fb tu. hehe.

masa nordin ahmad meninggal tu saya tak lahir lg tapi mak ada cerita betapa ramai yg sedih sebab ramai minat lakonannya.