semasa cuti yang panjang aku ada libatkan diri dalam produksi teater kanak kanak. aku cuma ada sekejap tapi dengan adik-adik ini memberi aku rasa masa yang panjang. adik- adik ini masih belum digauli dan dicemari hal- hal kepalsuan dan permainan hidup. bersama mereka, aku tidak tersekat- sekat. marah ke, apa ke, ia habis dengan tenang dan riang.
niat yang baik berserta keikhlasan serta kesucian yang terhasil daripada adik- adik ini , pasti memberikan hasil yang gemilang. itulah akhir rupanya.
teater bangau oh bangau.
Thursday, September 29, 2011
Friday, September 02, 2011
petugas media misi bantuan ke somalia DITEMBAK
jurukamera bernamatv noramfaizul mohd. nor, 41, meninggal dunia setelah terkena tembakan curi semasa membuat liputan misi kemanusiaan kelab putera 1Malaysia dan bakti di mogadishu malam ini, menurut wartawan bernamatv khairulanuar yahaya.
kejadian itu berlaku pada pukul 10.30 malam waktu malaysia, dan noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada pukul 11.07 malam waktu malaysia.
tembakan itu ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media dalam liputan berita telah tersasar dan mengena noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap.
- sumber bernama
tengah bertugas. ofis dapat berita daripada peserta misi bantuan ke somalia ada wartawan tv3 dan jurukamera bernama ditembak. sangat terkejut dan tergamam. alfatihah.

| *foto noramfaizul* kredit blog datuk azeez & bernama |
![]() |
tengah bertugas. ofis dapat berita daripada peserta misi bantuan ke somalia ada wartawan tv3 dan jurukamera bernama ditembak. sangat terkejut dan tergamam. alfatihah.
Wednesday, August 24, 2011
ramaDan dan tx
mengejar tx pada bulan ramadan. ada juga terpaksa dikorbankan. tak boleh dijadikan alasan. memudahkan setiap malam disediakan hidangan untuk berbuka walau jamah dengan debar terkejar- kejar. alhamdulillah rezeki yang dilimpah kurnia.
habis kerja 1.30 pagi, asyik dengan cahaya, bendera dan kegelapan. lalu tangkap, sementara ke kereta. tiba- tiba terasa terpaan semilir. aku pandang keliling. oh, hanya aku di lapangan parkir. gegas ke kereta laju meluncur.

Wednesday, August 17, 2011
nikmaTi riuh sesak
kalau ditanya setiap muslim di kl dan selangor, tempat yang menjadi tumpuan untuk shopping keperluan raya, tak lain tak bukan mestilah jalan tar. di mana tempat tumpuan ramai, di situlah aku tak suka pergi. sesak yang merimaskan. nak menikmati pertimbangan beli atau tak sesuatu barang itu pun tak puas. tak selesa.
akhir aku ke jalan tar adalah dua tahun lalu. kerja masa raya, lalu nak melihat suasana shopping saat akhir malam raya warga kota. sebenarnya bukan malam raya tapi dah masuk pagi raya. jangka jalan sesak memang sudah diagak. gerimis pula. bukan nak beli apa pun. jeritan menarik pelanggan bergema. jalan kena ikut arus orang ramai. ramai beranggapan banyak lelongan tapi aku perhati yang ketara jelas dimurahkan harga kuih raya je.
balik, aku terperangkap dalam kereta. tak bergerak langsung. masa ni lah aku punya masa memerhati.
benar suasana ketika itu sesak dan merimaskan tapi aku suka tengok semangat berniaga dan membeli mereka. aku percaya keperluan yang nak dibeli pun mungkin tak banyak tapi mereka juga nak merasai suasana sesak shopping malam raya di kuala lumpur. tanpa jalan tuanku abdul rahman, tak hidup kuala lumpur.
tahun ini, kakitangan awam dapat merasa bonus awal menjelang raya. keutamaan tentulah untuk berbelanja. selamat berbelanja berpada- pada. jangan lupa bersedekah.
oh ya, hari ini nuzul quran.

Wednesday, August 10, 2011
terkeJAr kejar
ada yang bergerak laju.
seakan cuba lebihi masa, bukan lagi mengejar.
ada juga ambil pendekatan kecilkan langkah. tidak apa lambat.
aku..sebenarnya berdebar dengan masa.
aku rasa masa agak bahaya.
ia tak nampak tapi bergerak
pengukur kronologi subjektif
maka kini aku tak pakai jam
aku terus cuba tidak nampakkan ia
ironinya, rutin prima aku kena menggauli masa.
aku taknak terkejar- kejar
aku taknak juga ketinggalan
aku nak ada pada waktu sepatutnya berada
tapi aku,
aku manusia...

