Wednesday, February 13, 2013
Monday, February 11, 2013
aUra dan penangan
hari ini di tempat kerja, aku tak boleh ada rhythm lain. dari pagi dan mungkin sampai ke malam asyik disogok oppa gangnam style. visual persembahan julung kalinya psy di malaysia kerap dimainkan berkali- kali. itu melalui tontonan, kalau tengok berdepan...fuh, entahlah penangan psy.
itu aura dia. aura lagu itu. dipakej tarian dan pemasaran yang bagus. fenomena, bermusim dan aku yakin ia seketika.
menyentuh tentang getaran spiritual ini, aku terfikir satu nama sebagai contoh. m.nasir.
kalau tengok di tv, aku kurang merasa renjatan listrik aura beliau. tapi berlainan apabila secara berdepan. wow, walau bergaya santai sahaja pun sudah terasa tarikan magnet. kalau tengok persembahan lagi terpaku dibuatnya. aura, tak semua orang ada. artis...biar bertahun bergelumang dalam bidang seni pun, biar busana penuh kemilau, biar disuntik, disurgeri... biar gaya unik untuk menarik sekalipun. aura tak lekat.
ia mula dari dalam diri. hati yang bersih. semangat instrinsik suci. terpancar ke wajah. dari wajah dan tubuh termanifestasi ke sekeliling hingga memberi sentak meskipun sedetik.

Friday, February 01, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)