terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Sunday, January 18, 2009

menCari RENtak

mula memasuki tahun baru memang ketara aku kehilangan banyak hari, banyak masa, banyak ruang (harap tidak kehilangan seseorang). sudah 18 hari, penuh hari- hari dihabiskan di tempat kerja.

emosi pengaruhi fikir minta lari tetapi sabar di hati rayu tunggu lagi. aku masih mencari rentak. akhirnya aku putuskan harus tetapkan masa akhir. aku tahu bila sampai waktunya larian pasti bermula. sama ada cepat mendapat rentak atau hala luncurku akan beralih. arghh...sebenarnya bukan 18 hari, sudah bertahun- tahun aku pendam. mahu kuleraikan dan simpan pendam yang baru. lebih segar!

cerita lain... semalam pertama kali aku jumpa rakan blogger - tun teja. adik tun hadir bersama tunangnya, mencuri masaku yang sibuk(konon...tapi betul apa). pencurian walau seketika cuma itu menghasil riang yang teramat tetapi biasalah aku tidak terlalu tunjuk. he he. terharu sangat tun datang jumpa aku di tempat kerja sebab kalau nak jumpa di mana- mana memanglah tidak berkesempatan. sejak tun pulang dari dublin, memang jarang berhubung dengan tun di alam maya. ironinya tun ada di kl pun masih tak dapat kerap berhubung apatah lagi ketemunya.

tun beri kad kahwinnya. terima kasih adik. insya-Allah kak usaha untuk hadir walau...argh..kak akan cuba mencari ruang itu. tidak puas berbual dengan tun. memang selamba mesra. sebagaimana jiwa blognya - jujur dan mempesona. tunang tun pun cool. semoga berbahagia tun dan pasangan. kak pasti!

8 comments:

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

Salam ingatan buatmu, dik ryann..
(smga Allah plihara hidupmu. amiin)

1. bkali2 tinjau ke blogmu, tnyata dik ryann tlalu sibuk utk brblog.. abg, simpati..namun, sememg prlu mgutamakn sstu yg lbh penting.

2. kerja- suatu kwajipan bg mcari nafkah. namun, rasany prlu punya ruang utk sketika mrehatkn minda & fizikal..

*semoga Allah pimpininmu dlm mengisi segenap ruang kehidupan..

AzmaMurni Aziz said...

ryann,

terasa kosong tanpa tinta dari ryann (setelah lama menyepi dalam arus kesibukan tak bertepi). akhirnya terlerai juga rindu.. jujurnya.. Qasih suka baca bicara tinta ryann.. yang terluah pada tinta kadangkala sukar terluah pada nyata..

semoga ryann punya kesempatan dan ruang untuk muhasabah diri dalam tenang dan redha.. Qasih doakan...

di mana pun.. ruang itu tetap ada.. kerana rentak dan tarinya kitalah yang alunkan.. selebihnya terserah pada Dia yang menentukan..

tun teja said...

kakyan. tun telah mencuri masa sibuk kakyan yerk, huhuhu.. lenkali tun nk merompak lagi waktu kakyan. bukan jauh pun midbeli ngn umah tun. jeng jeng jeng. pasni tun nk merompak dan men-kidnap kakyan. so bersiap sedia laaa kay!

p/s:yei yei yei.. kakyan nk dtg kenduri. (tepuk tgn girang)

zaidi said...

apsal aku insaf baca blog ko nih?..

ryann said...

terima kasih bang amal. rindu nak berblog dan menjenguk blog sahabat yang lain.




saya akan alunkan rentak dan tari, juga berserah. terima kasih qasih





boleh tun. terus rompak dan kidnap akak. kak rela...mau lari nih.




aikk..zaidi. insaf ye

Danisha said...

Salam,
Hi,lama tak menjenguk ke sini....

Juga sibuk dengan pelbagai benda yang tak meyakitkan kepala....

rindu juga nak memblog...

KTS said...

:D

selamat men'curi' masa

ryann said...

hai danisha...lama tak kemaskini blog. sibuk ye. btw, tahniah ye.



kts - ha ha ha. terukkan. sampai kena curi.