
pertama kali menjejaki sibu. aku perasan setiap blok bangunan, setiap hujungnya mesti ada kedai kopi cina. iyelah majoriti penduduknya kaum cina. pemandangan sungai rejang sangat mempesona. aku datang sini untuk bekerja jadi, mood aku tidak rasa macam untuk bercuti. sempat le bersiar- siar dan rasa makanan famous kat sini.
16 mei - berada di dewan suarah iaitu tempat pengumuman jumlah undi, melihat gelagat penyokong- penyokong parti, mendengar sorakan dan bunyi hon bilamana dap mula cantas jumlah undi bn, menyaksikan protes pihak pembangkang dan menunggu lambatnya peti pos terakhir tiba lalu akhirnya pengumuman dibuat. terus dismantle dan masih tidak boleh balik sebab luar dewan masih penuh dengan para penyokong. walau rasa letih menunggu tetapi masih lagi mahu singgah makan, merasa sup power di taman harmoni tempat rakan setugas hilang luggage pada hari pertama tiba di sibu.
4 comments:
besh.. seronok die berjalan2[bekerje]... terliur bile dgr sup power tuh
eh.. mu kerje ape ek... SPR ke??
bro just nk tahu.. if SPR..sure kenal sorg rakan bro nie
BroFramestone Blog
seronokkan dapat bercuti walau perlu bekerja sebenarnya.. keluar dari ruang yang biasa. kadangkala itu perlu dilakukan.. :)
mr. final - tak jalan sangat. tak sempat. boleh tahan gak sup power tu. rasa mcm sup jepun lak.
bukan kerja spr le bro. dlm bidang media.
qasih, best gak le. rasa macam nak g keluar selalu lak
Post a Comment