terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Tuesday, March 25, 2014

bukan malaysia sahaja bersedih

tiada kata menggambarkan hiba
tiada rasa lain menyaingi sebak di jiwa
bukan...bukan malaysia sahaja yang bersedih
kehilangan, misteri bertukar tragedi sangat sukar ditulis
239 di dalam mh 370
huruf ini...nombor ini...
terlalu sukar dikikis
al fatihah


Thursday, March 20, 2014

misteri sesaaT lagi

kita mana tahu pesawat mh 370 akan hilang. kita sendiri pun tak tahu di mana ianya sekarang. pagi itu off day, lepas bangun aku terkejut melihatkan hampir semua saluran tv ada breaking news. baca internet. insiden besar ini. automatik aku faham kerjaku akan lebih. grand stand setiap sesi. tidak mengapa. sudah biasa apabila dalam satu tempoh ada projek baru lebih difokuskan tetapi sekelip mata keutamaan berubah. ini peristiwa besar. gusar, sedih, bingung. bercampur-baur rasa. yang pasti aku tiada hati untuk berhibur. perasaan keluarga 239 kuat impaknya untuk semua.

13 hari berlalu, operasi mencari terus- menerus. berita lain seakan sisi. pada tahap ini kepenatan tidak dihiraukan bagi semua yang terlibat. usaha, doa dan harapan.

di tempat kerjaku bahagian media, mengalami fasa- fasa pelbagai. breaking news bukan untuk mengejar yang tercepat. fakta kena sahih. ini pegangan pihak media. fakta dan sumber. jangan kerana mengejar kesegeraan, semua itu terabai.  

kita tak tahu tentang esok. kita tak tahu apa jadi sekejap lagi. dalam kehidupan ada kejutan. kita bermain- main dengan misteri dan persediaan. aku akui, selalunya aku tak bersedia.