terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Tuesday, September 27, 2005

iRoNinYa Mi2

malaysian idol 2 dimenangi oleh Daniel.. yang bukan miliki suara powerful cuma suara yang easy listening. ironinya kualiti Nita (saingannya) lagi bagus (dan peserta yang terkeluar awal),tetapi... semuanya daripada undian sms. faham- faham sahajalah.

kekadang terfikir itulah pilihan dan selera penonton. begitu juga dengan akademi fantasia. dengan kemenangan daniel dan mawi itu secara tak langsung ia mewakili mentaliti penonton kita (upps...pengundi kita). bakat tak kuat takpe asalkan elemen lain kuat ;personaliti, berwajah, attitude melengkapi pakej. peserta af, mi, audition, mentor dan lain2 program realiti yang akan datang kena ada semua itu kecuali bakat yang kuat.

Friday, September 16, 2005

gaTheRiNg peLaJaR SaB

baru- baru ini aku dihubungi kawan lama satu sekolah. katanya cuba mengumpul emel dan no. telefon kawan sekolah yang lain. usaha yang bagus. seronok dapat jumpa kawan lama. semuanya duduk di kl. tapi ironinya susah nak jumpa.

ramai yang sudah berkeluarga, ada anak, kerja besar. penampilan mesti dah berubah, berbeza 15 tahun lalu (tingkatan 3- sekolah aminuddin baki, kl). pelajar tingkatan 3 ungu, kelas aku...julie, sora, ayu, jimi, zaty, liza, rahim, kerol, syahril, azhar, ila, suriani, dz, ngaley, zul, syed, alan, dan...dan...aku tak dapat ingat. guru kelas puan lily rozita.

Thursday, September 01, 2005

meRdEkA

dah ke 48 kali negara sambut merdeka. malam tadi aku sambut depan tingkap rumah tengok mercun...hak hak. kena tidur awal sebab kerja pagi esoknya ( bangun pukul 5). zaman celebrate di dataran dah berlalu. aku cari semangat tapi tiada. kenapa perlu tipu.

lahirnya generasi zaman sekarang dengan zaman berjuang dulu sememangnya beri impak berbeza. kita boleh menghayati tapi pengalamannya takkan ada. menghayati untuk cuba sampai pengalaman perjuangan zaman lalu.