Tuesday, August 02, 2011
Thursday, July 21, 2011
bukan buRuk
antonim
baik ada
sebab adanya buruk
setiap manusia punya buruk baiknya
pada sifat atau sudut pandang
sama ada baik monopoli, atau buruk menakluki
itu bergantung
ada yang menuduh takdir
atau kerana situasi sekeliling
tetapi sebenarnya untuk menjadi apa
ia adalah pilihan
juga kerana kesedaran berfikir
atau sedar dalam penafian
sedang dua pihak berkonfrontasi, yang mana satu pihak bukan buruk dan bukan baik?
masing- masing akan kata mereka di pihak baik atau ayat selamatnya, pihak benar.
dalam konteks ini pihak ketiga yang akan menilai tanpa sentimen
mungkin juga kedua-dua di pihak baik
atau rupanya mereka juga tidak betul
baik ...berbalik kepada nilai- nilai murni
buruk, makanya yang kontra
ia pilihan, kesedaran dan melawan penafian
untuk melebihkan yang mana
buruk atau baik
juga
iman

Thursday, July 14, 2011
kAwan lama
ini terjadi dua tahun lalu.
baru sahaja sampai ofis. dengar deringan. aku angkat.
"boleh saya bercakap dengan bla,bla,bla..."
"siapa bercakap ni", tanya aku cocky sikit.
yang menalifon tu perkenalkan diri.
aku tanya dengan nada yang lagi cocky, sedangkan dalam hati aku dah tahu.
lepas tu jerit. dua- dua jerit.
yang telefon tu, kawan lama. kawan satu sekolah. sekolah rendah.
bukan kawan biasa. kawan baik. rapat.
jahat aku buat- buat tak kenal pada mulanya.
kawan aku tu cari nombor ofis aku lepas tengok nama aku kat tv.
nama aku, aku je (konon). memang dia pasti.
banyak bualan imbas lalu. jadi segar memori lama tu.
gila, rindu betul. masing- masing tinggal di lembah kelang. tapi susah nak jumpa seakan tinggal di negara lain. konon.
... dan sekarang kami masih tak dapat jumpa lagi.
itu kawan semasa di srk jalan gurney 1.
kawan di sekolah menengah ? sabkl.
hmmm...
di sekolah menengah ada kumpulan kawan.
kawan masa tingkatan 1 hingga 3, lain. tingkatan 4 hingga 5, lain. tingkatan 6 rendah dan 6 atas, juga lain.
senior tingkatan atas yang jadi abang angkat, kakak angkat, boyfriend angkat.
junior ada yang jadi adik angkat.
ini mencipta kawan yang ramai. tak termasuk kawan (dan musuh) dari sekolah lain.
alam selepas sekolah, mencipta dunia yang lebih luas tapi menyempitkan ruang, menterhadkan masa. atau aku yang memilih untuk begitu. sungguh... aku terkenang kalian, nanti aku hubung.

Saturday, July 09, 2011
Sunday, July 03, 2011
tarikh ditunggu-tunggU
sebelah pihak rancak berhimpun
sebelah lagi canang larangan
hmm... ada yang tersenyum memerhati
9 julai jadi tarikh yang ditunggu-tunggu
pula

Saturday, June 04, 2011
itu Kongsi
aku rasa penonton yang melapan jutakan filem kongsi tu balik panggung dengan kecewa.
bagus, terus menjutakan.
tapi, baguskah kecewa.
wahai pembikin filem, jangan terus mengecewakan penonton yang menjutakan.

Friday, May 27, 2011
'cameO' keluarga
![]() |
![]() |
adikku, adik paling akhir. beza umur jauh jugak. tentu berkat doa mak dan abah, kami semua dapat habis belajar di u dan seterusnya bekerja. tak perlu tunggu lama. alhamdulillah.
begitu pantas waktu memainkan peranan. tapi aku risau...gerak makin perlahan.hmm...ada hidup dalam kemarahan.
hidup...
kasih tak tertunjuk.
kefahaman tak diperjelas
hanya harfiah
lara terpendam
dibawa bersama
penamat yang bungkam
sedih
Thursday, May 19, 2011
perJalanan misteri
wujud dan ada, itu jelas
penamatnya juga jelas
di antara tangisan mula hingga kaku yang akhir
samar- samar
perjalanan
mustahil dapat disangka
bertahun
bina jambatan bersimen batu
yakin kukuh
ketika lalu di atasnya
tiba-tiba runtuh
...
perkara paling misteri dalam hidup,
hidup itu sendiri

