aku rasa penonton yang melapan jutakan filem kongsi tu balik panggung dengan kecewa.
bagus, terus menjutakan.
tapi, baguskah kecewa.
wahai pembikin filem, jangan terus mengecewakan penonton yang menjutakan.
Saturday, June 04, 2011
Friday, May 27, 2011
'cameO' keluarga
![]() |
![]() |
adikku, adik paling akhir. beza umur jauh jugak. tentu berkat doa mak dan abah, kami semua dapat habis belajar di u dan seterusnya bekerja. tak perlu tunggu lama. alhamdulillah.
begitu pantas waktu memainkan peranan. tapi aku risau...gerak makin perlahan.hmm...ada hidup dalam kemarahan.
hidup...
kasih tak tertunjuk.
kefahaman tak diperjelas
hanya harfiah
lara terpendam
dibawa bersama
penamat yang bungkam
sedih
Thursday, May 19, 2011
perJalanan misteri
wujud dan ada, itu jelas
penamatnya juga jelas
di antara tangisan mula hingga kaku yang akhir
samar- samar
perjalanan
mustahil dapat disangka
bertahun
bina jambatan bersimen batu
yakin kukuh
ketika lalu di atasnya
tiba-tiba runtuh
...
perkara paling misteri dalam hidup,
hidup itu sendiri

Monday, May 16, 2011
sogokKan inspirasi
sekembalinya aku dari keluar, aku dapat tahu filem laskar pelangi main di astro ria. hari tu aku tertipu dengan info di channel ni. katanya filem laskar pelangi, sekali i'm not single. mood pra-motivasi aku terus hilang. pukul sebelas pula akan main to sir with love pulak di tv2. satu jam bertindih masa. mana nak tengok ni. break je aku tukar-tukar channel.
walaupun aku sudah tonton filem ni tapi aku masih tetap nak tengok. sentiasa ingin tengok lagi. filem genre sebegini tidak harus dilepaskan, daripada aku tonton cerita setahdo dan selepas itu aku pulak naik hantu sebab bukan tak rasa diseramkan tapi rasa minda aku dikebawahkan. sikit- sikit bolehlah(untuk setahdo yang best).
mengapa cerita hebat sebegini (laskar & to sir) hanya disiar pada hari guru je ye. mengapa tidak disiar selalu di tv. ok, pernah ada tapi jarang.
banyak filem-filem yang memberi inspirasi : black, pursuit of happyness, forrest gump, men of honour, into the wild, pay it forward, children of heaven, a beautiful mind, october sky. itu di antaranya.
penonton di rumah elok disogokkan dengan cerita begini.
ok, nanti berat pula kepala dan bosan. orang balik kerja mahu relax lor.
sulamilah sikit-sikit cerita ringan, lawak, cinta(subplot dalam hampir semua cerita), misteri dan hantu.
tidaklah asyik hantu, hantu, hantu. dongeng, dongeng, dongeng!
sesekali cinta, lawak dan stail opera sabun (yang ditipikalkan ceritanya, tapi omak-omak di rumah suka woo).
aku terfikir, seolah-olah cerita seram/ tahyul/ dongeng sekarang banyak dibikin untuk membalas dendam balik ke. sebab dulu genre ini pernah dilarang. kiranya cover baliklah masa pemeraman idea dulu tu.
dulu aku marah setahdo dilarang. sekarang aku suka. tapi kenapa terlalu pula. kenikmatan tontonan aku tiada keseimbangan tau.
kepada pembikin drama, telefilem dan filem : tolonglah hasilkan produk genre inspirasi dan motivasi. aku haus benar. mungkin ada beberapa juga dahaga. tak semua dahaga. walau tidak akan meletup pecah jag, ia tetap beri kemampatan yang bermakna.
percayalah sedar atau tidak (atau buat-buat tak sedar), sogokan itu mempengaruhi.

Tuesday, May 10, 2011
terima kasih Tuhan
kau adakan aku.
dan
aku
masih
ada.
ia amat bermakna sekali.
bukan untuk diriku
tapi
kepada
mereka
yang sangat perlukan aku
dan
aku
masih
ada.
ia amat bermakna sekali.
bukan untuk diriku
tapi
kepada
mereka
yang sangat perlukan aku
Saturday, April 30, 2011
fokuS 29 April 2011
bukan sumpah laknat trio datuk t tau!
gerenti naiklah rating ntv7 petang tu. di ofis aku semua pause bekerja. mendongak kepala mengadap tv. semua desk. ke grafik, keadaan sama. bilik editing pun. semua tengok ntv7. aku kata boleh ambil gambar ni. bubuh dalam fb. di antara detik-detik rakyat malaysia (di ofis) menyaksikan perkahwinan anak lady d di tv. walaupun yang kahwin tu puteranya. aura lady d tu yang kuat. lady d, pesona yang tragedi.

