terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Sunday, May 10, 2009

makna haRi


baru lepas sambut majlis harijadi anak buah. dua orang sekali. seorang tu lahir 3 mei, seorang lagi 7 mei. tahun yang sama. 3 + 7 = 10. maka, sambut hari ibu sekali. jamuan sederhana je. keluarga terdekat yang hadir, tapi meriah dengan telatah empat orang anak saudara tersayang. nakal, merajuk, seorang takut hembus lilin, yang lagi satu takut potong kek (tapi suka calit). pelbagai karenah tapi aku terhibur.

dah ada anak buah ni baru kerap buat jamuan makan- makan. waktu dulu ketika kecil, aku tak perasan ada sambut harijadi ke tak. mungkin masa umur setahun dua ada kot. gambar pun tak ada. cuma yang masih terakam di ingatan lagi iaitu semasa sambutan harijadi adik ketiga (yang di bawah aku). tak silap waktu itu adik masih sekolah tadika ke darjah satu entah. aku lupa. cuma aku ingat majlis tu agak meriah. masa tu adik bongsu tak lahir lagi. kira yang ketiga tu manja sikit le ketika itu.

sejak kecil, mak dan abah tak pernah tanya nak apa. maka, kami tiga beradik tak biasa meminta- minta. berbeza dengan adik bongsu (yang lahir waktu kami sudah masuk sekolah menengah). perhatian untuknya agak lebih. apa yang dia hendak mesti dapat. aku ingat lagi adik aku tu akan menghentak- hentak badannya sambil berguling- guling kalau tak dapat apa yang dikehendaki.

mak dan abah tak pernah beritahu, apatah lagi menyambutnya. aku cuma ingat tarikh harijadi adik- beradikku sahaja. lepas habis sekolah menengah baru aku tahu tarikh lahir mak dan abah. itupun semasa minta no. ic untuk isi borang permohonan sambung belajar. tarikh kahwin mak dan abah memang sampai sekarang le aku tak tahu. aku pasti begitu juga adik beradik lain pun tak tahu juga. masing- masing tak pernah bertanya. mak dan abah sendiri entah ingat ke tidak. teringin nak tanya tapi aku tak tahu bagaimana. janggal rasanya sebab aku tak terlalu terus.

apabila masing- masing sudah habis belajar dan bekerja barulah sambutan hari dibuat. mulanya bukan sambutan harijadi tetapi perayaan hari ibu. abang yang mulakan dulu. beli kek dan belanja keluarga makan- makan. simple tetapi aku rasa lain. kekok, janggal tapi bererti. selepas itu kalau ada harijadi sesiapa mak cuma akan masak special sikit.

januari lepas, buat pertama kali sempena hari lahir abah, aku berikan hadiah. itupun agak lambat. melalui adik. walau hari ini hari ibu, aku masih tak tahu apa nak beri kepada mak. tunggu beberapa hari lagi. yang pasti aku tahu berkumpulnya kami semua tanpa ucapan apa- apa, itu sudah cukup. selamat hari lahir hari.

14 comments:

a.b geldofg said...

slamat hari ibu........perlukan hadiah?

Pyanhabib said...

selamat hari isnin!

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

salam dik ryann..

mbaca catatan ini, mgenangkn masa silam abg am juga..

org skrang mgkin dh biasa myambut hari lhr dsb.. brbeza dgn zmn knk2 kami dulu..

namun, satu hal yg abg akui- tarikh lahir ibu bapa, wife, anak2, bahkn semua adik bradik abg- dlm ingatn. a/bl smpai harinya, skadar mgirimkn sms mgucap slamat n doa..

ingatn la yg biasanya mengakrabkn. hadiah, sbg mhargai org yg kita berikn itu..

apapun, slmt mjalani khidupan- smga2 hari2mu dlm ketenangan, kesenangan, keselamatan n kebahgiaan..
amiin.

naz ilyn said...

salam...
akak pun sama seperti yang kamu rasa dan alami... yang penting kita selalu ingat pada mereka dan jangan pernah kita lupa mendoakan mereka selepas solat dan sesungguhnya Allah maha mengetahui apa di hati kita...

ryann said...

a.b geldofg - boleh gak


selamat bang pyan


bang amal- teringat kisah dulu-dulu bang. saya tak banyak tahu tarikh- tarikh penting. btw terima kasih. moga bang juga sentiasa sejahtera


pasti sentiasa mendoakan kak naz ilyn

D'Rimba said...

Terima kasih.

miezi said...

kak, semua orang ada citer tersendiri kan. yang tak mampu dibeli.

apapun, selamat hari ibu.(tak terlambat kan nak wish?..hehehe

ryann said...

betul miezi. terima kasih hehe...juga d'rimba

along aka eisya said...

Salam angah...

Permulaan yang abg buat tu, along yang cadangkan...along terangkan pada abg betapa pentingnya sambutan itu walaupun kecil. Mungkin nampak biasa tapi mesti di hati mak dan abah amat berbangga. Along bawa abg beli bunga untuk mak, bila sampai rumah abg letak je...agaknya dia pun janggal...puas along cakap...'abg, pegi la bagi kat mak dan cakap selamat hari ibu'...abg tetap segan...pastu along ajak dia sama2 ucapkan...hehehe

Dari mula kawin ngan abg, along tanya pada abg tarikh hari lahir mak dan abah. Abg pun penah cakap ngan along, hari jadi mmg tak penah sambut...so along kata, apa salahnya kita sambut...meriahkan dan rapatkan lagi hubungan kekeluargaan antara kita.

Walaupun kita jarang bersua, tetapi along nak angah tahu, kehadiran along dalam keluarga kalian..sedikitpun along tidak meletakan jurang hubungan kita...mak abah sentiasa along anggap macam mak abah kandung along sendiri. Along sentiasa cakap ngan abg, along takkan halang dia apa2 yang dia buat untuk famili sebab along tahu...walau dah kawen abg tetap kena bertanggungjawab ngan keluarga dia sampai bila2.

Mungkin ada kekurangan yg angah nampak dalam famili angah, tapi bagi along, along suka sangat dan respect sangan hubungan persaudaraan, adik-beradik dan sepupu sepapat famili kalian. Bersepakat...lebih2 time hari raya n majlis2 kenduri...itulah kelebihan dan kekuatan yang ada pada famili kalian yang susah sangat nak cari macam tu pada zaman sekarang...

Semoga ikatan ini kita samnpai bila2.

Framestone said...

out of topic--> tue la dah lame xsubuh kat blog kite kan.. tue la takut je if bertukar jawatan kite dah xberblog.. tempat baru katekan.. culture pun mybe berbeza n byk bnde yg diblock he..23x

en_me said...

kasih ibu membawa kesyurga, kasih abah takdok tolok bandingyerrr.. salammms

saat omar said...

ye orang kita memang takde budaya menyambut hari jadi orang tua...

ryann said...

family kita memang best, along.

framestone - kalau bertukar jawatan, harap masih aktif


memang betul tu - en_me & saat

Pegawai Khalwat said...

Aku sambut hari lahir cuma sekali saja oleh mak dan arwah ayak aku.

Mereka belikan aku coklat van houten. Semestinya aku suka sangat, masa tu kecik lagi.

Lepas tu, aku tak pernah sambut birthday. Tak kisah pun. Tak pernah jadi amalan kami sekeluarga.

Cuma bila dah ada anak sendiri, barulah aku sambut birthday dia. Tu pun sebab wife yang selalu ingatkan. Dan aku selalu sambut birthday wife. Tak ada majlis apa pun, cuma kek dan hadiah saja.

Orang tak sambut birthday aku, aku tak kisah.