terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Thursday, June 21, 2012

memaknai kegiRangan

orang selalu merencana perkara yang berbaur keseronokan. rancang ke tempat- tempat idaman. lakukan sesuatu yang riang ria. tapi adakah kita menikmati rasa itu. walau ia bersifat sementara. keseronokan tidak berpanjangan. ia lebih memberi impak apabila sebelum itu, kehidupan yang dijalani bersifat mendatar, serius dan disimbahi tekanan atau hadapi kerja yang tak pernah berhenti.

seronok memerlukan rakan. rakan itu boleh jadi sesiapa. sama ada yang kita jumpa hari- hari, sekali- sekala atau tak pernah kenal. hmm...walau tak perlu ke mana- mana pun, kita boleh mencipta seronok itu asal terbit keriangan. spontan, natural, ikhlas.
kalau mahu ke mana- mana, pergilah tempat yang belum pernah pergi dan lakukan aktiviti baru. aku percaya apresiasi terhadap tempat dan aktiviti itu akan menghadirkan rasa yang tak dapat digambarkan.

keseronokan boleh dicipta di mana- mana. agar kita kreatif. manusia itu ada kreatifnya. kegirangan yang terhasil daripada kespontanan, walau sesaat, sangat bermakna.

apabila merancang tapi tidak menikmati, maka tentulah tidak memaknainya.

lalu, aku tak pernah merancang. keputusan seringnya spontan. ditakdirkan aku riang, maka, giranglah aku.

ini di antara keputusan spontan aku. dengan mereka yang jumpa hari- hari, sekali- sekala, berlaga bahu tanpa sapaan, berselisih tanpa ooi atau hey dan yang tidak pernah kenal.
aku amat memaknainya dan aku tahu ia bersifat sementara dan sama sekali takkan ada lagi.

di antara mereka dayang, saliha, shima, hanim muhili, nerina, aida & kakak- kakak

 

Friday, June 01, 2012

teater Maraton

fauziah nawi berperanan besar dalam memandu perkembangan filem hoore- hoore, juga memandu watak yang farah perankan.

1 hingga 10jun, fauziah nawi beraksi dalam persembahan komedi Maraton. teater dipersembahkan di mini auditorium matic, kuala lumpur. turut sekali, emy & oreo.


Sunday, May 27, 2012

inang di bumi kerbaU

apa ke hal nasha aziz nak berlakon telefilem inang di bumi kerbau. dengar tajuk sahaja, mesti ada yang tukar saluran. tiba-tiba ada zul huzaimy. lepas tu nama eman manan. hmm...apa ke hal untuk aku tidak ikuti tv1 kan.

kali ini aku tidak mahu sentuh tentang cerita. begitu juga lakon mereka. mereka kan... ah, aku tak akan kecewa!  aku terpikat dengan sudut pandang kamera dan suntingan. keseimbangan alam. keseimbangan lakon. tak lepas- lepas mataku dengan penangan garapan zul huzaimy ini.

akhirnya ada lagu bumi kerbau disenandungkan tarmimi siregar di penghujung cerita. tidak klisekan, sebab irama lagu minang tidak melatari sepanjang telefilem ini. aku suka produk zul huzaimy yang ini. tahniah.


kredit foto Kazoku Pictures Photography

Wednesday, March 21, 2012

mereka Bunuh bunohan?

setelah bertahun lama selepas sama- sama habis mengaji, itulah satu-satunya teater pertama dan setakat ini terakhir kita orang bekerjasama. pada masa itulah aie ada cerita tentang filem yang dia turut terlibat berlakon (berlagaklah aku cerita ni konon kawan pelakon).
aie kata lokasi penggambaran di terengganu. ada pasir putih pantai yang cantik. ada juga lokasi di kawasan paya. aie hanya cerita itu. aku sudah teruja. agakan aku, sinematografi mesti tip top.
aku lebih tanya tentang dukun. sayang tidak dapat dipertunjukkan. karya yang catchy (dan sensasi) tak dapat ditonton, memang terkilan benar.

