terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Friday, May 10, 2013

aku takkan tEtap

tak perlu dikata
tak perlu juga berikan bayangan
hati seolah mengerti
aku masih diperlukan
sebab itu masih ada
adaku takkan tetap
gila aku untuk tetap ada
mereka yang memerlukan aku...
sebenarnya aku yang sangat perlukan
tapi aku juga tak pandai berkata
juga tak reti memberi bayang
ada aku yang tidak tetap
ada aku sementara
mustahil selamanya
dan...
aku syukur
terus menghirup udara

Wednesday, May 08, 2013

apa yang Sendiri mahu

kita tanya pada diri sendiri. pada masa sekarang aku yakin setiap orang mahukan yang utama ini...keamanan. 

masing- masing punya pilihan. untuk negara, pilihan itulah dinyatakan dalam pilihan raya.
masing- masing ada hak. hak memilih. baik parti pro kerajaan, pembangkang mahupun bebas. tak perlu kita pertikaikan hak memilih masing- masing.
setiap pemangkah ada sebab. sama ada pilihan berdasarkan pandangan satu lapis, yang menjangkau jauh, yang berfikir disebaliknya dan apa sahaja. ia tetap ada sebab. kita tak perlu marah... mengapa kau pilih itu, kenapa kau tak pangkah ini.

menyuarakan...juga hak masing- masing. suara itu didengar, maka tentulah menghasilkan respons.

mempengaruhi...untuk mendapat kawan satu suara. tapi jika tidak sama pemikiran, itu masih hak masing- masing. tak perlu dimarahi. tak perlu diperli. jika tidak akan timbulnya konfrontasi.

berpeganglah kepada rasional masing- masing. tak kira walau konvensional sudut pandangnya, rendah persepsinya, tinggi pemikirannya, jauh renungnya. kita perlu menghormati. keamanan wujud atas dasar menghormati.

pertikaian...lebih sopan dan hormat serta tidak barbaur emosi, dipanggil analisis.
analisis berasaskan fakta. kebenaran terpacul walau agak pedih tapi itu yang sedang terjadi.  barangkali, selama ini terlalu lembut dan sopan serta berlapik. tapi penggunaan maksud secara terus agak berbisa lalu seolah mencetuskan provokasi. fikirlah, ia untuk mengingatkan. menyedarkan semua pihak. bukan bertujuan melagakan. tetapi apabila isu terus berterusan, bahayanya mengundang hasutan. perlu disedarkan tapi lebih perlu diingatkan kepada diri. pertama, kita perlu keamanan. sebelum  pilihan raya, kita sudah diberi petanda pergolakan mengejutkan di lahad datu.
yang menaikkan semangat nasionalisme semua rakyat malaysia.