terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Wednesday, December 18, 2013

melihat zon

ketukan jari aku sering kaku apabila aku lepas sign in blog ini. ahh...di minda bermain- main kata. risau asyik membisik berputar di atmosfera kepala, bahaya pula.

banyak aku perlu buat. di samping rutin hakiki yang tak pernah berhenti. rasa tak cukup- cukup masa. kalau minta 30 jam satu hari pun takkan cukup. pengurusan masa termasuk rehat sangat perlu.

dah tak akan ada 2013 ini lagi, aku rasa aku silap strategi. eh, bila pula aku atur strategi. aku rasa tak syok nak merancang sangat. aku suka ikut arus. sambil ada matlamat. tapi kadang- kadang matlamat itu pun kurang jelas. ahh...aku sering dapat apa yang aku nak kan.

jom lihat hidup orang lain. ada yang ku lihat perjalanan hidup seseorang itu berjalan dengan cantik. seolah dirancang hidupnya. barangkali juga dia memang berstrategi. tapi mungkin juga arus yang membawanya mengalir ke laluan yang mudah. takdir.
ada yang bagai sudah henti bercita- cita. kekal dengan zon sedia ada. hidup bagai terhenti, sedang fizikal masih rancak menari.

melihat perjalanan hidup orang lain pasti akan menerbitkan suatu rasa. ya...bertuahnya dia menjadi begitu. itu normal dan sepatutnya menjadi motivasi diri untuk jadi lebih baik dalam laluan sendiri. melihat kepada kelebihan, kecenderungan. yang kita ada, dia mungkin pun takde. ahh.. tapi kelebihan yang dia ada sangat berlebih. hmm...tapi itu, aku baru lihat satu di antara ramai. itu baru boleh digelar ikon.
 

   

Sunday, July 28, 2013

kita Perlukan isu

tanpa isu, sogokan pemikiran jadi monotonous
seronoknya isu, kuku wolverine dan edward scissorhands bercakar-cucukkan
adanya isu, kemeriahan konfrantasi
aneka hujahan dihujani
emosi dan rasional berlagu
cerdik, cetek terserlah
ahh...lucu!
tapi seriusnya isu, beri kebaikan , kelebihan
lebih- lebih lagi kepada pengambil kesempatan

Thursday, July 25, 2013

bukaN tipu

ada kata memaksudkan
ada ucap sekadar kata
sekadar kata dirumitkan
usahlah faham terus
sebab itu sangkakan dusta
memang bukan payah
apalah cuma kata- kata
tapi takkan beri mudah untuk kau terima
hanya jauhari dapat meneka

Saturday, June 15, 2013

the black Reader

kate winslet dalam titanic aku rasa macam rani mukherjee dalam kuch kuch hota hai. siapalah dia orang ni. aku tak ambil perhatian.

tapi kate dalam the reader macam rani dalam black. bukan calang- calang dia orang. wow!! perhatiku masih terpempan.


Friday, June 14, 2013

memisahkan Diri




bagi aku pelakon yang terbawa- bawa wataknya ke pentas realiti bukanlah seorang pelakon yang baik. skil memisahkan watak dan diri tiada. ianya patut sepantas jari dipetik.  
perlu ada kesedaran diri untuk memandu karakter. ahh..ini orang yang belajar teater tahu.
sebab itu kalau terbaca artikel ada pelakon terbawa- bawa watak ke luar lokasi aku akan menyengetkan bibir. sesiapa boleh belajar berlakon. dianugerahkan bakat pun perlu belajar. untuk sebati dengan diri bukan memerlukan setahun dua. tak percaya sila tanya anak- anak murid allahyarham mustafa noor.



 

Friday, May 10, 2013

aku takkan tEtap

tak perlu dikata
tak perlu juga berikan bayangan
hati seolah mengerti
aku masih diperlukan
sebab itu masih ada
adaku takkan tetap
gila aku untuk tetap ada
mereka yang memerlukan aku...
sebenarnya aku yang sangat perlukan
tapi aku juga tak pandai berkata
juga tak reti memberi bayang
ada aku yang tidak tetap
ada aku sementara
mustahil selamanya
dan...
aku syukur
terus menghirup udara

Wednesday, May 08, 2013

apa yang Sendiri mahu

kita tanya pada diri sendiri. pada masa sekarang aku yakin setiap orang mahukan yang utama ini...keamanan. 

masing- masing punya pilihan. untuk negara, pilihan itulah dinyatakan dalam pilihan raya.
masing- masing ada hak. hak memilih. baik parti pro kerajaan, pembangkang mahupun bebas. tak perlu kita pertikaikan hak memilih masing- masing.
setiap pemangkah ada sebab. sama ada pilihan berdasarkan pandangan satu lapis, yang menjangkau jauh, yang berfikir disebaliknya dan apa sahaja. ia tetap ada sebab. kita tak perlu marah... mengapa kau pilih itu, kenapa kau tak pangkah ini.

menyuarakan...juga hak masing- masing. suara itu didengar, maka tentulah menghasilkan respons.

mempengaruhi...untuk mendapat kawan satu suara. tapi jika tidak sama pemikiran, itu masih hak masing- masing. tak perlu dimarahi. tak perlu diperli. jika tidak akan timbulnya konfrontasi.

