terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Thursday, November 22, 2007

mulanYa aku beRSama SasterA I

sewaktu sesi pengemasan barang kerana pindah rumah setahun lalu, aku terjumpa 2 buku. dipenuhi debu, halusan sawang dan kepingan anak lipas mati terlekat. satu buku berkulit tebal dengan rona biru kehijauan, satu lagi berwarna hitam soft cover. hikayat merong mahawangsa tajuk yang biru dan hitam tajuknya adat perpatih. buku pertama yang aku terima pada masa yang tidak sepatutnya. aku darjah 5, arwah mak teh (bekas guru) berikan kepada aku ketika aku punggah rak bukunya untuk cari buku-buku fairy tales. dengan tulisan klasik melayu jawa dan minang, buat aku keliru. terlalu berat minda mentahku untuk terima. ‘apa mak teh ni? orang kecik lagi’ jiwa budakku protes. 1999- ketika mempelajari tafsiran naskhah- naskhah hikayat, aku mula memberanikan diri mentelaah buku pemberian arwah mak teh itu. peninglah juga tetapi dapat faham. kedua buku itu agak membantu aku membuat tugasan. menjadi rujukan membuat tafsiran hikayat dan kajian adat perpatih. aku simpan lama dalam kotak. aku suka simpan kedua buku ini kerana ciri – ciri klasikalnya dan kini kerana ia pemberian arwah mak teh. ingat lagi kata arwah mak teh… ‘bacalah untuk kaji asal- usul’. aku faham kini walau tidak dulu.

4 comments:

Anonymous said...

aku tahu kau minat lagu Your My Evething tu sejak kau kat Form 3 lagi, it means that u love that song since 16 tahun sudah...

nape that song so special kat insan seni macam ko ni agaknya kan

ryann, that song reminds me of u la, ahaks!

ryann said...

:p

sha said...

aku lagi dasat. mak aku bagi kamus dewan tu masa besday darjah 3. tapi skang baru sedar betapa bestnya baca kamus tu ;p

ryann said...

kamus dewan...baca ku yang tak pernah habis :p