
baru lepas sambut majlis harijadi anak buah. dua orang sekali. seorang tu lahir 3 mei, seorang lagi 7 mei. tahun yang sama. 3 + 7 = 10. maka, sambut hari ibu sekali. jamuan sederhana je. keluarga terdekat yang hadir, tapi meriah dengan telatah empat orang anak saudara tersayang. nakal, merajuk, seorang takut hembus lilin, yang lagi satu takut potong kek (tapi suka calit). pelbagai karenah tapi aku terhibur.
dah ada anak buah ni baru kerap buat jamuan makan- makan. waktu dulu ketika kecil, aku tak perasan ada sambut harijadi ke tak. mungkin masa umur setahun dua ada kot. gambar pun tak ada. cuma yang masih terakam di ingatan lagi iaitu semasa sambutan harijadi adik ketiga (yang di bawah aku). tak silap waktu itu adik masih sekolah tadika ke darjah satu entah. aku lupa. cuma aku ingat majlis tu agak meriah. masa tu adik bongsu tak lahir lagi. kira yang ketiga tu manja sikit le ketika itu.
sejak kecil, mak dan abah tak pernah tanya nak apa. maka, kami tiga beradik tak biasa meminta- minta. berbeza dengan adik bongsu (yang lahir waktu kami sudah masuk sekolah menengah). perhatian untuknya agak lebih. apa yang dia hendak mesti dapat. aku ingat lagi adik aku tu akan menghentak- hentak badannya sambil berguling- guling kalau tak dapat apa yang dikehendaki.
mak dan abah tak pernah beritahu, apatah lagi menyambutnya. aku cuma ingat tarikh harijadi adik- beradikku sahaja. lepas habis sekolah menengah baru aku tahu tarikh lahir mak dan abah. itupun semasa minta no. ic untuk isi borang permohonan sambung belajar. tarikh kahwin mak dan abah memang sampai sekarang le aku tak tahu. aku pasti begitu juga adik beradik lain pun tak tahu juga. masing- masing tak pernah bertanya. mak dan abah sendiri entah ingat ke tidak. teringin nak tanya tapi aku tak tahu bagaimana. janggal rasanya sebab aku tak terlalu terus.
apabila masing- masing sudah habis belajar dan bekerja barulah sambutan hari dibuat. mulanya bukan sambutan harijadi tetapi perayaan hari ibu. abang yang mulakan dulu. beli kek dan belanja keluarga makan- makan.
simple tetapi aku rasa lain. kekok, janggal tapi bererti. selepas itu kalau ada harijadi sesiapa mak cuma akan masak
special sikit.
januari lepas, buat pertama kali sempena hari lahir abah, aku berikan hadiah. itupun agak lambat. melalui adik. walau hari ini hari ibu, aku masih tak tahu apa nak beri kepada mak. tunggu beberapa hari lagi. yang pasti aku tahu berkumpulnya kami semua tanpa ucapan apa- apa, itu sudah cukup. selamat hari lahir hari.