terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Sunday, December 10, 2006

hiLAng moTiVasi

suatu ketika dulu aku pernah tersasar mood untuk bekerja...bulan berapa ye...ingat balik masa iraq dilanda perang beberapa tahun lalu. aku taknak sebut tentang tarikhnya...saat- saat itu aku dalam 'kesedihan'.

dengan keadaan yang aku alami ditambah faktor persekitaran yang sedikit menekan, aku jadi sedikit merudum. tak kisah apa yang jadi tapi aku kurang suka tumpuan kerja terganggu.akhirnya aku dapat kekuatan untuk kembali asal. aku masukkan pelbagai elemen yang positif dalam minda...dalam hati. aku cipta apa sahaja emotion story asal buat aku jadi suka. aku mengandaikan persekitaran negatif tak wujud dan pengakhirannya aku seperti sediakala. aku tak nak rimaskan fikiran dengan hal- hal tiada benda.

Tuesday, November 28, 2006

laRI dARi hujaN

lari dari hujan
masuk dalam ribut
lari dari diam
masuk dalam hiruk
lari dari fikir
masuk dalam khuatir...

... terhasil semasa aku tengah cuba dikejar hujan

Saturday, October 28, 2006

oH cINta!

aku kurang mengerti mengapa ada orang yang begitu mudah melafazkan kata cinta. terlalu kerap diucapkan hingga hilang nilai keindahannya. fahamkah kita dengan makna cinta? bagi aku cinta begitu indah. keindahan yang hanya si pecinta sahaja dapat lukiskan dari hati yang tulus.

orang sering keliru dengan cinta...antara suka, minat, sayang dan kasih. baru setakat suka sudah diiktiraf sebagai cinta...baru mula meminati sudah ditafsirkan ianya cinta. baru berasa sayang tentu itulah cinta namanya. cinta adalah yang terakhir antara peringkat rasa- rasa tersebut. aku begitu takut untuk mengatakan aku sudah mencintai. sangat takut kerana ia begitu besar makna dan tanggungjawabnya. sekali cinta itu datang ia akan terus kekal. mana mungkin cinta boleh dilupakan. suatu pembohongan!

Wednesday, October 25, 2006

oH rAYa dATang laGI

raya kali ini giliranku bekerja setelah dua tahun berturut2 cuti.:D
aku mulakan raya dengan keadaan agak kurang sihat. aku bertugas malam raya. shift hingga awal pagi. kemudian sambung shift malam pun....sampai pagi. tiada siang bagi aku walau hari raya.

mak macam biasa pulang ke kampung. abah beraya di seremban temani mak andak(kakak abah)yang keseorangan (setelah mak teh tiada). hari kedua baru abah pulang ke kampung bersama keluarga lain.aku masih di kl...

semangat raya aku agak berkurangan, mungkin kerana tak cuti kot...tapi mungkin sebab kekacauan rasa. kosongnya... kenapa ye? yang tersayang semua beraya di kampung.

Sunday, October 15, 2006

sAmpai MEnutup matA

Sampai Menutup Mata
by: Acha Septriasa

embun di pagi buta
menebarkan bau basah
detik demi detik ku hitung
inikah saat ku pergi

oh Tuhan ku cinta dia
berikanlah aku hidup
takkan ku sakiti dia
hukum aku bila terjadi

aku tak mudah untuk mencintai
aku tak mudah mengaku ku cinta
aku tak mudah mengatakan
aku jatuh cinta


senandungku hanya untuk cinta
tirakatku hanya untuk engkau
tiada dusta, sumpah ku cinta
sampai ku menutup mata
cintaku sampai ku menutup mata

***
Melly Goeslow

Saturday, October 07, 2006

pErIHaL KErjA

satu yang aku suka tentang diri aku ialah aku punya prinsip kerja dan terkadang aku tak faham kenapa ada ramai orang di sekeliling aku seolah tiada prinsip dalam kerja. dengan prinsip, menjadikan aku disiplin, komited & paling penting punctual! phewwwiiiittt....

Friday, October 06, 2006

...

sukar untuk diceritakan. 30 sept 2006 - sewaktu aku masih tidur (kerana kerja shift malam ke pagi), terima panggilan dari adik tapi kurang jelas,terus letak.., sempat jeling jam 11.31 pagi. tak cukup 6 jam lagi tidur. seminit lepas tu dapat mesej bertubi2. dari adik, dari abang...ayat sama:mak teh dah tak ada.terus aku bangun, call adik. mandi, siap & gerak. aku pandu laju..laju dengan fikir yang kosong.sangat bahaya!hampir tersasar dari landasan nasib tersedar.

...selepas kebumi aku ke rumah mak teh.yang lain sibuk mandi bersihkan diri. bersiap untuk berbuka. bercerita karenah anak kecil masing- masing. aku tengok rumah mak teh, bingkai gambar mak teh...gambar adik-beradik mak teh, gambar anak buah mak teh..gambar sepupu, gambar abang, gambar adik, gambar aku, gambar aku lagi. mak teh takde anak. kamilah anak mak teh. aku kesal...tidak menjadi anak saudara sebaiknya. sejak mak teh pindah ke seremban, aku tak pernah pergi melawatnya. tak pernah tanya khabarnya. sehari sebelum mak teh meninggal, aku lawat mak teh di hospital. mak teh pandang aku...tak berkata apa tapi bagai membawa makna ; kalau mak teh tak sakit tak datang lah...

