Sunday, March 19, 2006
tHE baD daY
setiap orang mungkin ada hari malangnya. dan aku adalah pada hari ini 18 mac 2006. hari yang mulanya penuh ceria diakhiri dengan teruknya memberi kesan sampai bila2. tak tahu apa akan jadi pada hari2 seterusnya... aku hanya tunggu dan tunggu dalam debar.
Wednesday, March 15, 2006
...menanti saat tiba
hari ini entah apa sentimentalnya aku jadinya. aku balik rumah mak. bermain dengan anak buahku yang makin cerdik. sambil mencuit- cuit si kecik tu...hati berdetik, bertuahnya kalau aku jadi dia. kalaulah boleh aku corakkan kehidupan aku semula... ah! tidak...tiada 'kalau' lagi dalam kehidupan. aku ..er.. kita..sesiapa sahaja tidak boleh kembali semula kepada saat- saat yang telah berlalu.
kita menuju ke depan..tak tahu apa yang berlaku tetapi kita kena hadapi apa yang ditakdirkan. aku lalui saat- saat tanpa hirau. tiba- tiba semasa hendak pulang aku menoleh memandang mak dan si kecik melambai aku. aku terasa sesuatu...pandanganku tak kosong (seperti selalu). tetapi apa yang aku fikir, aku tak pasti. sekilas datang...pantas hilang.

Subscribe to:
Posts (Atom)