terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Wednesday, January 27, 2016

curse

aku seakan kena curse dengan abah.
masa budak dulu. zaman- zaman suka tengok drama cina tiap pukul 6, aku mesti risau kalau abah balik kerja sampai sebelum jam 6. abah nak tengok berita kat tv1.
aku akan rasa bengang teramat sebab terlepas cerita. dulu bukan boleh ulang pun. pukul 6.30 baru boleh tukar saluran.

aku ingat aku pernah cakap berita bukan best pun. bosan je. aku merajuk, aku masuk bilik baca buku.
buat kerja sekolah sambil marah dalam hati. elok juga, kalau tidak tak terbuat kerja sekolah.

sudah dewasa, perkara yang paling aku tak sangka aku terbertugas di bilik berita.
sampai sekarang aku 'tunggu' je, kalau- kalau abah nak 'sound' aku balik.
kalau aku tengah tengok news kat rumah, sanggup aku tukar channel bila tiba- tiba abah nak tengok tv. aku tak sangka aku. kena curse

paling sukar

perkara paling susah untuk dilakukan adalah mengekalkan konsistensi.
banyak faktor cuba membunuh.
matikan yang sakit. itu ok.
bunuh yang segar...itu rugi.
sengsara dapat dipulih, itu lebih bernyawa.
nazak tapi nak senang, sangat parasit.
memakan tempat tumpangan
segar mati sengsara
sakit...kekal nazak terus senang
itu pula yang konsisten