terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Thursday, August 28, 2008

2 jaM sebeLum pemeNtasan rupanYa


dalam sibuk(dan ngantuk) sempat juga aku 'lari' meredah hujan lebat ke akademi pengajian islam, um untuk menonton teater karya faisal tehrani ini. kenapa di sini pementasannya ya. aku yang bekas pelajar um ni tahulah tempat ni tetapi untuk penonton luar datang tentu sukar untuk cari(terutama dalam malam yang basah ini). akademi ini jauh ke dalam sana. aku keliru juga di pintu masuk auditorium a.i ni. tahu di mana akademinya tetapi tidak audinya.

sebelum masuk panggung, terjumpa hisham, azahari dan rais. dah agak mesti dia orang datang punya nak tonton teater arahan bekas pensyarah dia orang di jabatan media - dr. abu hassan. tak sempat borak panjang sebab pementasan dah nak mula. bersama mereka sekali, farid kamil. aku sempat beli buku (memang suka beli tapi bacanya...lambat habis). pertama kali beli karya faisal tehrani. aku pernah terlibat dalam pementasan angin madinah semasa di universiti dulu. aku suka skripnya.

yang menarik aku datang tonton teater ini, pertama sekali tajuknya. kedua, sebab zack idris berlakon - aku memang teringin tengok si johnny bikin filem ini bikin teater pula. aku memang minat gaya lakonan zack sejak tonton drama akademi yang pernah disiar beberapa tahun dulu. suaranya memang hanya dia sahaja. artikulasinya mantap.

ketiga pula tentunya kerana pengkaryanya. dan keempat sebab nak tengok pembawa watak coffee boy . tak sangka rudy hebat di pentas teater. terpegun dengan karakternya sehingga setiap kali muncul, pandanganku yang menekuni zack bermonolog teralih.

20 minit pertama selepas habis monolog maya longoria, aku dah dapat agak drama ini. aku tertipu dengan retorika pengarahnya. teringat teater retorik karya dr abu hassan - tidurku di rumput yang basah semasa di um dulu. hisham yang arah. rasanya dr abu hassan gemar dengan paparan proses in the making agaknya. entahlah, aku tak pernah ambil subjeknya. tak pernah tonton dramanya yang lain. aku tak tahu, cuma tekaan.

tajuk drama, paparan poster yang beraksi seolah menggambarkan teater ini bercorak purbawara. aku datang dengan keghairahan ingin mengetahui apa berlaku 2 jam sebelum sultan alauddin( raja dari kesultanan melayu melaka yang paling kugemari) diracun tetapi rupa- rupanya drama ini memaparkan 2 jam sebelum pementasan sultan alauddin syahid diracun. nasib baik aku menjangkanya awal. ah! satu penipuan yang cerdik dan menarik. teater ini agak teoritikal- merujuk teori augusto boal (menurut purnasutranya). lantas aku teringatkan ajaran mendiang dr. krishen jit dalam kelas teori seni persembahan. terdapat teori yang menyentuh tentang persembahan yang tidak tertakluk kepada pemusatan centre. tidak mengikut tatacara. eksperimental tentunya. ada pada drama oleh akademi sinema amatur malaysia ini. para pelakonnya memeran dengan bersahaja. drama ini berani. politik satiranya walau cuba disubtekskan tetapi nyata dan jelas. sangat berani dan aku suka ( walau tentu bagi sesetengahnya sedikit memenatkan)




"...bukan zaman ini sahaja isteri pembesar membunuh orang" - tun senaja

11 comments:

rudy bluehikari said...

sdr ryan, saya ucap terima kasih kerana sudi dtg menonton. Retorika Dr Abu Hassan memang dari dulu begitu ya? Erotism bagaimana pula? Ha,ha,ha.

Saya dah lama tak bergelumang dengan teater. Selalunya di belakang tabir. Kali terakhir di UM dahulu. Selepas itu inilah, selepas belasan tahun. Moga2 lakonan saya berkesan.

