terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Monday, March 21, 2011

3 wAjah fauziah nawi

satu refleksi !
tiga cerita dalam malam 7 drama 7 duri lalu
diperan semula


Tukang Sapu
angan dan impian yang  membawa kepada luahan perasaan seorang tukang sapu terhadap fenomena hidup masyarakat sekeliling. realiti hidup yang pahit sering membawa manusia ke daerah dunia anganan yang dicipta untuk melarikan diri dari kenyataan. dari angan yang dicipta dia menemukan satu kebahagiaan yang sementara. tetapi realiti tetap harus dihadapi. penghujung jalan cerita hidup yang keperitan masih dalam teka-teki. yang berani akan terus berjuang manakala si bacul akan memilih jalan pintas yang penuh tragedi
Hutang
dari saat dilahirkan di muka bumi manusia telah berhutang. dalam menjalani kehidupan beban hutang tidak dapat dipisah dari setiap insan. ada yang mengaut keuntungan dari hutang piutang orang lain manakala ada yang menanggung azabnya. si pemiutang sendiri pun kadangkala terhutang dengan pemiutang yang lain. hutang menjadi satu kemestian dalam menjalani kehidupan masakini.  tak kira sama ada hutang secara zahirnya atau secara batin, manusia tetap berhutang
Pukul
dari kehidupan mewah sebagai seorang isteri kenamaan kepada peniaga runcit dan seterusnya menjadi banduan. dari terpukul kepada dipukul akhrnya bangkit lalu memukul atas dasar untuk melindungi diri. luahan perasaan seorang perempuan atas kehidupan yang dijalani. di antara cita-cita dan kejayaan negara, prinsip arwah bapa dan kejatuhan seorang suami. beliau cuba tabahkan hati namun batas kesabaran manusia tetap ada hadnya menuntut dia bangkit 



30 mac hingga 3 april
malam, jam 9
berskala kecil pentas berkonsep black box di stor dbp
mendepani rapat penyaksi
tanpa lapisan pemisah
merasa dekat aura
fauziah nawi
dengan 3 wajah

info lanjut transit ke stefani

Saturday, March 19, 2011

sekilas Bila bermain

bila filem jasmin nak main di tv
bila m.nasir nak sambung aduh saleha
bila siti nurhaliza nak berlakon
bila beto akan jadi hero arus perdana
bila ib nak pentas teater hantu
bila hikayat merong kan cecah empat puluh juta
bila album kembali dibeli hingga terjual 200 ribu unit
bila anwar nak serah dna

Monday, March 07, 2011

fauziah nawi kembali Beraksi tapi dengan 3 wajah

hanya satu perkataan untuk mengulas lakonan fauziah nawi - HEBAT!  beban di atas bahunya untuk menjayakan cinta julia untuk penonton singapura teramat berat, apatah lagi dengan hanya satu percubaan.ia bukan percubaan, ia adalah satu kesempatan untuk melaksanakan yang terbaik. kalau beliau gagal, mungkin hilang peminatnya.penguasaan ruang, penguasaan dialog dengan perkataan-perkataan yang jarang digunakan dan penguasaan emosi patut menjadi teladan pelakon muda.

buat pertama kali, ruang studio teater esplanade dihadiri ramai para mak cik untuk menonton persembahan teater. kalaulah golongan penonton 'mak cik' dapat membuka hati menonton buah hasil tempatan pula, alangkah baiknya.

ramai penonton yang tidak tahu fauziah nawi boleh menyanyi dan selesa menari. iryanda juga bermain gitar sebagai muzik selingan sepanjang pementasan dan permainannya cocok dengan suasana adegan.
pengarah cinta julia, iryanda mulia ramli, mengeksploitasi, secara positif, kebolehan lakonan fauziah nawi, untuk menghidupkan cinta julia.
lanjut
petikan oleh dandyaramri ini mengenai persembahan monolog cinta julia di singapura oktober tahun lalu. hujung mac ini ibu fauziah kembali beraksi menjadi tukang sapu, ceti berlesen dan isteri yb. nantikan...