setelah bertahun lama selepas sama- sama habis mengaji, itulah satu-satunya teater pertama dan setakat ini terakhir kita orang bekerjasama. pada masa itulah aie ada cerita tentang filem yang dia turut terlibat berlakon (berlagaklah aku cerita ni konon kawan pelakon).
aie kata lokasi penggambaran di terengganu. ada pasir putih pantai yang cantik. ada juga lokasi di kawasan paya. aie hanya cerita itu. aku sudah teruja. agakan aku, sinematografi mesti tip top.
aku lebih tanya tentang dukun. sayang tidak dapat dipertunjukkan. karya yang catchy (dan sensasi) tak dapat ditonton, memang terkilan benar.
pada waktu itu, rasa lama nak tunggu bunohan. pra tayangan, kehebatan bunohan mendapat perhatian di festival luar negara seharusnya menjadi promosi yang cukup teguh. tapi aku lupa. kita di malaysia. malaysia pada tahun 2012!
berbalik kepada aie, semalam aku teks dia. aku tak biasa intro. terus saja. wahh, jahat lakonan kau aie jadi jolok.
seterusnya, aie mesej tentang serba sedikit pasal filem ini. ada yang mengena dengan pemahaman aku. ada yang tak betul dengan tekaan aku.
aku senang menonton bunohan. maksud aku, tiada kekeliruan kronik wujud dalam minda. seliratnya dihubung cantik. aku tak pedih untuk hadam. kisarannya halus. barangkali apabila sudah biasa menonton cerita yang berlapis- lapis, penerimaannya tidak menyeksakan. (berlagaknya kenyataan ni).
ah, mungkin sebab aku faham sikit tentang wayang kulit. juga main puteri. atau tahu luaran saja pasal tomoi (ceh!). tapi aku tidak berapa tentang buaya putih jadian. saka harimau tahulah. yang pasti paparan elemen- elemen tersebut 'mengisi' bunohan menghampiri antropologi secara tarik tali (aku retorik je).
cuma penghabisannya. aku terkedu. aku suka tiada melankolik pada filem ini. tapi aku rasakannya pula. melankolik yang lain. sebab ia memberi persoalan yang besar tentang mati mereka.
hanya oportunis yang hidup... mesej akhir jolok pada aku.