Wednesday, September 06, 2006

pAsCa pINDah

family dah pindah rumah...2 hari kejap je rumah dah kemas. saudara ramai tolong. perabot tak banyak...barang kecik2 je berlambak(paling banyak aku punya ler..berlawan- lawan dengan barang abah). aku rasa karakter nostalgik ni aku ikut abah ler. abah...pengumpul album gambar.dari hitam putih...sepia ke digital. kelakar je rancangan nakal makcik- makcik aku yang sambil tolong2 kemas tu ingat nak 'curi' foto yang lama2 , tapi tak berjaya. abah macam tahu. aku sengih je apabila salah seorang makcik aku ceritakan kegagalan niat sambil menyelam minum air tu. lepas tu pulak abah ceritakan dekat aku tentang foto2 yang bakal 'hilang'. abah betul2 'jaga'.

aku pulak dok rebut2 bilik dengan adik bongsu. rebut2 almari. almari aku abah dah ambil. siang2 dah isi album & barangan antiknya. mak jugak cool. main area dapur jer. tapi barang mak siap kemas dulu.masa nak tinggalkan rumah lama...sedih juga. dekat 19 tahun duduk di cheras. rumah kecik...tapi happening dan kat sinilah ramai saudara selalu singgah. kat rumah ni jugak ler...aku pernah belajar di dapur bertemankan lipas, cicak sekali- sekala disergah tikus.

ketika keluarga duduk di cheras dalam seminggu ada dekat 3-4 kali aku balik. duduk jauh ni...mungkin seminggu sekali balik. tapi, aku patut kena balik selalu. mak ngan abah mesti sunyi...adik-beradikku buat perancangan, memandangkan aku kerja shift weekdays boleh balik rumah apabila off. adik & abang datang hujung minggu. hal-hal jauh...jammed, duit minyak bertambah & tol lagi dah tak boleh peduli. makin lama aku tersedar...kerja dan duit, cari-cari jugak...family yang terutama.

Sunday, August 27, 2006

pINdah...tra..la..la

seminggu lagi family aku akan pindah...jauh dari kota. tengah sibuk kemas barang. mak suruh kemas barang masing2 dulu mana tak pakai lebih baik buang je.aku tak banyak pakaian (sebab dah ada di rumah sewa). aku banyak buku, majalah, album, cenderamata, surat, poster, lukisan dan barang2 yang entah apa- apa tapi sayang nak buang. aku kumpul,baca & pilih mana patut disimpan atau dibuang. tapi sayang tu...rupanya aku ni nostalgik jugak ler. setiap barang ada sentimental value nya.

aku banyak simpan surat...terutama dari kawan-kawan masa sekolah menengah. aku baca lepas tu aku tergelak sorang-sorang. stail lawak & penggunaan bahasa bombastik pada zaman itu terimbas kembali. ada yang duduk sesama kl pun siap bersurat- surat. dulu...mana ada handphone. penggunaan internet & email masih belum popular, jadi nak berkomunikasi kalau tak guna telefon rumah, guna surat ler. aku ingat...seorang kawan sekolah rendah, hasreena namanya. sejak masuk asrama, dialah yang rajin kirim surat...ceritakan suasana kehidupan duduk di asrama. selepas spm pun ramai yang berutus surat setelah ramai yang melanjutkan pelajaran ke maktab, matrikulasi & itm. kalau ada surat untuk aku...berseri je muka.

sekarang aku masih terima surat...kalau terima aku lambat- lambat nak baca. ia bukan dari kawan tapi daripada mara, astro, tm, bank dan sekali- sekala surat dari indah water.

Tuesday, July 04, 2006

aKU yAng keTiGa pULuH

siapa bangga mengaku umur makin lanjut. 10 Mei lalu - Tuhan selamatkan aku...hatiku 'menyanyi'. dulu waktu nak masuk umur 20, bagai nak tahan- tahan sahaja pergerakan masa. tapi bila masuk 30...cool je. kontrol tenang konon. masih rancak riang ria. aku tak boleh tahan masa. aku cuma boleh lawan masa.

Thursday, April 20, 2006

gUBra

kalau boleh tayangan pertama, aku nak menonton filem ini. tapi tuntutan kerja dan keluarga terpaksa tonton minggu kedua tayangan. aku dapat sifatkan filem gubra satu sahaja 'tiada babak yang tidak terjentik'.

Sunday, March 19, 2006

tHE baD daY

setiap orang mungkin ada hari malangnya. dan aku adalah pada hari ini 18 mac 2006. hari yang mulanya penuh ceria diakhiri dengan teruknya memberi kesan sampai bila2. tak tahu apa akan jadi pada hari2 seterusnya... aku hanya tunggu dan tunggu dalam debar.

Wednesday, March 15, 2006

...menanti saat tiba

hari ini entah apa sentimentalnya aku jadinya. aku balik rumah mak. bermain dengan anak buahku yang makin cerdik. sambil mencuit- cuit si kecik tu...hati berdetik, bertuahnya kalau aku jadi dia. kalaulah boleh aku corakkan kehidupan aku semula... ah! tidak...tiada 'kalau' lagi dalam kehidupan. aku ..er.. kita..sesiapa sahaja tidak boleh kembali semula kepada saat- saat yang telah berlalu.

kita menuju ke depan..tak tahu apa yang berlaku tetapi kita kena hadapi apa yang ditakdirkan. aku lalui saat- saat tanpa hirau. tiba- tiba semasa hendak pulang aku menoleh memandang mak dan si kecik melambai aku. aku terasa sesuatu...pandanganku tak kosong (seperti selalu). tetapi apa yang aku fikir, aku tak pasti. sekilas datang...pantas hilang.

Monday, January 16, 2006

tiDaK menUNjukKan taHu segALanya

bagi aku orang yang menunjukkan ianya serba tahu adalah seorang yang mempunyai pengetahuan yang terhad. manusia ada fikiran. boleh menilai.kita boleh merasa suatu keikhlasan atau tidak. seseorang yang tidak menunjukkan dia tahu segalanya merupakan sifat rendah diri yang terpuji.