:: Wiween :: said...

whoaaa kak yan! cam besh jek teater nih.kalo ade kaitan dgn faizal tehrani tu pasti okeh punye kan.;)

err..farid kamil pun ade! aiseyy..kalo tau awl leh suh kimslm! agaga ;p

ween lama gilak x tgk teater :(

Sheeta dari Laputa said...

Ryann..

Kite pon gi tgk gak mlm kedua pementasan, 26 Augustus lepas.

Ehehhee... Kite punya lain pendapat le....

Entah mengapa saya tak suka pementasan ini.

1- Kerana khalayak yang saya jumpa tak seperti khalayak yang selalu sama attitudenya dengan khalayak sebelum ini yang ditemu di pementasan lain - Bagus juga, tapi sayang mereka terkapai; tidak paham apa yang cuba disampaikan pemeran atas pentas.

2- Entah mengapa sya nampak kerja pentasnya main-main kecuali utk watak Coffee boy(walaupun costume cam x sesuai) dan Maya Longoria. Tatacahaya dan riaspentas yang ringkas sekali. Riaspentas seakan tidak di rancang bahkan props seakan utama, tidak disentuh langsung. Adus, poster yang Rudy bawak tu, budak darjah 3 pon boleh buat. Tak bersungguh. Atau apakah ketidaksempurnaaan itu dirancang? Kalau ianya dirancang, maka ianya perancangan yang gagal.

3- Pelakon seakan tidak sedia. Byk juga pengucapan yang berulang-ulang diucapkan. Keluarnya Dr Abu Hassan di saat 3/4 masa pementasan seolah emergency help, nampak seperti kekeliruan berlaku di kalangan pembawa watak atas pentas.

4 - kelucahan yang berulang-ulang. Pada saya cukuplah sekali-dua pengulangan simbol liwat dari tangan tu. Bila dah dah berkali2 ulang, rasa cam memaksa penonton gelakkan sesuatu yang jijik.

5- Tak nampak continuosity. 1 jam lagi show mula, baru nak ukur baju ke kak..? dan walaupon dah sejam berlalu, masih lagi dengan dialog "Dua jam lagi pementasan akan berlangsung...."

6 - Di akhir pementasan, baru tau Maya Longoria tu Pompuan. Sedari awak ingat dia tu Gayboy. Dan sampai sekarang masih tak keruan- apakah Rosma juga seorang wanita..? Kenapa namanya mengelirukan? Kenapa dia lebih suka dipanggil ROS berbanding ROSMA (kalau ROSMAN, saya boleh pikir logik di sini.) Kalau wanita, apakah dia suka diliwat(sesuatu yang amat janggal).

7- Saya tak suka sbb ditipu oleh posternya. Dan rasa apa yang saya dapat dari show ini tidak setimpal dengan harga tiket yang saya bayar.

Apa2 pun, 10 minit terakhir itu amat bagus yakni detik sebenar Sultan Alauddin dibunuh. Zack Idris bagus. Itu yang saya tunggu2 setelah sejam menguap dalam auditorium AI yang sukar benar dicari itu.

ehehe.. panjang benar adik membebel untuk ruangan komen kak yan ni. Stefani's show x penah menghampakan apa yang saya harap sptmana hampanya saya utk show ini. Tahniah utk Ryann. ehehe..

Mr Final said...

urmm urmm .. ryan.. sobsobsob.. :(

u xleh ker gi mlm nih ker.. record ker (erkkss bley ker!!!!)


arrghhhhh.. x dpt blk KL!!!!!

AzmaMurni Aziz said...

hi ryann..
tak sangka ye ryann dan marissa pergi tengok jugak. hmmm.. qasih pun tengok jugak...

apapun.. pementasan teater ni ok cuma mungkin terlalu teoritikal. qasih tak tau sangat pasal teater tapi teater dan seninya.. memang qasih minat.. amat!

tapi.. macam marissa.. qasih lebih suka tengok teater stefani.. punya jiwa yang mampu dirasa oleh khalayak penontonnya, tidak kaku dan punya rentaknya sendiri, hidup di atas pentasnya yang digerakkan oleh pelakon2 itu sendiri.. itu yang qasih rasa lah sebagai penonton..