pada waktu itu, rasa lama nak tunggu bunohan. pra tayangan, kehebatan bunohan mendapat perhatian di festival luar negara seharusnya menjadi promosi yang cukup teguh. tapi aku lupa. kita di malaysia. malaysia pada tahun 2012!

berbalik kepada aie, semalam aku teks dia. aku tak biasa intro. terus saja. wahh, jahat lakonan kau aie jadi jolok.
seterusnya, aie mesej tentang serba sedikit pasal filem ini. ada yang mengena dengan pemahaman aku. ada yang tak betul dengan tekaan aku.

aku senang menonton bunohan. maksud aku, tiada kekeliruan kronik wujud dalam minda. seliratnya dihubung cantik. aku tak pedih untuk hadam. kisarannya halus. barangkali apabila sudah biasa menonton cerita yang berlapis- lapis, penerimaannya tidak menyeksakan. (berlagaknya kenyataan ni).
ah, mungkin sebab aku faham sikit tentang wayang kulit. juga main puteri. atau tahu luaran saja pasal tomoi (ceh!).  tapi aku tidak berapa tentang buaya putih jadian. saka harimau tahulah. yang pasti paparan elemen- elemen tersebut 'mengisi' bunohan menghampiri antropologi secara tarik tali (aku retorik je).

cuma penghabisannya. aku terkedu. aku suka tiada melankolik pada filem ini. tapi aku rasakannya pula. melankolik yang lain. sebab ia memberi persoalan yang besar tentang mati mereka.

hanya oportunis yang hidup... mesej akhir jolok pada aku.

Wednesday, February 22, 2012

takat itU sahaja

waktu giat berdetik
dunia kian dicemari
teknologi rancak melekakan
penyakit mendatang
kudrat bertambah lesu
masih...
pada tahap, tahap itu sahaja
kematangan terencat
terhad lingkungan, lingkungan itu sahaja
mencari yang melekakan
hidup... takat, takat itu sahaja

Friday, February 17, 2012

mereka yang terkaYa

semalam berita di tv ada udarakan cerita tentang insan terkaya di malaysia.
akhbar hari ini juga menyiarkan.
hmm..aku ura- ura hendak tampal artikel wajah- wajah mereka (dan nilai kekayaan) di cermin solek di rumah. tapi di ofis pula, rakan sekerja dok edarkan risalah untuk buat pinjaman peribadi. hmm... mana nak kaya kalau hidup diikat dengan hutang.
hidup...
bukan untuk wang, tapi untuk hutang. hakikat. realiti yang sakit, hidup untuk hutang..oh yea !!!


bayi ini, lahir je sudah kaya

Monday, February 13, 2012

teringin Tengok

ada beberapa movie yang aku teringin nak tengok (balik), tapi tak dapat.



dan jasmin

uppss.. ada satu lagi



Monday, January 23, 2012

Tuesday, January 10, 2012

bila kl meletup

ibarat persembahan pyro mengiringi keputusan 90one

Tuesday, January 03, 2012

tak sempat merasa

ada yang tak sempat merasa sesaat pun
apatah memulakan 2012
al fatihah untuk kenalan yang pergi
dan mereka yang telah berlalu


berubah... ada yang tidak mahu berubah
itu sebab ada kata, terima seadanya...
terima seadanya dalam konteks apa
menanti, mengharapkan sesuatu
agar perubahan berlaku
diri...sepatutnya diri

Monday, December 26, 2011

baca Mereka

sekarang ini aku baca ku seman dan uthaya. mengenangkan interlok.
hmmm...mengenang tsunami.

Sunday, December 11, 2011

demand penontonaN

agaknya sudah terlalu menonton.
aku mudah
menyangka dengan sesuatu yang tak disangka.
baru lepas tengok satu plastik hitam.

