terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Thursday, May 07, 2009

Anta pRota - DEXTer



*bosan watak utama dalam cerita merupakan orang yang baik*

aku baru balik kerja. selepas balik dan sebelum boleh tidur aku wajib kena menonton tv ( atau dvd). buka tv, beralih- alih channel. tv 2 tengah tunjuk aksi seorang perempuan minta anaknya tutup mata supaya tidak melihat dirinya digergaji. sekilas adegan imbas kembali yang ngeri. waduh! beberapa minit lepas tu, drama pun habis. aku masih tak dapat tangkap cerita itu lagi tetapi aku rasakan sesuatu. kena tunggu minggu seterusnya.

sejak dari hari tu, aku ikuti siri drama tv - dexter. barangkali oleh sebab aku penggemar silence of the lambs, american phsyco, dan siri- siri hannibal lecter, aku jadi suka drama ini. pelukisan cerita dipapar dari sudut pandangan watak protagonisnya ( yang juga antagonis). kesan trauma melihat ibunya dibunuh menjadikan dexter punya naluri untuk membunuh. keinginan kuatnya itu berjaya dipesongkan oleh bapa angkatnya yang mengkhususkan dexter hanya membunuh seorang pembunuh.

membunuh seorang pembunuh. tetapi dia tetap bukan orang yang baik. protagonis yang anta!

6 comments:

rudy bluehikari said...

mcm robin hood mencuri dr org kaya utk beri kpd org miskin...

Qasih said...

dexter memang lain dari yang lain.. menyebabkan terkadang kita boleh menerima salahlaku dexter tanpa banyak soal. memihak pada yang salah.. dalam masa yang sama memperjuangkan yang benar.

meneliti dan cuba menyelami watak dexter sesekali menyebabkan kita mungkin berfikir.. dunia sekarang.. anta prota mungkin sememangnya diperlukan dalam diri kita. cuma perlu bijak menempatkannya pada waktu, masa dan tempat yang sepatutnya.

ryann said...

yezz...rudy


qasih - tonton cerita ni, rasa lain

en_me said...

dunia antah berantah.. ekeke

ryann said...

itew ler en_me

razifembi said...

aku layan gak cita mamat psiko nihh ... dah beli season 3 ... tunggu season 4 skrg...kat tv season berapa...

cita clow tapi thrilll ... hahaha