terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Thursday, May 12, 2005

tEntAnG diA

tentu ramai sudah menonton atau mendengar tentang tentang dia, filem hasil idea melly goeslow. aku agak lambat menonton filem yang memang cukup dikagumi perjalanan promosinya (kalau tidak mesti ramai pilih untuk tonton cinta fotokopi).

cerita yang simple tapi dicantikkan dengan garapan dan olahan yang cukup membuai walau naratifnya hanya melingkar tentang 3 watak, gadis, rudi dan randu. filem ini sememangnya memerlukan lakonan yang mantap dan sememangnya mereka konsisten.

mungkin ramai terkesan apabila gadis mengkatup mulutnya sedih apabila mendapat berita kemalangan rudi di tv, tapi aku lebih terkesan sewaktu didi petet(terlupa nama wataknya) menunggu rudi yang tidak datang membuka pintu.

cerita ini harus ditonton daripada menonton filem yang tidak sepatutnya...dan aku akan simpan koleksi vcd nya nanti memenuhi koleksi2 aku yang ada yang mungkin tiada siapa mahu pinjam.