Monday, April 25, 2011
Tuesday, April 19, 2011
auta Jalanan
ekin dengan mawi pun beli handphone dengan saya. ini buktinya.
huhaha! adeh...kalau dalam filem tu nak menunjukkan moment berimaginasi, mesti aku gelak- gelak guling. dan patah balik gulingan (tapi kena guna cgi oleh yusri, baru cantik).
cina kedai handphone tu tunjuk beberapa foto ekin dalam handphone dia.
aku gelak campur musykil. dan buat- buat terkagum, wahh ye ka

Saturday, April 09, 2011
twist...mood Politik
patutnya aku layan movie tapi boleh terdengar ucapan ummi hafilda di youtube pulak. hmm... aku terfikir apakah dorongan kekuatan ummi. bagaimanalah gejolak rasa keluarganya...anak- anak saudaranya.
sekalian manusia.. err kita, juga aku, selalu sangkakan benar. anggap benar. fikir benar.
tak mustahil
ada yang sampai sangka benar itu sebenarnya salah tapi tak tahu ianya salah.
ini sudah bahaya.
tak tahu beza benar dan salah. hmm..adakah sebab putaran.
putaran hidup. putaran minda. putaran kefahaman. putaran kisah. aduh, stop! aku pening. mahu turun dari ini roller coaster. tapi oh tidak!
kenapa ia tidak mahu berhenti.

Thursday, April 07, 2011
menonton merong Mahawangsa
perasaan aku flat
teknikal ada
tidak jiwa
Hikayat Merong Mahawangsa sepatutnya menjadi yang sepatutnya.

Saturday, April 02, 2011
3 waJah tambah lagi 2 hari
tukang sapu bermacam macam standarnya...teksi sapu, bas sapu, lori sapu...tukang sapu berkolar pun ada. tukang sapu rezeki orang pun ada.
ada lagi...sapu budaya, sapu maruah, sapu kepercayaan, tukang sapu minda dan...yanti...kesian kamu, anu kamu pun dia sapu
hutang ni pun macam magik jugak..ada..boleh tak nampak. tak nampak boleh jadi ada. hutang budi misalnya...orang dulu kata bawa sampai mati. tapi zaman sekarang boleh ganti dengan body. apa nak difikirkan sangat pasal harga diri..bukan benda yang nampak...apa yang menyalut diri tu yang ingin orang lihat.segalanya serba bergaya..dari jenama ke jenama
yelah tu apa apa pun boleh jadi. apa susah, memanglah..tak ada apa yang senang. nak makan pun kena kunyah. berpeluh jugaklah. kena pulak kalau gusi tengah bengkak. selera pulak buat hal. perut pulak dah berpiuh piuh masuk angin..mau tak lemah badan. masa tu kalau silap mau bunuh orang...jangan buat hal. pukul jangan tak pukul..janji puas hati
persembahan 3 wajah dilanjutkan hingga 5 april
anda masih berpeluang
Monday, March 21, 2011
3 wAjah fauziah nawi
satu refleksi !
tiga cerita dalam malam 7 drama 7 duri lalu
diperan semula
30 mac hingga 3 april
malam, jam 9
berskala kecil pentas berkonsep black box di stor dbp
mendepani rapat penyaksi
tanpa lapisan pemisah
merasa dekat aura
fauziah nawi
dengan 3 wajah
info lanjut transit ke stefani

