terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Wednesday, August 24, 2011

ramaDan dan tx

mengejar tx pada bulan ramadan. ada juga terpaksa dikorbankan. tak boleh dijadikan alasan. memudahkan setiap malam disediakan hidangan untuk berbuka walau jamah dengan debar terkejar- kejar. alhamdulillah rezeki yang dilimpah kurnia.




habis kerja 1.30 pagi, asyik dengan cahaya, bendera dan kegelapan. lalu tangkap, sementara ke kereta. tiba- tiba terasa terpaan semilir. aku pandang keliling. oh, hanya aku di lapangan parkir. gegas ke kereta laju meluncur.




Wednesday, August 17, 2011

nikmaTi riuh sesak

kalau ditanya setiap muslim di kl dan selangor, tempat yang menjadi tumpuan untuk shopping keperluan raya, tak lain tak bukan mestilah jalan tar. di mana tempat tumpuan ramai, di situlah aku tak suka pergi. sesak yang merimaskan. nak menikmati pertimbangan beli atau tak sesuatu barang itu pun tak puas. tak selesa.

akhir aku ke jalan tar adalah dua tahun lalu. kerja masa raya, lalu nak melihat suasana shopping saat akhir malam raya warga kota. sebenarnya bukan malam raya tapi dah masuk pagi raya. jangka jalan sesak memang sudah diagak. gerimis pula. bukan nak beli apa pun. jeritan menarik pelanggan bergema. jalan kena ikut arus orang ramai. ramai beranggapan banyak lelongan tapi aku perhati yang ketara jelas dimurahkan harga kuih raya je.

balik, aku terperangkap dalam kereta. tak bergerak langsung. masa ni lah aku punya masa memerhati.
benar suasana ketika itu sesak dan merimaskan tapi aku suka tengok semangat berniaga dan membeli mereka. aku percaya keperluan yang nak dibeli pun mungkin tak banyak tapi mereka juga nak merasai suasana sesak shopping malam raya di kuala lumpur. tanpa jalan tuanku abdul rahman, tak hidup kuala lumpur.

tahun ini, kakitangan awam dapat merasa bonus awal menjelang raya. keutamaan tentulah untuk berbelanja. selamat berbelanja berpada- pada. jangan lupa bersedekah.
oh ya, hari ini nuzul quran. 



Wednesday, August 10, 2011

terkeJAr kejar

ada yang bergerak laju.
seakan cuba lebihi masa, bukan lagi mengejar.
ada juga ambil pendekatan kecilkan langkah. tidak apa lambat.
aku..sebenarnya berdebar dengan masa.
aku rasa masa agak bahaya.
ia tak nampak tapi bergerak
pengukur kronologi subjektif
maka kini aku tak pakai jam
aku terus cuba tidak nampakkan ia
ironinya, rutin prima aku kena menggauli masa.
aku taknak terkejar- kejar
aku taknak juga ketinggalan
aku nak ada pada waktu sepatutnya berada
tapi aku,
aku manusia...

Tuesday, August 02, 2011

selePas dinihari


fajar... sehari sebelum ramadan bermula, aku di tanjung lumpur, kuantan.