terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Thursday, November 10, 2011

telefilem hAjar aswad...

sebab aku gemar cerita seperti children of heaven
...laskar pelangi
suka dengan filem arwah yasmin ahmad
maka, wow...untuk telefilem ini.
seimbang aras lakon pelakunya. tidak terlalu, tidak kurang
natural yang dirasa
tak terlalu rumit, tak terlalu mudah.
cerita ini nampak biasa tapi lain.
lainnya yang aku sendiri tak tahu bagaimana hendak digambarkan.
kisah orang-orang biasa yang tidak pernah dipeduli.
wahh, aku suka latar lokasinya!
latar yang biasa kita temu dan lalu tapi tidak pernah dihirau.
dah lama aku tunggu cerita seperti ini.
buat pertama kali dalam penontonan, hati aku menangis.

1 comment:

AzmaMurni Aziz said...

melihat pada barisan pelakonnya.. memang tak lepaskan peluang untuk menonton.

terkesan.. amat terkesan terutama dengan lakonan fatimah abu bakar. tanpa dialog pun emosi dalamannya cukup terkesan pd yang menonton. tak perlu meratap meraung utk gambarkan emosi yg terpendam.. kesedihan, kekesalan. lakonan mantap. hebat!

jln ceritanya biasa tapi kalau diserahkan pd pelakon yang 'bukan biasa', lalu yg biasa itu mampu saja menjadi luar biasa.

*ryann.. suka jugak.. sangat suka cerita ni dan pelakon2nya ;)