Tukang Sapu
angan dan impian yang membawa kepada luahan perasaan seorang tukang sapu terhadap fenomena hidup masyarakat sekeliling. realiti hidup yang pahit sering membawa manusia ke daerah dunia anganan yang dicipta untuk melarikan diri dari kenyataan. dari angan yang dicipta dia menemukan satu kebahagiaan yang sementara. tetapi realiti tetap harus dihadapi. penghujung jalan cerita hidup yang keperitan masih dalam teka-teki. yang berani akan terus berjuang manakala si bacul akan memilih jalan pintas yang penuh tragedi
Hutang
dari saat dilahirkan di muka bumi manusia telah berhutang. dalam menjalani kehidupan beban hutang tidak dapat dipisah dari setiap insan. ada yang mengaut keuntungan dari hutang piutang orang lain manakala ada yang menanggung azabnya. si pemiutang sendiri pun kadangkala terhutang dengan pemiutang yang lain. hutang menjadi satu kemestian dalam menjalani kehidupan masakini. tak kira sama ada hutang secara zahirnya atau secara batin, manusia tetap berhutang
Pukul
dari kehidupan mewah sebagai seorang isteri kenamaan kepada peniaga runcit dan seterusnya menjadi banduan. dari terpukul kepada dipukul akhrnya bangkit lalu memukul atas dasar untuk melindungi diri. luahan perasaan seorang perempuan atas kehidupan yang dijalani. di antara cita-cita dan kejayaan negara, prinsip arwah bapa dan kejatuhan seorang suami. beliau cuba tabahkan hati namun batas kesabaran manusia tetap ada hadnya menuntut dia bangkit
30 mac hingga 3 april
malam, jam 9
berskala kecil pentas berkonsep black box di stor dbp
mendepani rapat penyaksi
tanpa lapisan pemisah
merasa dekat aura
fauziah nawi
dengan 3 wajah
info lanjut transit ke stefani
Saturday, March 19, 2011
sekilas Bila bermain
bila filem jasmin nak main di tv
bila m.nasir nak sambung aduh saleha
bila siti nurhaliza nak berlakon
bila beto akan jadi hero arus perdana
bila ib nak pentas teater hantu
bila hikayat merong kan cecah empat puluh juta
bila album kembali dibeli hingga terjual 200 ribu unit
bila anwar nak serah dna

Monday, March 07, 2011
fauziah nawi kembali Beraksi tapi dengan 3 wajah
hanya satu perkataan untuk mengulas lakonan fauziah nawi - HEBAT! beban di atas bahunya untuk menjayakan cinta julia untuk penonton singapura teramat berat, apatah lagi dengan hanya satu percubaan.ia bukan percubaan, ia adalah satu kesempatan untuk melaksanakan yang terbaik. kalau beliau gagal, mungkin hilang peminatnya.penguasaan ruang, penguasaan dialog dengan perkataan-perkataan yang jarang digunakan dan penguasaan emosi patut menjadi teladan pelakon muda.
buat pertama kali, ruang studio teater esplanade dihadiri ramai para mak cik untuk menonton persembahan teater. kalaulah golongan penonton 'mak cik' dapat membuka hati menonton buah hasil tempatan pula, alangkah baiknya.
ramai penonton yang tidak tahu fauziah nawi boleh menyanyi dan selesa menari. iryanda juga bermain gitar sebagai muzik selingan sepanjang pementasan dan permainannya cocok dengan suasana adegan. pengarah cinta julia, iryanda mulia ramli, mengeksploitasi, secara positif, kebolehan lakonan fauziah nawi, untuk menghidupkan cinta julia.
lanjut
petikan oleh dandyaramri ini mengenai persembahan monolog cinta julia di singapura oktober tahun lalu. hujung mac ini ibu fauziah kembali beraksi menjadi tukang sapu, ceti berlesen dan isteri yb. nantikan...

