Sunday, November 11, 2007
saAT Saat akhiR...laungaN meRawanKan
aku selalu asyik kelambatan menonton cerita-cerita begini. dengan rasa malu, aku akui perasaannya tidak sama terujanya ketika mahu menonton filem-filem extravaganza yang menjadi pilihan seperti pirate of …, lord of… (dan lain-lain), tetapi aku tetap akan pastikan dapat menonton filem genre ini di pawagam. dan aku bersyukur pada saat- saat akhir dapat juga curi masa untuk lari ke panggung. sebenarnya menonton filem bersifat patriotik di kaca tv kurang memberi kenikmatan kepada aku. impak tonton di panggung lagi terasa. samalah situasi yang berlaku ketika mendepani layar paloh, leftenan adnan dan embun. walau kurang teruja aku bangga menjadi salah seorang penonton filem patriotik di kalangan jumlahnya yang tak seberapa.
1957 hati malaya karya terbaru shuhaimi baba yang cukup membanggakan. tetapi kesedaran ramai untuk menonton kurang. aku malas hendak sentuh tentang hal-hal pemasaran dan sambutan. karya yang baik sangat rugi jika tidak dipasarkan dengan baik. mereka tentunya punya alasan. klise…bajet tak cukup! dicampur dengan kurangnya kesedaran + apresiasi + strategi promosi.
berbalik soal cerita, garapan filem ini agak menarik, walau rata- rata yang mengulas tidak perlu adanya ditampilkan cerita pada zaman masa kini iaitu perihal 5 sahabat (mewakili generasi muda masa kini ) menjejak sejarah lalu dalam usaha membukukan sejarah kemerdekaan negara (masihkah ada yang berminat?).
dengan diselang selikan antara sejarah dan fiksyen, aku tertarik dengan garapan dan perwatakan yang mantap. penggunaan split screen, ibarat berbalas dialog di berlainan tempat memang menarik. shuhaimi menggayakan filem dokudrama ini secara ringan dalam berat. aku dapat menelusuri, memahami dan merasai semangat filem ini…dan semangat merdeka itu sendiri. seolah aku berada di antara mereka yang menyaksi pertukaran turun naik bendera, melaungkan merdeka dan menyanyikan negaraku dengan air mata yang menitis... begitu merawankan.
dan tiba- tiba aku tertarik untuk mengetahui lebih mendalam tentang tun dr. ismail.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
saya pun berminat mahu tonton filem ini. tapi saya tidak pernah tonton embun dan paloh kerana tahu filem itu mempunyai babak ro*ol. saya tidak pernah gemar menonton drama atau filem yang ada babak sebgitu. jijik barangkali.
cumanya, saya kena tunggu veri vcd saja lah. mustahil 1957 hati malaya akan ditayangkan sehingga disember bukan?
bukan ke selalu orang suka tengok ke babak tu...he he. gurau jer. hati malaya dah habis dah tayangannya. hari tu saya tengok pun ada satu tayangannya tinggal. cepat sangat. kalau kutipan kurang memberangsangkan, tokeh panggung tamatkan.
ryan, jom tgk wayang...
cerita 'mendadak dangdut' tu ke? he he he
Post a Comment