terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Monday, January 26, 2009

laRi seKEtika

dapat cuti... best!
semangat segar menyerap
yaaa...tentu aku mahu lari
keluar dari hiruk pikuk kota
pandu, pandu, panduuu....wahhh keseronokan apakah ini
serasa ingin memandu keliling semenanjung tanpa henti
ke utara, timur, barat dan selatan
patah balik
selatan, barat, timur, utara
keghairahan ruang khayal
hampir menjadi
pasti jadi


kuat betul keinginan untuk lari. sebetulnya aku ke kuala kangsar. untuk apalagi... hadiri majlis kahwin tun. tarikh majlis yang memang kena dan tepat dengan 'kebebasan sementara'ku. masa yang ditunggu- tunggu. lagipun, sudah lama mahu ke kuala kangsar. sebelum ini pernah dua kali hirup udara nyaman di bandar diraja itu. hantar abang masuk ke sekolah mckk dan kali kedua pula, jemput abang selepas tamat belajar. aku ni historical orangnya. gemar sungguh dengan monumen dan bangunan- bangunan bersejarah. istana yang cantik, masjid ubudiah yang sangat indah, muzium(istana kuning) yang unik, jambatan, menara, sungai, stesen keretapi dan rumah- rumah kedai pattern klasik pun boleh buat aku terpegun.

tetapi yang paling best - labu sayong. haruslah aku borong banyak. terutama yang berupa miniature. keterujaan yang sukar dikawal. aku peminat barangan kraf.










(sebahagian yang dibeli)



berbalik kepada memandu. aku suka memandu jauh dari kawasan bandar. dengan menikmati pemandangan yang tidak menyesakkan, mata dihidang dengan lukisan alam yang segar. beri terapi minda dan pendam yang terlalu lama. rasa puas dapat lari walau seketika cuma























*buat adik tun: comel sangat. apapun yang bakal merentap kebahagiaan dalam perkahwinan,usaha kembali kepada asal. kasih sayang.

9 comments:

AzmaMurni Aziz said...

seronokkan bila dapat bercuti sekali-sekali.. mencari dan mencuri ruang yang ada...

*gambar kahwin dik tun takde ke?

naz ilyn said...

salam...

labu sayong sempat ku miliki ketika ke sana dulu... memang niat untuk milikinya jika ke sana...

sepanjang perjalanan lukisan alam memang mempersonakan
wajah awan bagai berwatak
terusik hati atas kebesaran
bulan bintang mentari silih berganti
bagai menemani ke mana pergi

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

Salam hormat buatmu, dik ryann..
(smga Allah plihara stiap pjalananmu, amiin..)

1. bpeluang brehat, brehatla betul2, k.. kecapi nikmat bcuti tu..
:D

2. dik ryann minat dgn brg2 mcm tu, so ambil peluang sbg tnda kenangan. tk rugi, sbb nti yg cantik thias, rumah sdiri, kn..?
(abg pun suka benda2 mcm tu.. cantik labu syg yg dik pilih..
:D )

3. k dik, jaga diri, muliakn peribadi..
slm..

danish said...

ke utara, timur, barat dan selatan.. masih jua diseliputi hiruk piruk kota..

:: Wiween :: said...

yuhuu kak yan. camna majlis tun? ;)

ryann said...

best qasih. time je takde selalu. ada ambil sikit foto kahwinnye. nanti kita tengok kt blog tun le. mesti tun letak yg lawa2 nya. hehe

naz ilyn - memang terusik hati


terima kasih bang amal. nak cuti panjang tak boleh. kesian kat kawan yang lain lak. tapi tu le nak dpt cuti susah betul. next time kalau dpt cuti mahu panjang sikit. bulan 4 nanti.



danish - di pantai timur sibuk jugak ye. hehehe



ween...kenapa tak p.hehe.
best g sana walau kejap je. kak lambat sikit sampai. terlepas acara sebelum tu kot. tapi ada gak ambil gambar tun kt pelamin. tunggu tun habis cuti nanti kita kacau dia
makan sedap tu. nak tambah segan huhaha

tun teja said...

kakyan, thank u so much sbb menghadirkan diri kenduri kawen tun. and tun nak mintak ampun dari hung rambut sampai ke tanah sbb tak dpt bagi layanan istimewa. time tu bz giler. tapi rasa terharu sgt kakyan dpt dtg. kakyan nak labu sayong lagi?? next weekend tun bagi sbb sabtu ni tun balik kg.

ryann said...

tun...ok je. best apa dapat g sana. makanan sedap. tak g honeymoon ke hehehe

Pegawai Khalwat said...

wohh jeles aku!