terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Monday, March 28, 2005

StratEgi kEkaL pOpulAritI

artis bukan sahaja perlu kerja keras, tapi kena bijak mengatur strategi untuk kekalkan populariti. ini penting kerana tanpa populariti, siapa yang nak beli album, siapa yang nak jemput adakan show, siapa yang nak offer berlakon?
untuk pelbagaikan bidang seni, artis perlu berani mengorak langkah tapi biarlah berbakat. misalnya, penyanyi menjadi pelakon. awie dan ziana zain adalah contoh populariti mereka melonjak selepas menceburi bidang lakonan. sebelum ini mereka memang popular tapi selepas berlakon lagi bertambah peminat mereka. tetapi mereka memang berbakat. buktinya, awie menang anugerah lelaki terbaik dalam filem merah dan ziana menang pembantu pelakon wanita terbaik untuk filem maria mariana.
penyanyi tidak boleh membodohkan diri sendiri terima tawaran berlakon jika tahu bakat tak seberapa. aku teringat kru dalam awas. agaknya kru sendiri malu lihat lakonan mereka kini.sekurang-kurangnya aku kagum dengan siti nurhaliza(walaupun aku tak meminatinya) yang menolak tawaran sejuta untuk berlakon filem. siti tahu tahap mana kebolehan dan pengalamannya. alang- alang nak berlakon biar benar-benar bersedia.
aku terbaca misha omar dan adam af akan digandingkan dalam main-main cinta. aku yakin misha berbakat tapi adam...kita tunggu sahaja. tapi harap misha tak tersilap percaturannya. kalau dapat diganding macam awie dan ziana(zaman sembilu dulu) memang seimbang. adam memang ramai peminat,mungkin remaja yang meminatinya akan tonton filem itu. itupun memang target pengarah dan produsernya. good marketing but the audience...
selain penyanyi jadi pelakon, pelbagai cara lain untuk kekal ramai peminat. aku respek kru sebab mereka bijak merencanakan karier untuk kekal dalam industri. adam perlu ikut cara itu. bukan setakat minat lagu dan gaya. ikutilah visi kru(walau aku tak suka vokal mereka).
artis perlu bijak barulah dihormati.

Sunday, March 27, 2005

mAknanYa CinTa

jika cinta itu memanggil turutilah ia, walaupun dengan jalan yang sukar

*khalil gibran


kita jatuh cinta kalau kita menemui sesuatu pada seseorang, sesuatu yang sangat kita perlukan
*sao paolo

kAu Beri taPi sEbenaR tAk KumiLiki

"...kau rampas langit, tapi berikan aku bintang. kau ambil tanah tapi berikan aku dinding..."

antara petikan dialog yang akhirnya pasrah dalam siri drama hindustan yang aku ikuti di astro prima.

mUlanya taK tErtuliS

salam perkenalan kepada pengunjung blog.

tak tertulis kerana semuanya sudah tertulis. kita hanya melaluinya biar bertentang dengan kehendak...laluinya dengan cara sendiri.