terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Monday, March 21, 2011

3 wAjah fauziah nawi

satu refleksi !
tiga cerita dalam malam 7 drama 7 duri lalu
diperan semula


Tukang Sapu
angan dan impian yang  membawa kepada luahan perasaan seorang tukang sapu terhadap fenomena hidup masyarakat sekeliling. realiti hidup yang pahit sering membawa manusia ke daerah dunia anganan yang dicipta untuk melarikan diri dari kenyataan. dari angan yang dicipta dia menemukan satu kebahagiaan yang sementara. tetapi realiti tetap harus dihadapi. penghujung jalan cerita hidup yang keperitan masih dalam teka-teki. yang berani akan terus berjuang manakala si bacul akan memilih jalan pintas yang penuh tragedi
Hutang
dari saat dilahirkan di muka bumi manusia telah berhutang. dalam menjalani kehidupan beban hutang tidak dapat dipisah dari setiap insan. ada yang mengaut keuntungan dari hutang piutang orang lain manakala ada yang menanggung azabnya. si pemiutang sendiri pun kadangkala terhutang dengan pemiutang yang lain. hutang menjadi satu kemestian dalam menjalani kehidupan masakini.  tak kira sama ada hutang secara zahirnya atau secara batin, manusia tetap berhutang
Pukul
dari kehidupan mewah sebagai seorang isteri kenamaan kepada peniaga runcit dan seterusnya menjadi banduan. dari terpukul kepada dipukul akhrnya bangkit lalu memukul atas dasar untuk melindungi diri. luahan perasaan seorang perempuan atas kehidupan yang dijalani. di antara cita-cita dan kejayaan negara, prinsip arwah bapa dan kejatuhan seorang suami. beliau cuba tabahkan hati namun batas kesabaran manusia tetap ada hadnya menuntut dia bangkit 



30 mac hingga 3 april
malam, jam 9
berskala kecil pentas berkonsep black box di stor dbp
mendepani rapat penyaksi
tanpa lapisan pemisah
merasa dekat aura
fauziah nawi
dengan 3 wajah

info lanjut transit ke stefani

Saturday, March 19, 2011

sekilas Bila bermain

bila filem jasmin nak main di tv
bila m.nasir nak sambung aduh saleha
bila siti nurhaliza nak berlakon
bila beto akan jadi hero arus perdana
bila ib nak pentas teater hantu
bila hikayat merong kan cecah empat puluh juta
bila album kembali dibeli hingga terjual 200 ribu unit
bila anwar nak serah dna

Monday, March 07, 2011

fauziah nawi kembali Beraksi tapi dengan 3 wajah

hanya satu perkataan untuk mengulas lakonan fauziah nawi - HEBAT!  beban di atas bahunya untuk menjayakan cinta julia untuk penonton singapura teramat berat, apatah lagi dengan hanya satu percubaan.ia bukan percubaan, ia adalah satu kesempatan untuk melaksanakan yang terbaik. kalau beliau gagal, mungkin hilang peminatnya.penguasaan ruang, penguasaan dialog dengan perkataan-perkataan yang jarang digunakan dan penguasaan emosi patut menjadi teladan pelakon muda.

buat pertama kali, ruang studio teater esplanade dihadiri ramai para mak cik untuk menonton persembahan teater. kalaulah golongan penonton 'mak cik' dapat membuka hati menonton buah hasil tempatan pula, alangkah baiknya.

ramai penonton yang tidak tahu fauziah nawi boleh menyanyi dan selesa menari. iryanda juga bermain gitar sebagai muzik selingan sepanjang pementasan dan permainannya cocok dengan suasana adegan.
pengarah cinta julia, iryanda mulia ramli, mengeksploitasi, secara positif, kebolehan lakonan fauziah nawi, untuk menghidupkan cinta julia.
lanjut
petikan oleh dandyaramri ini mengenai persembahan monolog cinta julia di singapura oktober tahun lalu. hujung mac ini ibu fauziah kembali beraksi menjadi tukang sapu, ceti berlesen dan isteri yb. nantikan...


