terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Thursday, December 03, 2009

joM PersembaHkan


15 minit persembahan dalam Gita Akustika!

gita akustika merupakan salah satu usaha stefani dan persatuan penulis nasional (pena) dalam mendekatkan masyarakat kepada keindahan dan kesenian kesusasteraan bahasa melayu yang kian diabaikan.

program ini akan menghimpunkan seniman dan karyawan dari segenap lapisan masyarakat dan semua peringkat usia untuk mempersembahkan karya kesusasteraan Melayu melalui medium muzik. Program ini juga dapat memberi pendedahan seterusnya membuka ruang kepada para karyawan muda untuk lebih bergiat aktif di dalam kesusasteraan melayu melalui muzik.

gabungan perkataan gita (nyanyian/lagu) dan akustika (bunyi) adalah simbolik kepada keindahan dan kehalusan seni bahasa melayu.

program ini juga diadakan bersempena malam puisi tahun baru pena yang acara tahunan dan juga sebagai menyokong usaha dbp dalam kempen cintai bahasa melayu.

lanjut dan syarat penyertaan sila ke blog STEFANI

13 comments:

ku tak sempurna said...

slm ryann..

setkt jadi penonton boleh laa... nak jd peserta, takde bakat la...

:D

amal said...

slm dik ryann..
smga Allah SWT plhra hidupmu.
amiin.

bagus brita ni.
cepat mklumat yg dik ryann beri..
:)

insya-Allah, abg am hrp dpt pi..

*mgkin blh jmpa dik ryann d sana kot..?
:)

LENNY ERWAN said...

aaa interesting... macam nak ikut. Tapi bincang dulu dengan yang lain.

Thanks Ryann. Semoga sihat sejahtera ya.

:-)

ryann said...

jom le cuba kts hehe. tapi jemput datang nanti yek.


bang amal, lama tak dgr khabar abang. harap bang sihat. jemput datang nanti ye. insyaAllah.


meh join lenny. ok je. pa pa hal boleh tepon. boleh kasi maklumat detil.;)

Koishie said...

Menjadi sangat teruja mendengar berita kamu tentang acara itu. Malm td aku baru pulang dari rumah pena untuk maskara 18, dan sungguh aku penuh dengan rasa ingin ke sana lagi. Insyallah... :)

ryann said...

maskara memang master dalam arena ini. sudah ke 18 tu. jemput hadir dan serta ye koishie.

en_me said...

bestnyerr kalo dpt gi tengok tewww.. uhuhu

Marissa said...

Wajib pergi tonton.. Kak Ryann tunggu saya naaa... uhuhuu...

p/s: dah lama gile tak terlibat benda2 camnih. Isk rindu.

ryann said...

jom datang en_me.

datangle dik marissa. sambut new year.

Koishie said...

mahu beli tiketnya dimana yaa Ryann? perlu berhubung dengan siapa? sedang ingin teruja untuk ke sana (sebagai penonton).. :)

ryann said...

walk in je boleh saudari koishie. terima kasih

The Island of NAMOYAKI, said...

andai tiada pelepah nyiur melintang,
pasti aku menyaksikannya di sana,

andailah ada jua sumur yang dijanjikan,
aku ku panjatkan segala hajat perjanjian,

hati yang dekat lagi dikenangkan,
inikan pula orang yang jauh,

salam hormat ryann,

ryann said...

andai tiada andai itu, pasti kita bertemu di sini. salam hormat jua buat saudara