terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Saturday, May 24, 2008

i kNow wheN i see it

aku tidaklah punya sifat tipikal seperti kebanyakan wanita lain yang gemar membeli belah. kalau ke shopping complex, aku lebih suka menyinggah ke premis buku, music centre atau stationery. kawan ajak ke mana- mana...op op sebelum tu.. ada mph tak? ada borders tak? ada panggung wayang tak? ada tempat makan tak? (ada duit tak?)... ok ok jom! adakalanya (sekadar cuci mata) ke bahagian hiasan rumah dan elektronik. seronok gak tengok barang-barang yang dijual (sambil berkhayal memiliki).

hendak membeli barang selalunya tidak dirancang. kalau tengok, berkenan dan pusing kat area tu 2-3 kali, apa lagi terus sambar. maka, gara- gara tabiat aku yang sudah dijangka ini, dalam bajet bulanan kena asingkan bajet kontingensi. untungnya aku bukanlah mudah untuk berkenan. sukar untuk suka. tetapi jika sudah gemar, tak kira harga. aku pasti beli. oh, bajet kontingensi ini sememangnya agak tinggi. sebab yang tidak untungnya, kesukaan aku harganya sering yang tinggi. terketar-ketar tangan bayar tau. tak sesal tapi rasa nak nangis je.

aku jarang beli pakaian (tapi suka beli jaket, kat tempat kerja i sejuk le), alat kosmetik apatah lagi. aku beli buku, vcd atau dvd dan suka beli instrumen miniature (SIAPA YANG CURI SET GENDANG MINI AKU KAT ATAS MEJA OFIS HAH!). untuk benda-benda ini aku tak kisah tentang duit (walau tangan tetap terketar membayarnya). pernahlah aku cuba untuk elak dari singgah ke mph dan speedy tapi ohh..jiwaku rasa kosong. aku melangkah longlai keluar dari shopping complex tanpa apa- apa...kosong. tanpa pembelian dan pengisian. tapi dengan penjimatan. argh..aku tak mahu!



*tengah cari kecapi mini

10 comments:

tun teja said...

yuhuuu kakyan, tun x suka bershopping sakan.tapi sbb tun jarang ada uwang.
almaklumlah..anak dara serba kekurangan.

ryann said...

ala la la humble pulak. meh belanja tun. shopping kat dublin mesti best. kak pun kalau banyak duit, mau rambang mata gak he he he. tapi beli yang tu lah.

tun teja said...

heheh kakyan,,
mana nih?
ello ellooooooooooo.
jom sopping jommm

ryann said...

jom jom. kl pun ada sales tapi..yang kak suka tak de lak

:: Wiween :: said...

waaaa kak yan.kalo ween pi soping kompleks musti beli kasut.kekek baju x beli xpa.kasut musti beli.gila kasut ween ni.kekekek

ryann said...

wahh ween...rak kasut mesti besar dari almari baju punyer

:: Wiween :: said...

kak yan,
xde rak.letak bersepah jek kasut2 ween.ekekekekke

Anonymous said...

uuuuu... antu nak beli gak. antu nak beli ekem :)

ryann said...

ween...baik-baik jgn letak sepah nanti lipas banyak lo.

antu ni shopping eskem je la. jimat gak.

:: Wiween :: said...

huhuhu dgn lipas x brani nak dekat..:P skali ween pijak terkeluar isi peruttttttt.:P