terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Saturday, September 08, 2007

MeliHAt kerEnah melihaT teLatah….. manusia

Seumpama rama-rama
Terbang bebas di udara
Tanpa ada halangan
Aman damai suka-suka
Riang ria tanpa ada rasa duka sengketa

Rama-rama
Ekspresi dirimu menawan hatiku
Ingin aku terbang bersamamu
Melihat kerenah
Melihat telatah….. manusia

Yang sering telagah
Ekspidisi ini
Bagai tiada henti
Kan menjadi antologi diri
Terhentilah mimpi
Terhapuslah sepi
Sanubari yang lebih berani

Terminal yang pasti
Satu fitrah hati
Kerna yang sejati tiada kekal lagi
terbanglah ke sini mencari abadi
Terbanglah ke mari mencari hakiki

Seumpama rama-rama
Melewati panorama yang penuh
Warna warni
Taman bunga taman damai
Dengan aksi lincah berputik
Hidup yang harmoni

Rama-rama…


*ella



...dulu aku antara dengar dan tidak lagu ini. tetapi kesayanganku kata dia suka lagu & lirik dendangan ella ini. lalu dia perdengarkan menerusi telefon ketika dia sedang memandu. kebetulan lagu itu berkumandang.

5 comments:

Anonymous said...

yan,

ko dah ader kesayangan nampak?? citer le kat kengkawan......


not so anonymous - diana yusoff

ryann said...

woo...pantang cerita sikit!! :p

Anonymous said...

dah alang2 citer sket, citer jer la banyak terus......hahahhahahahhaha!!!!

-Dee Yusoff-

Anonymous said...

Rama-rama terbang bebas di udara... tapi jangan biarkan ia menjadi perindu...menanti dan mencari kasih abadi...

'Genggamlah sayapku kiranya kau sudi.. berikan tulusmu agar dapat kukecapi.. indahnya kasihmu yang terukir di hati.'

-Kasih-

ryann said...

aduhhh...ni yang cair ni