terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Saturday, October 22, 2005

pM keHilaNGan

aku baru berbicara tentang kehilangan - 20 oktober 2005...7.55 pagi, Datin Seri Endon Mahmood pulang ke rahmatullah. pak lah kehilangan isteri tersayang. antara tanggungjawab negara dan keluarga, beliau hadapi dengan tenang walau sebelum itu isteri beliau sedang menjalani rawatan penyakit kanser.

walau bibir terukir senyum ketika menerima ucapan takziah, siapa tahu apa yang terbuku di hati beliau. kehilangan memang memeritkan tetapi kita kena terus hidup. terus jalani kehidupan walau dalam keperitan yang panjang.

Wednesday, October 19, 2005

LaGU

aku suka dengar pelbagai lagu. asal sahaja catchy. kebanyakan lagu2 sekarang sedap didengar dan cepat popular tetapi tak bertahan lama. tidak evergreen. berikut adalah senarai lagu2 lama kegemaran aku.

take my breath away - berlin
the power of love - jeniffer rush/ celine dion
nothing gonna change my love for u - george benson
the winner takes it all - abba
u light up my life
u're my everything
u mean everything to me - neil sedaka
goodbye - air supply
because i love u - shakin steven
u needed me - boyzone
when u tell me that u love me - diana ross
i'd love u to want me - lobo

SAkiTnyA kehilanGaN

siapa yang kisah jika tak pernah merasainya. waktu dulu aku meluat dengar orang frust putus cinta, aku tak simpati pada sesiapa yang runtuhnya rumah tangga, aku hanya diam pabila orang meratapi kematian... kerana aku tak pernah merasa.

sampai masanya, tiba saat. sakitnya...sehingga ke kemuncak akhirnya tak terasa apa apa. kosong. melayang- layang. terawang- awang. hanyut. tiada emosi, tiada rasa, tiada jiwa, tiada kata, tiada satu apa. tidur semasa jaga, sedar semasa tidur. minda tak selari laku. untuk pulih, ambil masa. berbulan...bertahun. tanpa sedar. alih- alih kembali. menjadi yang baru atau seperti dahulu... sebelum kehilangan yang sakitnya tak terperi.

Tuesday, October 18, 2005

hAkUNa maTatA

hakuna matata...hakuna matata. lagu yang cepat bermain di bibir aku selepas menonton filem the lion king. hakuna matata adalah bahasa swahili (yang dituturkan majoriti warga afrika timur), membawa erti 'tiada apa yang perlu dirisaukan', bebas daripada sebarang masalah... pedulikan semuanya - sama seperti aku, pemikiran aku dulu.

aku tak suka pedulikan hal orang, perasaan orang. asal saja adanya aku tak menyusahkan dan orang lain tak susahkan aku..cukup! buat apa peningkan kepala fikir pasal orang lain. dia...dia punya hal, aku...hal aku. tapi mana boleh aku jadi begitu. hari- hari aku kena memasukkan fikiran aku tentang pelbagai perkara. input yang cuba ditolak tetapi tetap masuk di fikiran. dan aku kena ambil peduli walau tak mahu. kena analisis, asingkan baik- buruk dan membuat resolusi.

apabila memikirkan hal interpersonal, sememangnya begitu meresahkan kalau- kalau ada yang tidak sempurna sama ada penerimaan aku atau penerimaan orang lain terhadap aku. akhirnya dengan sedikit demi sedikit aku belajar menghargai kehadiran orang lain yang perlu aku peduli.

Tuesday, October 11, 2005

tIaRa meNanG akHirnYa

umum tentunya sudah tahu tentang berita ini. aku memang suka lakonan tiara jacquelina. sejak dulu lagi(tak salah aku mulanya dia dengan filem usahasama irisan-irisan hati). mana boleh lupa lakonannya yang ayu dalam irisan-irisan hati, polos dalam mat som dan stylo dalam ringgit kassorga. tahniah! akhirnya tiara menang dalam festival filem asia pasific yang baru lalu melalui puteri gunung ledang.

rezeki untuknya tidak menang festival taraf negara tetapi menang taraf antarabangsa. sangat ironi!