berpeganglah kepada rasional masing- masing. tak kira walau konvensional sudut pandangnya, rendah persepsinya, tinggi pemikirannya, jauh renungnya. kita perlu menghormati. keamanan wujud atas dasar menghormati.

pertikaian...lebih sopan dan hormat serta tidak barbaur emosi, dipanggil analisis.
analisis berasaskan fakta. kebenaran terpacul walau agak pedih tapi itu yang sedang terjadi.  barangkali, selama ini terlalu lembut dan sopan serta berlapik. tapi penggunaan maksud secara terus agak berbisa lalu seolah mencetuskan provokasi. fikirlah, ia untuk mengingatkan. menyedarkan semua pihak. bukan bertujuan melagakan. tetapi apabila isu terus berterusan, bahayanya mengundang hasutan. perlu disedarkan tapi lebih perlu diingatkan kepada diri. pertama, kita perlu keamanan. sebelum  pilihan raya, kita sudah diberi petanda pergolakan mengejutkan di lahad datu.
yang menaikkan semangat nasionalisme semua rakyat malaysia.     


Monday, April 29, 2013

pada dia dan Kita

pada dia saat itu cuma sambil lalu
pada kita detik itu wow history
pada dia keseronokan itu sementara
pada kita keseronokan itu selamanya
pada dia misteri diri bukan untuk sesiapa
pada kita misteri diri berkongsi bersama
bagi dia gurauan itu tiada makna
bagi kita gelak senda itu mencuit jiwa
bagi dia, bagi kita
kita syok ketara
bagi dia...ahh, lupakan sahaja!
huh... kesiannya kita
sebenarnya kesian lagi dia...tiada makna dalam jiwa


Saturday, April 20, 2013

pegunkan raPuh

aku pernah hendak berikan tip kepada rakan baru bertugas. tapi belum beritahu. cuma satu sahaja. kerja kami berkaitan dengan keputusan yang dibuat. keputusan harus cepat dengan arahan yang tepat. salah atau tidak tanggung sendiri. keputusan dalam masa yang pantas mendatangkan risiko betul atau tidak. kita kena bertanggungjawab dengannya. aku... aku telah banyak buat keputusan. ada benar dan banyak juga salah. kalau salah, tepuk kepala sendiri. kalau benar aku kukuhkannya dengan rasional dan dengan gurau-gurau lagak. aku kan!

walau ada yang akui keputusanku benar tapi ada juga mempertikaikannya. lebih- lebih lagi tiada tindakan dikenakan terhadapku sedangkan yang lain yang sepatut dan tidak sepatutnya, dikenakan tindakan. ini menimbulkan rasa- rasa yang tidak sedap. rasa yang tidak sedap ini kekal dipendam biar lama sudah berlalu. dan bila ada yang menyentuh lagi tentang hal ini pabila semuanya sudah kembali normal, aku sangat rapuh. sebab rasa yang tidak sedap kekal dipendam itu. gila kan! gila sebab rupanya aku tak sangka aku rapuh.

barangkali aku kena buat satu keputusan. yang aku tahankan untuk meluncur laju dulu. ia seakan isyarat tapi apa segala keputusan aku akhirnya ikut hati. hati aku sangat berat. gilakan!
berkaitan kesilapan terbaik dulu.

 


ini gambar sebahagian rakan yang mendapat pengiktirafan. macam biasa aku tukang pegunkan detik. aku suka tangkap gambar mereka yang gembira. tahniah kepada semua yang ikhlas bekerja!

      

Saturday, March 16, 2013

terus Hilang

pagiku
terus hilang
oleh
kesiangan

kUasa

kuasa lelaki dengan penangan
kuasa wanita dengan tangisan

Wednesday, February 13, 2013

Monday, February 11, 2013

aUra dan penangan

hari ini di tempat kerja, aku tak boleh ada rhythm lain. dari pagi dan mungkin sampai ke malam asyik disogok oppa gangnam style. visual persembahan julung kalinya psy di malaysia kerap dimainkan berkali- kali. itu melalui tontonan, kalau tengok berdepan...fuh, entahlah penangan psy.

itu aura dia. aura lagu itu. dipakej tarian dan pemasaran yang bagus. fenomena, bermusim dan aku yakin ia seketika.
menyentuh tentang getaran spiritual ini, aku terfikir satu nama sebagai contoh. m.nasir.
kalau tengok di tv, aku kurang merasa renjatan listrik aura beliau. tapi berlainan apabila secara berdepan. wow, walau bergaya santai sahaja pun sudah terasa tarikan magnet. kalau tengok persembahan lagi terpaku dibuatnya. aura, tak semua orang ada. artis...biar bertahun bergelumang dalam bidang seni pun, biar busana penuh kemilau, biar disuntik, disurgeri... biar gaya unik untuk menarik sekalipun. aura tak lekat.

 ia mula dari dalam diri. hati yang bersih. semangat instrinsik suci. terpancar ke wajah. dari wajah dan tubuh termanifestasi ke sekeliling hingga memberi sentak meskipun sedetik.

Friday, February 01, 2013

tribUte

allahyarham mustafa noor