terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Thursday, April 21, 2005

cUcuK MenYuCuk

aku paling tak suka budaya cucuk-menyucuk atau lebih tepat lagi dipanggil batu api @ 'fire stone'. itulah yang sering berlaku di persekitaran aku. akhirnya aku sendiri menjadi sakit dengan peristiwa menyesakkan itu.

bukan apa, hanya kerana lebih terarah mendengar cakap orang lain yang berbentuk prasangka, hubungan yang sebelum ini terjalin erat menjadi renggang dan panas sehingga tahap tak boleh bertegur sapa dan bertemu muka. apa dah jadi!!!

Tuhan kurniakan kita akal untuk menilai baik dan buruknya sesuatu perkara dan jangan sesekali mengambil perkara negatif untuk menimbangkan sesuatu perkara. tapi kalau situasi seperti itu terjadi pada aku tentu tahap pertimbangan aku boleh terjejas. dan akhirnya aku selalunya bertawakal. moralnya, sikap skeptis atau prasangka digaulkan lagi dengan api-api orang lain makin memarakkan rasa amarah. oleh itu, pertimbangan baik buruk adalah perlu...adalah perlu..

1 comment:

Anonymous said...

ko marah kat sape weh!!!!!!!!!

hahahaha... lepas perasaan nampak

wea_noqja@yahoo.com