terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Sunday, March 30, 2008

keSEdihan yang BAgaimaNA

apabila kita bersedih, apa yang kita rasa
takkan hanya menangis
sedih...menangis
menangis sedih
baiklah...apa kata kita ketawa
ketawa sedih
sedih ketawa
pancaran mata mahu disorok ke mana
menghasil sinar yang kelam
berair konon sakitnya mata
peritnya di hati
kau mahu sorok di mana
sedih ke mana
sedih yang bagaimana

14 comments:

Anonymous said...

Kesedihan yang sirna
dalam pelukan ketabahan
akan menghangatkan kembali
sebuah kehidupan.

-Kasih-

Hafifi said...

sy klu sdih xckp langsung ngan orang..kdg2 ngan housemate pun sy xckp..

ryann said...

sedih yang tenang

Anonymous said...

sedih tanpa air mata
lebih memedihkan
daripada sedih yang berjuraian air mata.

..tangisan hati..
tangisan tanpa kata dan sendu
sedih yang berbungakan senyuman
lebih memilukan dari tangisan
yang bersuara..

- Kasih -

:: Wiween :: said...

ween if tgh bersedih...dlm ati ni rasa cam kena tusuk dgn tombak jek kak ryann.sakit giler.

ryann said...

mari kita raikan kesedihan itu!

:: Wiween :: said...

jom kak yan jom.:D beshnye kak yan aktif teater.ween dulu masa kat U aktif lah.dgn KTR (kelab teater rimba). UKM punye.under bung kancil @ encik Diani. Abis UKM da x aktif da. ehhe windu plak nak berteater.:)

Anonymous said...

wah wiwen.. Sebelum nie awak penah kena tusuk tombak ye.. Kagum2 masih mampu menulis lagi ek...

Anonymous said...

seni bukan hanya pada kata-kata atau sekadar minat..

seni adalah jiwa
lahir dari minda yang sedar
dan..
hati yang punya nyawa
bukan sekadar punya rasa!

- ma -

Danisha said...

Ryan,
Bila sedey saya slalu ketawa, bukan sebab untuk menyembunyi kekecewaan tapi untuk mencari penyuntik semangat dan peransang.

Semoga kesedihan itu menjadi satu pengalaman dan kematangan di kemuddian hari.....

Lagipun mata akan jadi macam mashimaro kalau nangis....

ryann said...

riang menaikkan semangat. ceburi seni seakan terapi. hidup memang sangat indah!!!tq kengkawan

:: Wiween :: said...

err saudara zool,
tahukah anda apa itu kiasan? :) if sy telah mati ditusuk tombak, idaklah sy mampu menjenguk blog kak yan ini.hohoho sbr ajelah..;p

Anonymous said...

kesakitan adalah teman baik manusia,
kesakitan membuktikan manusia itu belum mati.
kepedihan adalah sebahagian dari jiwa,
tanpa kepedihan mambuktikan jiwa manusia itu tidak bermakna.
kesedihan adalah musuh kegembiraan,
tanpa kesedihan kita tak kenal kegembiraan.
tanpa kesemuanya bermakna kita adalah bangkai yang bernyawa.

- ard -

ryann said...

kita manusia yang syukurnya punya semua rasa.