TeLefOn bImbiT

siapa yang dapat menidakkan keperluan menggunakan handphone. abang, adik, kakak, abah, mak, atuk, nenek, cucu yang sekolah tadika pun ada handphone (berkamera lagi). semua orang berpeluang menggunakannya. handphone pula makin canggih sekarang.

aku juga guna handphone...kenalah guna. bukan sebab aku suka tapi keperluan. ye la tu... asalnya aku mula guna semasa di u. ketika itu sesiapa yang guna handphone..wooo kagum beb. handphone pulak jenis besar sebesar besarnya dengan antena sepanjang panjangnya. zaman tu orang tak guna sangat sebab konon handphone ni mahal. orang loaded je mampu pakai. tak pun mak bapak diorang yang loaded! hah hah.

aku dipaksa guna oleh rakan seproduksi(merangkap coursemate) aku. pada masa tu aku dilantik jadi pm(production manager) satu projek teater. selalu pun jadi pm tak pun sm(stage manager). jadi aku sentiasa diperlukan untuk keperluan produksi (terutama yang membabitkan hal- hal kewangan). jadi dia orang kalau nak contact aku punyalah susah selalu. tersangatlah leceh. kekadang benda yang penting jadi tertangguh sebab aku tiada tak dapat hubungi. maka, seorang kasi handphone, seorang lagi kasi kad sim. aku cuma reload kad je. ingat lagi masa tu guna zero one six. hah hah. siap diberi lagi. tapi aku masih tak suka guna. dah habis projek aku tak pakai dah.

sudah bekerja pun aku tak ada handphone. lama- lama yang suruh pakai..siapa...mak aku. kata mak seksa sangat nak contact aku. dah ler kerja shift. lepas tu kekadang kawan grup teater cari, kawan sekerja cari, kawan sekolah cari...aku takde, susah betul. kebetulan abang baru beli handphone dekat pakcik aku yang kerja kastam. jadi dia jual kat aku. nak tak nak terpaksa guna. guna lama sampai rosak dah nazak... masih taknak tukar baru lagi. bila mak susah nak contact aku...dah kena bising baru tukar baru. sama lah jugak kes nya...dah rosak giler baru pakai handphone lain(itupun kawan bagi...hak hak).

setakat ni aku dah guna 4 telefon bimbit(termasuk kawan punya). kalau boleh aku taknak pakai dah. aku tak suka call orang dan aku pun tak suka terima call. tapi bila fikir balik hal- hal kecemasan, patut sangatlah guna. misalnya dulu tayar kereta aku pernah meletup tengah jalan. dah lah masa tu lewat malam. handphone tadak kredit... nasib baik senang dapat teksi. balik rumah abah bising...tot tek tot tek ... dan aku serik. kena top up le jugak selalu walau RM 10.

teATeR

semasa sarapan dengan rakan sejawat di restoran syed di bangsar bulan lepas, aku terserempak dengan prof. dr.ghulam sarwar. aku berbual sekejap dengannya. projek terbaru... prof baru habis buat persembahan bangsawan diarahkan bekas pensyarah aku encik fendi. tak sempat nak tengok. rindunya nak berteater. tapi sekali aku mula semula...aku takkan berhenti dan tak ingat benda lain lagi

RaMadAn

5 Oktober 2005 - mula puasa

10 Oktober - hari ini, hari kelapan bulan puasa. hanya sekali sahaja aku berkesempatan berbuka di rumah...bersama keluarga. kebetulan abang sekeluarga pun berbuka sama. sempurna bilangan family.

hari selebihnya aku berbuka di pejabat, dalam kekalutan nak siapkan kerja. masa pukul 7 itulah masa sibuk di pejabatku untuk mengejar siaran pukul 8 malam. seronok juga berbuka dalam sibuk. hanya hari pertama sahaja aku bangun sahur. hari lain aku makan sebelum masuk tidur. tidur pun lewat... paling lewat pukul 3 pagi.

setakat ini aku selalu membeli juadah di bazar ramadan pantai dalam. kekadang ke bangsar. makanan makin mahal, ikan bakar(kesukaan aku) makin kurang dijual. ada satu ketika aku terpandang gerai jual kad raya...masih ramai ke pembeli pada zaman orang guna sistem pesanan ringkas ni? ingat lagi malam raya tahun lepas, sampai penuh simpanan mesej handset aku mendapat ucapan maaf zahir batin. aku masih terima kiriman kad raya daripada kawan- kawan walau makin berkurangan. tapi aku balas dengan sms aje(tak sempat beli kad).