terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Monday, August 11, 2008

muLTi...menGgauLi Seni

di tempat kerja ku akhir- akhir ini memperkatakan tentang multi task, multi skill. dalam masa sama juga di sesi 'borak- borak' bersama geng teater juga memperkatakan tentang multi...multi talented, multi skill.

aku pernah mengenali beberapa orang yang multi ini dan diakui aku mengkagumi kebolehan pelbagai yang mereka ada. menyentuh tentang kebolehan...ada punya bakat semula jadi. baru dipetik suis sikit, mereka berupaya menyerlahkan segala. ada juga perlu dipupuk bakatnya. mengambil masa dan didorong keinginan sendiri yang kuat. ada juga yang barangkali punya bakat tetapi tiada kemahuan dan mungkin wujud juga orang yang tiada bakat, tiada juga keghairahan. aku merujuk kepada menggauli seni itu sendiri.

bertuah siapa yang bersifat multi itu dan menyedarinya. aku percaya anugerah Tuhan. seni tidak tertutup kepada sesiapa. ilmu terbuka untuk semua bagi sesiapa yang mencarinya.


belajar tetapi tidak cukup menggaulinya.

13 comments:

Marjerin said...

kerja multi-tasking, tapi gaji tak multi pun

AzmaMurni Aziz said...

agak-agak.. ryann lak multi apa ek.. hihihihiiii... ;)

ryann said...

betul tu marjerin. minta multi task tapi gaji tak. jimat bajet.

takde multi apa nya qasih ooii...suka lak.

Anonymous said...

eeeeeeee... sis ryann.. multi tu apa ekkk..?? antu kecik tak tau la.. cikgu belum ajar...hihihiiiiiiii...

- antu kecik casper kiutt -

chekem mirza said...

kadang kala bila sebut multi-task dia jadi too abstrak dan adakal orang yang disebut punya multi-task or multi talented sebenarnya dia ada serba sikit aje kebolehan cuma pandai mempromo diri je, yang penting ryann kita tahu apa kita buat, apa kita nak buat dan kenal di mana kecenderungan dalam diri....
terlalu banyak memikirkan cakap orang sampai kita lupa tentang diri sendiri...eek

ryann said...

pandangan dari sudut lain tetapi punya kebenaran. tq saudara ce'kem & tahniah menang hari tu. kena kenal pasti dan fokus kecenderungan sendiri.


multi tu pelbagai, wahai antu kecik casper kiut (panjangnya nama). minta cikgu qasih ajarkan he he

Danisha said...

aku pun nak kata gak....KERJA MULTI-TASKING....Gaji cam gitu juga....

Mungkin ujung tahun masuk dalam appraisal kot...
positif..positif....

ryann said...

ya positif...positif danisha. itu yang lebih baik

Unknown said...

keje multi2 ni kena gaji multi2 la

suara said...

salam...
jgn multi jantina dlm satu jasad sudah...

suara said...

sehebat mana pun multi-multi yg wujud kat dunia ni... tak mampu menandingi hebatnya Allah yg Maha Menguasai segalanya... Semoga kita tak lupa bahawa setiap pujian atas kelebihan yg diberikan tu, harus dikembalikan pd Allah. Seharusnya begitu, kan?

Anonymous said...

yan, kita jadi diri sendiri je. kita tengok orang lain - kagum. tah tah diorang tengok kita lagi bagus. jadi diri kau je. aku suka apa...kah kah

ryann said...

ye, Tuhan yang paling utama.

majikan mahu kita lakukan kerja pelbagai,harap berikan gaji berbaloi.kan na.

nanti terperasan bagus lak, boleh ke dd? ha ha