Monday, May 16, 2011
sogokKan inspirasi
sekembalinya aku dari keluar, aku dapat tahu filem laskar pelangi main di astro ria. hari tu aku tertipu dengan info di channel ni. katanya filem laskar pelangi, sekali i'm not single. mood pra-motivasi aku terus hilang. pukul sebelas pula akan main to sir with love pulak di tv2. satu jam bertindih masa. mana nak tengok ni. break je aku tukar-tukar channel.
walaupun aku sudah tonton filem ni tapi aku masih tetap nak tengok. sentiasa ingin tengok lagi. filem genre sebegini tidak harus dilepaskan, daripada aku tonton cerita setahdo dan selepas itu aku pulak naik hantu sebab bukan tak rasa diseramkan tapi rasa minda aku dikebawahkan. sikit- sikit bolehlah(untuk setahdo yang best).
mengapa cerita hebat sebegini (laskar & to sir) hanya disiar pada hari guru je ye. mengapa tidak disiar selalu di tv. ok, pernah ada tapi jarang.
banyak filem-filem yang memberi inspirasi : black, pursuit of happyness, forrest gump, men of honour, into the wild, pay it forward, children of heaven, a beautiful mind, october sky. itu di antaranya.
penonton di rumah elok disogokkan dengan cerita begini.
ok, nanti berat pula kepala dan bosan. orang balik kerja mahu relax lor.
sulamilah sikit-sikit cerita ringan, lawak, cinta(subplot dalam hampir semua cerita), misteri dan hantu.
tidaklah asyik hantu, hantu, hantu. dongeng, dongeng, dongeng!
sesekali cinta, lawak dan stail opera sabun (yang ditipikalkan ceritanya, tapi omak-omak di rumah suka woo).
aku terfikir, seolah-olah cerita seram/ tahyul/ dongeng sekarang banyak dibikin untuk membalas dendam balik ke. sebab dulu genre ini pernah dilarang. kiranya cover baliklah masa pemeraman idea dulu tu.
dulu aku marah setahdo dilarang. sekarang aku suka. tapi kenapa terlalu pula. kenikmatan tontonan aku tiada keseimbangan tau.
kepada pembikin drama, telefilem dan filem : tolonglah hasilkan produk genre inspirasi dan motivasi. aku haus benar. mungkin ada beberapa juga dahaga. tak semua dahaga. walau tidak akan meletup pecah jag, ia tetap beri kemampatan yang bermakna.
percayalah sedar atau tidak (atau buat-buat tak sedar), sogokan itu mempengaruhi.

Tuesday, May 10, 2011
terima kasih Tuhan
kau adakan aku.
dan
aku
masih
ada.
ia amat bermakna sekali.
bukan untuk diriku
tapi
kepada
mereka
yang sangat perlukan aku
dan
aku
masih
ada.
ia amat bermakna sekali.
bukan untuk diriku
tapi
kepada
mereka
yang sangat perlukan aku
Saturday, April 30, 2011
fokuS 29 April 2011
bukan sumpah laknat trio datuk t tau!
gerenti naiklah rating ntv7 petang tu. di ofis aku semua pause bekerja. mendongak kepala mengadap tv. semua desk. ke grafik, keadaan sama. bilik editing pun. semua tengok ntv7. aku kata boleh ambil gambar ni. bubuh dalam fb. di antara detik-detik rakyat malaysia (di ofis) menyaksikan perkahwinan anak lady d di tv. walaupun yang kahwin tu puteranya. aura lady d tu yang kuat. lady d, pesona yang tragedi.

Monday, April 25, 2011
Tuesday, April 19, 2011
auta Jalanan
ekin dengan mawi pun beli handphone dengan saya. ini buktinya.
huhaha! adeh...kalau dalam filem tu nak menunjukkan moment berimaginasi, mesti aku gelak- gelak guling. dan patah balik gulingan (tapi kena guna cgi oleh yusri, baru cantik).
cina kedai handphone tu tunjuk beberapa foto ekin dalam handphone dia.
aku gelak campur musykil. dan buat- buat terkagum, wahh ye ka

Saturday, April 09, 2011
twist...mood Politik
patutnya aku layan movie tapi boleh terdengar ucapan ummi hafilda di youtube pulak. hmm... aku terfikir apakah dorongan kekuatan ummi. bagaimanalah gejolak rasa keluarganya...anak- anak saudaranya.
sekalian manusia.. err kita, juga aku, selalu sangkakan benar. anggap benar. fikir benar.
tak mustahil
ada yang sampai sangka benar itu sebenarnya salah tapi tak tahu ianya salah.
ini sudah bahaya.
tak tahu beza benar dan salah. hmm..adakah sebab putaran.
putaran hidup. putaran minda. putaran kefahaman. putaran kisah. aduh, stop! aku pening. mahu turun dari ini roller coaster. tapi oh tidak!
kenapa ia tidak mahu berhenti.

Thursday, April 07, 2011
menonton merong Mahawangsa
perasaan aku flat
teknikal ada
tidak jiwa
Hikayat Merong Mahawangsa sepatutnya menjadi yang sepatutnya.

Subscribe to:
Posts (Atom)