ingat tak cita- cita sewaktu kecil dulu. sekolah rendah dulu aku pernah diminta beri tiga cita- cita apabila dewasa.
ada tiga. pusing- pusing tiga itu juga. pertama, pegawai bank. kedua, kartunis. ketiga, jadi wartawan. naik darjah, cikgu minta tiga lagi. pertama, kartunis. kedua, pegawai bank dan ketiga nak jadi wartawan.
naik sekolah menengah pula, cita- cita aku jadi subjektif. ingin berjaya dalam hidup. dalam buku autograf, cita- cita itu menjadi popular sama popularnya hobi mengumpul stem (ketika sekolah rendah). hobi yang cuma sekadar dinyata. ikut trend semasa. buku stem wujud. tapi aku tak pasti siapa yang kumpul. memang bukan aku.
berbalik kepada cita- cita. subjektif kerana tiada ketetapan. minda mula didatangi pelbagai. pengaruh makin melebar. tiada pula yang menunjukkan. tiada yang menyedari potensi untuk dihalakan kecenderungan. cuma nasihat. belajar rajin- rajin. belajar pandai- pandai. sampai masuk universiti.
hmm... aku tak salahkan sekeliling. alhamdulillah. berkat nasihat, dapat masuk u. semua adik- beradik dapat. tentang kerja dan cita- cita. hmm... hidup perlu wang. maka, cari kerja untuk dapat wang dulu.
aku...aku tak dapat 3 cita- cita asal yang diminta (paksa) oleh guru itu. tapi aku perasan aku menghampiri ketiga-tiga itu. ada sahabat, adik- beradik punya posisi itu. aku perasan tiga cita- cita itu terbit kerana pada ketika itu, hanya itu yang aku nampak. pegawai bank kerana bapaku kerja bank. pilihan menjadi kartunis kerana aku memandang tinggi kekreatifan pelukis kartun sebab minatku membaca komik gila- gila, ujang dan karya lat. wartawan...hmm, pengaruh majalah mastika, sarina dan variasari agaknya. novel fiksi pertama yang aku mula baca dulu watak utamanya wartawan. memoir pertama yang aku baca juga tentang wartawan.
pada waktu ini aku bekerja di bidang yang aku suka. cenderung dengan jiwa. cita- cita aku masih subjektif tapi tetap. iaitu menjadi yang boleh diharap. setakat ini harap ia masih dan terus masih.
2 comments:
I'm sorry to post my unrelated comment here (actually, it's more to a request) but maybe you can share with us your opinion on Rewan's Pasport Ekspres.
Maaf sekali lagi but selama ini, I always love reading your argument yang ringkas yet kritis. :)
takpe. hmm...karya rewan tu tengah famous sekarang kan.
Post a Comment