Thursday, November 22, 2007
mulanYa aku beRSama SasterA I
sewaktu sesi pengemasan barang kerana pindah rumah setahun lalu, aku terjumpa 2 buku. dipenuhi debu, halusan sawang dan kepingan anak lipas mati terlekat. satu buku berkulit tebal dengan rona biru kehijauan, satu lagi berwarna hitam soft cover. hikayat merong mahawangsa tajuk yang biru dan hitam tajuknya adat perpatih. buku pertama yang aku terima pada masa yang tidak sepatutnya. aku darjah 5, arwah mak teh (bekas guru) berikan kepada aku ketika aku punggah rak bukunya untuk cari buku-buku fairy tales. dengan tulisan klasik melayu jawa dan minang, buat aku keliru. terlalu berat minda mentahku untuk terima. ‘apa mak teh ni? orang kecik lagi’ jiwa budakku protes. 1999- ketika mempelajari tafsiran naskhah- naskhah hikayat, aku mula memberanikan diri mentelaah buku pemberian arwah mak teh itu. peninglah juga tetapi dapat faham. kedua buku itu agak membantu aku membuat tugasan. menjadi rujukan membuat tafsiran hikayat dan kajian adat perpatih. aku simpan lama dalam kotak. aku suka simpan kedua buku ini kerana ciri – ciri klasikalnya dan kini kerana ia pemberian arwah mak teh. ingat lagi kata arwah mak teh… ‘bacalah untuk kaji asal- usul’. aku faham kini walau tidak dulu.
Sunday, November 11, 2007
saAT Saat akhiR...laungaN meRawanKan
aku selalu asyik kelambatan menonton cerita-cerita begini. dengan rasa malu, aku akui perasaannya tidak sama terujanya ketika mahu menonton filem-filem extravaganza yang menjadi pilihan seperti pirate of …, lord of… (dan lain-lain), tetapi aku tetap akan pastikan dapat menonton filem genre ini di pawagam. dan aku bersyukur pada saat- saat akhir dapat juga curi masa untuk lari ke panggung. sebenarnya menonton filem bersifat patriotik di kaca tv kurang memberi kenikmatan kepada aku. impak tonton di panggung lagi terasa. samalah situasi yang berlaku ketika mendepani layar paloh, leftenan adnan dan embun. walau kurang teruja aku bangga menjadi salah seorang penonton filem patriotik di kalangan jumlahnya yang tak seberapa.
1957 hati malaya karya terbaru shuhaimi baba yang cukup membanggakan. tetapi kesedaran ramai untuk menonton kurang. aku malas hendak sentuh tentang hal-hal pemasaran dan sambutan. karya yang baik sangat rugi jika tidak dipasarkan dengan baik. mereka tentunya punya alasan. klise…bajet tak cukup! dicampur dengan kurangnya kesedaran + apresiasi + strategi promosi.
berbalik soal cerita, garapan filem ini agak menarik, walau rata- rata yang mengulas tidak perlu adanya ditampilkan cerita pada zaman masa kini iaitu perihal 5 sahabat (mewakili generasi muda masa kini ) menjejak sejarah lalu dalam usaha membukukan sejarah kemerdekaan negara (masihkah ada yang berminat?).
dengan diselang selikan antara sejarah dan fiksyen, aku tertarik dengan garapan dan perwatakan yang mantap. penggunaan split screen, ibarat berbalas dialog di berlainan tempat memang menarik. shuhaimi menggayakan filem dokudrama ini secara ringan dalam berat. aku dapat menelusuri, memahami dan merasai semangat filem ini…dan semangat merdeka itu sendiri. seolah aku berada di antara mereka yang menyaksi pertukaran turun naik bendera, melaungkan merdeka dan menyanyikan negaraku dengan air mata yang menitis... begitu merawankan.
dan tiba- tiba aku tertarik untuk mengetahui lebih mendalam tentang tun dr. ismail.
Subscribe to:
Posts (Atom)