Thursday, February 24, 2011
buLAn menonton
menghampiri hujung bulan ini sehingga awal mac, mereka-mereka yang sepatutnya, mesti sibuk dengan persiapan hadapi dua pilihan raya kecil (prk) yang akan diadakan serentak. pilihan raya memang bermusim. kalau mula satu akan berturut- turut jadinya. hmm..hal kematian. bukan manusia yang tentukan. aku tak terlibat dengan prk. mungkin sipi- sipi. secara tak langsung membenarkan ia berlangsung.
apakata aku hala sibuk ke lain. pada waktu prk itu juga panggung wayang main beberapa filem yang aku suka. masa aku meluap-luap rasa ingin menonton, tak ada pula filem yang kena dengan citarasa. bulan ni serentak main filem best. calon oscar. king's speech, black swan dan 127 hours. satu hari boleh bikin marathon. tambah satu lagi, the rite. sebab ada anthony hopkins le. tarikan untuk aku tonton. genre yang pelbagai. tak ada lah asyik-asyik filem hantu.
tapi tak sangka aku boleh sangkut nak tengok filem seram lagi. sini ada hantu arahan james lee. telahan aku filem ini ok memang tepat. hasilnya, perasaan aku sama ketika tengok filem phobia 2 dulu. kedengaran kisahnya klise.
hantu pokok pisang memaparkan elemen dark pada sifat perangai naif manusia.
hantu nombor ekor pula simple black horror. hantu adalah hantu. kejahatan berbalik kepada manusia. kesian hantu pula yang dituduh jahat. ah, ini juga tetap klise. elemen ini terdapat dalam banyak filem hantu. tapi sukanya aku sebab lakonan dan garapan pengarah, segar. hantu asrama memang terbaik.
majoriti pelakon bukan bintang arus perdana atau bintang yang kaku.
lagi...aku tonton teater pula. teater muzikal terima kasih cinta. aku tahu awal, pementasan ini sebenarnya ala konsert. anggapan sinisku cerita cuma serpihan. tapi sebutnya teater. maka, aku berpegang kepada cerita dahulu. aku cuba paksa menghanyutkan diri dengan persembahan. berkerut- kerut dahi aku. apalah aku ni. ini muzikal ok. relakslah sikit. aku jadi keliru dengan diri aku. haha! fikiran aku mengimbau cats, fame, high school musical, glee, cempaka schools box office.
muzikal... utama yang diketengah tentunya lagu, nyanyian, muzik dan tarian. maka, pastinya memberi hiburan. dalam konteks ini, muzikal ini memang berjaya. mengkagumkan.
menonton teater ini membuatkan aku berfikir seorang pelakon pentas harus berpakej. selain berlakon harus boleh nyanyi dan menari. tetapi berapa ramai yang kita ada. memang ada tapi mereka menyorok sebab tidak punya aura komersial. kita mahu tarik orang tengok. itu realiti. hakikat yang kesian.
ah, sebenarnya aku tak layak menilai persembahan ini. aku tak tengok habis sebab kena masuk kerja. aku fikir sempat. tapi ia mula lambat sikit melarikan lagi anggaran waktuku. ada interval lagi. memang rugi aku. benarkah aku rugi?

| filem ini sangat indah untuk diadaptasikan menjadi serpihan muzikal |
Tuesday, February 22, 2011
oh Sudirman
hari ini dengan manipulasi yang ada
kami mengambil kesempatan di atas kerinduan
cuba siarkan segalanya tentang sudirman
sudir yang satu
alfatihah

Thursday, February 17, 2011
meLepasi...
new age
postmodern
avant garde
sudah pasca...
hidup kini
dengan pertanyaan di luar sedar
apa selepas ini
postmodern
avant garde
sudah pasca...
hidup kini
dengan pertanyaan di luar sedar
apa selepas ini
Wednesday, February 09, 2011
beri aku, tOlong
suakan aku yang tak dijangka
tipukan aku salah menduga
halakan aku yang tak terlalu terus
tolong paksakan aku memikir-mikir
bawaku bermain seliratkan minda
timpakan persoalan
biarku bongkar jawapan
akhirkan aku nilai peninggalan
tolong sua
tolong tipu
tolong hala
biar aku tafsir akhiran
tipukan aku salah menduga
halakan aku yang tak terlalu terus
tolong paksakan aku memikir-mikir
bawaku bermain seliratkan minda
timpakan persoalan
biarku bongkar jawapan
akhirkan aku nilai peninggalan
tolong sua
tolong tipu
tolong hala
biar aku tafsir akhiran
Tuesday, February 08, 2011
mereka Dibaca
datang keghairahan aku, satu malam habis baca buku natrah dari sudut pandang fatini yaacob. boleh tahan tebalnya.
sambung, memoir nasr hamid abu zaid.
bertajuk suara orang buangan. tentang dia dituduh murtad. terlibat dengan polemik keagamaan di mesir. buku ini diterjemah dengan baik. sudah dua hari, aku masih sedang membacanya. tak secepat membaca natrah. berapi nafsuku dengan memoir.
memoir ini adik yang beli. adik beri pada aku untuk baca selepas spontan pukul anak lipas dengan buku ini. kesan bangkai yang penyet masih ada.

Friday, January 28, 2011
peminat masa dEpan
masa ni lah dapat salam dengan mereka
esok sudah famous, tak merasalah kot
... internal speech aku semasa bersalam dengan semua peserta pilih kasih
aku sengih-sengih arrogant je. apa punya perangai dah.
secara berdepan dapat rasa juga sedikit aura mereka berserta kerendahan diri.
semoga berjaya semua.
aku...wajib kena sokong hariz.
bukan sebab ke'boleh tahan'an rupanya tau.

Subscribe to:
Posts (Atom)