Kaktiny said...

kaktiny pun pegi (dgn kaklong, ady dan kak ungku)..

kalau tak der 'watak' dan mimik rupa si rudy tuh.. mauneyr kaktiny tertido agaknya.. walaupun tahu apa mesej yang nak disampaikan, tapi cam kurang menyengat..

dan mmg watak dn mimik muka rudy tu yang buat ketawa kaktiny pecah seawal 3 minit selepas persembahan bermula.. hahahhaha...

(jgn marah yer.. kaktiny tutup blog kejap.. nak boikot pihak tertentu... hihihi.. nanti kaktiny story mory yer..)

ryann said...

erotism mendebarkan...rudy. wahh! tak sangka rudy berlatar teater dari um juga. kira senior lah ni. semoga berjaya untuk malam- malam seterusnya. berlakonlah lagi rudy. juga robbani.

sempat tengok lagi ween. tapi kesian ween nak balik lewat pulak. malam hari tu farid kamil ada. ce'kem pun ada(sebagai tunku dalam hati malaya tu).

wah, marissa dah tengok dulu. panjang komentarnya. seronok gak baca.
memikirkan ketidaklogika memang ada yang terlintas (dan punya persamaan dgn marissa). saya sedar tentang ketidaklogika dan sedar permainan teori yang cuba dibawa. mungkin sebab itu boleh terima. lelaki membawakan watak wanita seolah drama kabuki. macam makyong dilakon perempuan untuk watak lelaki. penerimaan penonton boleh dua. anggap maya longoria dan rosmah berkarakter lelaki lembut atau perempuan. atau wataknya kedua-duanya sekali. mungkin kekeliruan ini diadakan berpaksikan teori.

masa belajar dulu pernah ada rakan lakon melakonkan watak lelaki macho tetapi menyanyi suara barbara straisand dengan ekpresi machonya-ada juga teori.
pada saya barangkali karakter berdua itu punya lapisan makna sebagaimana drama ini. ini pendapat saya sahaja.
apa yang marissa fikir itu pun disedari saya & rakan(yang tonton sekali). rakan saya kurang gemar drama ini tetapi kagum dengan lakonan zack & rudy. mungkin penulis dan pengarahnya memang merancang & ada alasan tersendiri atau mana tahu ada yang terlepas pandang(perihal logik itu).

sebagai penonton kita berhak apa sahaja. terima kasih ya suka persembahan stefani.


mr. final - rakam teater tak syok tengok. tonton live...rasa yang sampai, wow!


qasih tonton juga ya..kira bagus gak promosi drama ni ya. ramai peminat seni tonton. terima kasih bagi pihak stefani. show terbaru kami dijadual november nanti datanglah ye.


kaktiny mesti pergi punya. mimik wajah rudy tu memang kelakar. boleh maintain lak tu. saya suka gesture body dan ekpresi selamba pelakonnya. akui kekurangan kick nya tetapi saya suka sebab dapat subteksnya.
tentang blog - nanti cerita le ye kenapa

Mr Final said...

yup.. tau.. tp nak wat camne.. xde kesempatana.. untuk menonton.. harapnye.. kalo benar saudara faizal teruskan dengan PAGOH... nak siap sedia ..hoho.. harap time tuh.. sdr ryan ade sblh kalo2.. perlu utk menxplain kan. hal2 teater yg mmg pon suatu yg agak asing bg Mr FInal

rudy bluehikari said...

sdr ryan, sy sempat 2 thn saja di UM sebelum terbang mengaji di jepun. InsyaAllah kalau ada ruang dan peluang kita bekerjasama pula. Kali ini biarlah saya dibelakang tabir shj.

en_me said...

me baru je tonton teater 'tun sambanthan' yg ittewww.. sonokkk kanns tengok teater..

ryann said...

mr. final - pagoh tu mesti detilkan. tak sabar tunggu.


harap dapat bekerjasama dengan rudy yang berbakat.


tak sempat tonton buat kali keduanya. miss drama tu en-me