terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Monday, October 03, 2011

teater kapSul KLKu oleh stefani

acting memaksudkan apa yang diucap. itu kata iryanda mulia ramli, pengarah teater Kembang Layarku (KLKu) kali ini. acting itu refleks daripada jiwa.

teater kali ini agak lari sedikit daripada teater stefani yang lalu. utama yang nyata, ia bukan muzikal. pelakon terlibat, semuanya peneraju utama, chi azim, jihan muse, ungku hariz, raja emy dan oreo.

pada aku, teater ini kembali kepada asal. basic
ada cerita tapi sebenarnya ia lebih kepada permainan seorang aktor. siapa akan bunuh siapa. siapa lebih dominan. siapa menjauhi diri dari tidak digauli, siapa akan menyeimbangkan aras rentak dan momentum.

gila! ia tidak sangat lama tapi agak menguji kemampuan si pelaku. sampai atau tak, boleh dirasa. andai ada yang tersasar pemusatan perhatian juga boleh dikesan walau tutup dengan gaya mekanikal. berupayakah mereka? stefani persiap mereka sebagai seorang aktor...
..dan mereka perlu kosong dan jujur untuk menjayakannya. ini kata aku.

selamat menonton kawan- kawan. jangan lupa hadir di stor teater dbp, jam 9 malam. mula 3 oktober hingga 8 haribulan sepuluh. tiket rm 20. teater kembang layarku (KLKu) karya dan arahan abang moel oleh sanggar teater fauziah nawi.   


foto sesi latihan KLKu

7 comments:

daydeck86 said...

Salam
Curi gambar nak tolong promote leh tak? kalau xleh tolong bagi tau nanti saya remove n3

ryann said...

sila sila. dan terima kasih

AzmaMurni Aziz said...

menarik! kalau ada kelapangan.. InsyaAllah akan sampai ke sana.. :)

Sophie Al-Yahya said...

teater. haritu punya dream girls saya nak pergi tp time tu pegi perhentian pula. sekarang dah sgt busy untuk tambah activity apa pun.huhu..

* mood penat*

ryann said...

:)

sabby-boutique said...

wahhh masih aktiff. sihat ke kak yan? bila ntah berpeluang nk menjejakkan diri ke teater. x pernah ada kesempatan. baca blog kak yan

ryann said...

:p :)