terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Sunday, December 23, 2007

3 dindiNG

aku pernah tonton satu filem. panggilan picisannya, bollywood movie. tetapi filem itu tidak seperti filem tipikal hindustan yang lain. tiada lagu yang mengasyik, tiada tarian yang erotik, tiada aksi lawan yang dangkal, tiada melodrama yang meleret. filem itu muzik latarnya minimum. antara ada dan tiada. gabungan pelakon yang kuat dan seimbang (tiada lebih dominan). sedikit keliru siapa protagonis dan antagonisnya.

inilah filem yang 1 jam pertamanya bagai tiada apa -apa, tetapi boleh membuatkan aku terlekat menunggu mengharapkan akan ada apa- apa. filem ini plotnya berlapis tapi digarap dengan kemas. dan disatukan dengan pengakhiran yang bukan atas dasar kebetulan tetapi punya sebab dan akibat. introduksinya perlahan...sangat perlahan, seakan hendak berhenti menonton tetapi bagai terikat untuk tunggu. ada sesuatu tetapi apa? dan terus menjadi laju apabila sampai waktunya. satu plot ke satu plot dirungkai dengan pantas. akhirnya tungguku tidak sia- sia.

3 deewarein - nama filem itu yang maksudnya 3 dinding. dinding apa? yang kelihatan dinding penjara menjadi set utama. 3 dinding yang menjadi pemisah 3 kisah yang mulanya tidak saling berkait, rupa- rupanya mereka dipenjarakan kerana punca yang berkaitan.

2 comments:

Anonymous said...

me tumpang lalu di blog tuan.. salam pagi hari natal yg ceria..

ryann said...

sila-sila