terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Friday, May 27, 2011

'cameO' keluarga





15 haribulan lalu, hadir majlis konvo adik. di dewan baru uitm. wow, besarnya. boleh tahan. seakan picc. namanya dewan agong tuanku canselor, datc. teringat dtc um. waktu aku konvo dulu, tak merasa aura dtc. sebab terbakar. dtc, dewan bersejarah punya aura. setiap kali masuk aku akan rasa sesuatu. seriau misteri. umpama kembali ke era lampau. adus, rindu um.

adikku, adik paling akhir. beza umur jauh jugak. tentu berkat doa mak dan abah, kami semua dapat habis belajar di u dan seterusnya bekerja. tak perlu tunggu lama. alhamdulillah.
  begitu pantas waktu memainkan peranan. tapi aku risau...gerak makin perlahan.

hmm...ada hidup dalam kemarahan. 
hidup...
kasih tak tertunjuk.
kefahaman tak diperjelas
hanya harfiah
lara terpendam 
dibawa bersama
penamat yang bungkam
sedih


Thursday, May 19, 2011

perJalanan misteri

wujud dan ada, itu jelas
penamatnya juga jelas
di antara tangisan mula hingga kaku yang akhir
samar- samar
perjalanan 
mustahil dapat disangka
bertahun
bina jambatan bersimen batu
yakin kukuh
ketika lalu di atasnya
tiba-tiba runtuh
...
perkara paling misteri dalam hidup,
hidup itu sendiri

Monday, May 16, 2011

sogokKan inspirasi

sekembalinya aku dari keluar, aku dapat tahu filem laskar pelangi main di astro ria. hari tu aku tertipu dengan info di channel ni. katanya filem laskar pelangi, sekali i'm not single. mood pra-motivasi aku terus hilang. pukul sebelas pula akan main to sir with love pulak di tv2. satu jam bertindih masa. mana nak tengok ni. break je aku tukar-tukar channel.

walaupun aku sudah tonton filem ni tapi aku masih tetap nak tengok. sentiasa ingin tengok lagi. filem genre sebegini tidak harus dilepaskan, daripada aku tonton cerita setahdo dan selepas itu aku pulak naik hantu sebab bukan tak rasa diseramkan tapi rasa minda aku dikebawahkan. sikit- sikit bolehlah(untuk setahdo yang best).

mengapa cerita hebat sebegini (laskar & to sir) hanya disiar pada hari guru je ye. mengapa tidak disiar selalu di tv. ok, pernah ada tapi jarang.
banyak filem-filem yang memberi inspirasi : black, pursuit of happyness, forrest gump, men of honour, into the wild, pay it forward, children of heaven, a beautiful mind, october sky. itu di antaranya.
penonton di rumah elok disogokkan dengan cerita begini.
ok, nanti berat pula kepala dan bosan. orang balik kerja mahu relax lor.
sulamilah sikit-sikit cerita ringan, lawak, cinta(subplot dalam hampir semua cerita), misteri dan hantu.
tidaklah asyik hantu, hantu, hantu. dongeng, dongeng, dongeng!
sesekali cinta, lawak dan stail opera sabun (yang ditipikalkan ceritanya, tapi omak-omak di rumah suka woo).

aku terfikir, seolah-olah cerita seram/ tahyul/ dongeng sekarang banyak dibikin untuk membalas dendam balik ke. sebab dulu genre ini pernah dilarang. kiranya cover baliklah masa pemeraman idea dulu tu.
dulu aku marah setahdo dilarang. sekarang aku suka. tapi kenapa terlalu pula. kenikmatan tontonan aku tiada keseimbangan tau.

kepada pembikin drama, telefilem dan filem : tolonglah hasilkan produk genre inspirasi dan motivasi. aku haus benar. mungkin ada beberapa juga dahaga. tak semua dahaga. walau tidak akan meletup pecah jag, ia tetap beri kemampatan yang bermakna.

percayalah sedar atau tidak (atau buat-buat tak sedar), sogokan itu mempengaruhi.

Tuesday, May 10, 2011

terima kasih Tuhan

kau adakan aku.
dan
aku
masih
ada.
ia amat bermakna sekali.
bukan untuk diriku
tapi
kepada
mereka
yang sangat perlukan aku