Monday, November 21, 2011

menariknya tentang FFM24

... adalah juri- jurinya.
patutlah keputusan macam tahun lepas. nasib baik shoffi jikan menang!

Thursday, November 10, 2011

telefilem hAjar aswad...

sebab aku gemar cerita seperti children of heaven
...laskar pelangi
suka dengan filem arwah yasmin ahmad
maka, wow...untuk telefilem ini.
seimbang aras lakon pelakunya. tidak terlalu, tidak kurang
natural yang dirasa
tak terlalu rumit, tak terlalu mudah.
cerita ini nampak biasa tapi lain.
lainnya yang aku sendiri tak tahu bagaimana hendak digambarkan.
kisah orang-orang biasa yang tidak pernah dipeduli.
wahh, aku suka latar lokasinya!
latar yang biasa kita temu dan lalu tapi tidak pernah dihirau.
dah lama aku tunggu cerita seperti ini.
buat pertama kali dalam penontonan, hati aku menangis.

Saturday, November 05, 2011

aidiladha...salam

semoga segalanya dipermudahkan umat islam di sana

Friday, October 28, 2011

rasmikan Piala Malaysia dulu





sebelum pemenangnya esok, rusa atau peteh.

tengah hardcore bekerja boleh break kejap, untuk merasa piala.

Thursday, October 27, 2011

ok kita Deepavali

sehari sebelum, mood nak beraya. rancang. twit twit verbal.
maka, esoknya ke kediaman ikon penyiaran yang memegang rekod sebagai penyampai berita tv paling lama.





macam biasa aku tukang capture dan tukang crop

Saturday, October 22, 2011

maTi mereka

saddam di tali gantung
gaddafi dihenyak-henyak
osama juga yang misteri
kematian mereka memberi apa

Monday, October 03, 2011

teater kapSul KLKu oleh stefani

acting memaksudkan apa yang diucap. itu kata iryanda mulia ramli, pengarah teater Kembang Layarku (KLKu) kali ini. acting itu refleks daripada jiwa.

teater kali ini agak lari sedikit daripada teater stefani yang lalu. utama yang nyata, ia bukan muzikal. pelakon terlibat, semuanya peneraju utama, chi azim, jihan muse, ungku hariz, raja emy dan oreo.

pada aku, teater ini kembali kepada asal. basic
ada cerita tapi sebenarnya ia lebih kepada permainan seorang aktor. siapa akan bunuh siapa. siapa lebih dominan. siapa menjauhi diri dari tidak digauli, siapa akan menyeimbangkan aras rentak dan momentum.

gila! ia tidak sangat lama tapi agak menguji kemampuan si pelaku. sampai atau tak, boleh dirasa. andai ada yang tersasar pemusatan perhatian juga boleh dikesan walau tutup dengan gaya mekanikal. berupayakah mereka? stefani persiap mereka sebagai seorang aktor...
..dan mereka perlu kosong dan jujur untuk menjayakannya. ini kata aku.

selamat menonton kawan- kawan. jangan lupa hadir di stor teater dbp, jam 9 malam. mula 3 oktober hingga 8 haribulan sepuluh. tiket rm 20. teater kembang layarku (KLKu) karya dan arahan abang moel oleh sanggar teater fauziah nawi.   


foto sesi latihan KLKu

Thursday, September 29, 2011

anak-anak Berteater

semasa cuti yang panjang aku ada libatkan diri dalam produksi teater kanak kanak. aku cuma ada sekejap tapi dengan adik-adik ini memberi aku rasa masa yang panjang. adik- adik ini masih belum digauli dan dicemari hal- hal kepalsuan dan permainan hidup.  bersama mereka, aku tidak tersekat- sekat. marah ke, apa ke, ia habis dengan tenang dan riang.
niat yang baik berserta keikhlasan serta kesucian yang terhasil daripada adik- adik ini , pasti memberikan hasil yang gemilang. itulah akhir rupanya.
teater bangau oh bangau.