terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Tuesday, October 30, 2007

juJur dalaM TidAK

ada kejujuran dalam ketidakjujurannya. mengaku melakukan sesuatu yang tidak jujur. adakah perlu dihormati sikap sebegitu. barangkali ia lebih baik daripada tiada kejujuran dalam ketidakjujurannya. tetapi kita semua tahu asal nama tidak jujur sahaja adalah bukan sesuatu yang baik.

Friday, October 26, 2007

taK perlu HiduP dengAN alaSan


entah ke berapa kali hallmark memainkan cerita ini di astro dan sekian kali itulah aku tanpa jemu bercampur rasa terharu menonton telefilem ini. kisah benar gadis gelandangan, liz murray mencorak sendiri hidupnya. menterbalikkan hidupnya dari kehidupan tipikal anak jalanan. homeless to harvard sangat memotivasikan aku. tanpa adegan melodramatik atau melankolik, kesedihan amat dirasai. bagi liz murray, dia tak perlu hidup dengan alasan. apa sahaja latar di sebalik kisah keluarganya, kehidupan yang dilalui sejak kecil, bukan alasan mengapa dia tidak boleh berjaya.

Sunday, October 21, 2007

Sudah lamA

sudah lama tidak ketemu cinta
dengan perubahan keterbalikan yang nyata
semoga terus ke matlamat yang sebenar
diharap pilihan tetap walau nanti baru jumpa yang kurang sempurna
saling belajar dan terima seada- adanya

Saturday, October 20, 2007

mEMandu daLam mamAi

dalam mamai aku luncur laju ...berkereta
jalan terus belok sikit- sikit
ikut arus lorong
tanpa sedar aku menggelek seekor semut
yang mungkin juga turut mamai
kerna seakan lalui gurun yang merekah
berbau busuk tar
tetapi semut itu tidak penyek
digelek aku kerana dia terselamat
di celah- celah rekahan tar
yang baunya tetap sungguh menyesak


- inilah hasil memandu dalam ngantuk

Wednesday, October 17, 2007

Setelah berayA

aku cuti lima hari. terpaksa sedikit berkeras untuk tidak dipotong cuti sebab aku mungkin takkan dapat lagi cuti sebegini untuk raya akan datang. sorry boss. aku bukan pentingkan diri tetapi tiada lain sebabnya hanyalah demi keluarga. untuk mak terutamanya. ketika di kampung, sepupu aku merakam video mak. mak kata seronok beraya tahun ini sebab semua ada dengan wajah yang penuh bermakna. aku kurang faham maksudnya.

pada waktu yang lain, sepupuku tontonkan rakaman raya tahun lepas. sudahnya aku faham kata- kata mak. visual mak duduk dan adegan salam menyalam. mak kelihatan sangat sedih yang tak tertahan sendunya. rupanya aku, abah dan keluarga abang tiada. kiranya keluarga aku tidak semuanya ada dalam pada semua saudara ada. nyaris-nyaris adikku (bersama suami dan anak)juga tiada sebab sepatutnya giliran dia beraya di rumah mentua. tetapi adik dan suaminya faham.

tahun ini asalnya abangku rancang dia dan keluarganya pulang ke kampung pada raya kedua tetapi sebab dengar aku dapat cuti maka, dia tukar rancangan balik awal. kiranya tahun ini keluargaku sempurna. perasaannya sangat lain kerana sukar untuk berkumpul semua. tiada yang lebih rasa indahnya raya tanpa keluarga bersama.

Wednesday, October 10, 2007

aidilFitri tetap DAtang lAgi

memandangkan tahun lepas kerja maka, aku bercuti tahun ini. 5 hari sahaja. harap boleh jumpa sanak saudara yang jarang jumpa. sebelum bercuti kena kerja lebih sikit. malam-pagi-petang-malam-pagi balik, malam pula. eh, pernah 2 hari aku tak tidur. gila... tak tidur tanpa sedar. namun begitu, salam aidifitri untuk sahabat yang mengunjung laman minda yang tertafsir ini.

kEmurunGan yang UNik?


pelawak merupakan orang yang pintar
dengan memiliki kemurungan yang unik

- annie leibovitz