sekembalinya aku dari keluar, aku dapat tahu filem laskar pelangi main di astro ria. hari tu aku tertipu dengan info di channel ni. katanya filem laskar pelangi, sekali i'm not single. mood pra-motivasi aku terus hilang. pukul sebelas pula akan main to sir with love pulak di tv2. satu jam bertindih masa. mana nak tengok ni. break je aku tukar-tukar channel.
walaupun aku sudah tonton filem ni tapi aku masih tetap nak tengok. sentiasa ingin tengok lagi. filem genre sebegini tidak harus dilepaskan, daripada aku tonton cerita setahdo dan selepas itu aku pulak naik hantu sebab bukan tak rasa diseramkan tapi rasa minda aku dikebawahkan. sikit- sikit bolehlah(untuk setahdo yang best).
mengapa cerita hebat sebegini (laskar & to sir) hanya disiar pada hari guru je ye. mengapa tidak disiar selalu di tv. ok, pernah ada tapi jarang.
banyak filem-filem yang memberi inspirasi : black, pursuit of happyness, forrest gump, men of honour, into the wild, pay it forward, children of heaven, a beautiful mind, october sky. itu di antaranya.
penonton di rumah elok disogokkan dengan cerita begini.
ok, nanti berat pula kepala dan bosan. orang balik kerja mahu relax lor.
sulamilah sikit-sikit cerita ringan, lawak, cinta(subplot dalam hampir semua cerita), misteri dan hantu.
tidaklah asyik hantu, hantu, hantu. dongeng, dongeng, dongeng!
sesekali cinta, lawak dan stail opera sabun (yang ditipikalkan ceritanya, tapi omak-omak di rumah suka woo).
aku terfikir, seolah-olah cerita seram/ tahyul/ dongeng sekarang banyak dibikin untuk membalas dendam balik ke. sebab dulu genre ini pernah dilarang. kiranya cover baliklah masa pemeraman idea dulu tu.
dulu aku marah setahdo dilarang. sekarang aku suka. tapi kenapa terlalu pula. kenikmatan tontonan aku tiada keseimbangan tau.
kepada pembikin drama, telefilem dan filem : tolonglah hasilkan produk genre inspirasi dan motivasi. aku haus benar. mungkin ada beberapa juga dahaga. tak semua dahaga. walau tidak akan meletup pecah jag, ia tetap beri kemampatan yang bermakna.
percayalah sedar atau tidak (atau buat-buat tak sedar), sogokan itu mempengaruhi.
3 comments:
to sir with love xpnh tgk *kot*.. tp laskar pelangi mmg hadam habes!
a'ahh jarang betul cerita yang dapat berikan kita motivasi .. asyik-asyik seram manjang..
to sir with love cerita lama. zaman ago go.
saya suka cerita berbentuk inspirasi yang tak terlalu didaktik. tepu lak kepala dok tengok seram selalu,cikgu rashid
Post a Comment