Thursday, February 24, 2011

buLAn menonton

menghampiri hujung bulan ini sehingga awal mac,  mereka-mereka yang sepatutnya, mesti sibuk dengan persiapan hadapi dua pilihan raya kecil (prk) yang akan diadakan serentak. pilihan raya memang bermusim. kalau mula satu akan berturut- turut jadinya. hmm..hal kematian. bukan manusia yang tentukan. aku tak terlibat dengan prk. mungkin sipi- sipi. secara tak langsung membenarkan ia berlangsung.

apakata aku hala sibuk ke lain. pada waktu prk itu juga panggung wayang main beberapa filem yang aku suka. masa aku meluap-luap rasa ingin menonton, tak ada pula filem yang kena dengan citarasa. bulan ni serentak main filem best. calon oscar. king's speech, black swan dan 127 hours. satu hari boleh bikin marathon. tambah satu lagi, the rite. sebab ada anthony hopkins le. tarikan untuk aku tonton. genre yang pelbagai. tak ada lah asyik-asyik filem hantu.
tapi tak sangka aku boleh sangkut nak tengok filem seram lagi. sini ada hantu arahan james lee. telahan aku filem ini ok memang tepat. hasilnya, perasaan aku sama ketika tengok filem phobia 2 dulu. kedengaran kisahnya klise.
hantu pokok pisang memaparkan elemen dark pada sifat perangai naif manusia.
hantu nombor ekor pula simple black horror. hantu adalah hantu. kejahatan berbalik kepada manusia. kesian hantu pula yang dituduh jahat. ah, ini juga tetap klise. elemen ini terdapat dalam banyak filem hantu. tapi sukanya aku sebab lakonan dan garapan pengarah, segar. hantu asrama memang terbaik.
majoriti pelakon bukan bintang arus perdana atau bintang yang kaku.

lagi...aku tonton teater pula. teater muzikal terima kasih cinta. aku tahu awal, pementasan ini sebenarnya ala konsert. anggapan sinisku cerita cuma serpihan. tapi sebutnya teater. maka, aku berpegang kepada cerita dahulu. aku cuba paksa menghanyutkan diri dengan persembahan. berkerut- kerut dahi aku. apalah aku ni. ini muzikal ok. relakslah sikit. aku jadi keliru dengan diri aku. haha! fikiran aku mengimbau cats, fame, high school musical, glee, cempaka schools box office.
muzikal... utama yang diketengah tentunya lagu, nyanyian, muzik dan tarian. maka, pastinya memberi hiburan. dalam konteks ini, muzikal ini memang berjaya. mengkagumkan.

menonton teater ini membuatkan aku berfikir seorang pelakon pentas harus berpakej. selain berlakon harus boleh nyanyi dan menari. tetapi berapa ramai yang kita ada. memang ada tapi mereka menyorok sebab tidak punya aura komersial. kita mahu tarik orang tengok. itu realiti. hakikat yang kesian.
ah, sebenarnya aku tak layak menilai persembahan ini. aku tak tengok habis sebab kena masuk kerja. aku fikir sempat. tapi ia mula lambat sikit melarikan lagi anggaran waktuku. ada interval lagi. memang rugi aku. benarkah aku rugi?
filem ini sangat indah untuk diadaptasikan menjadi serpihan muzikal

Tuesday, February 22, 2011

oh Sudirman

hari ini dengan manipulasi yang ada
kami mengambil kesempatan di atas kerinduan
cuba siarkan segalanya tentang sudirman
sudir yang satu
alfatihah

Thursday, February 17, 2011

meLepasi...

new age
postmodern
avant garde
sudah pasca...
hidup kini
dengan pertanyaan di luar sedar
apa selepas ini

Wednesday, February 09, 2011

beri aku, tOlong

suakan aku yang tak dijangka
tipukan aku salah menduga
halakan aku yang tak terlalu terus
tolong paksakan aku memikir-mikir
bawaku bermain seliratkan minda
timpakan persoalan
biarku bongkar jawapan
akhirkan aku nilai peninggalan

tolong sua
tolong tipu
tolong hala
biar aku tafsir akhiran

Tuesday, February 08, 2011

mereka Dibaca

datang keghairahan aku, satu malam habis baca buku natrah dari sudut pandang fatini yaacob. boleh tahan tebalnya.
sambung, memoir nasr hamid abu zaid.
bertajuk suara orang buangan. tentang dia dituduh murtad. terlibat dengan polemik keagamaan di mesir. buku ini diterjemah dengan baik. sudah dua hari, aku masih sedang membacanya. tak secepat membaca natrah. berapi nafsuku dengan memoir.

memoir ini adik yang beli. adik beri pada aku untuk baca selepas spontan pukul anak lipas dengan buku ini. kesan bangkai yang penyet masih ada.

Friday, January 28, 2011

peminat masa dEpan

masa ni lah dapat salam dengan mereka
esok sudah famous, tak merasalah kot
... internal speech aku semasa bersalam dengan semua peserta pilih kasih
aku sengih-sengih arrogant je. apa punya perangai dah.
 
secara berdepan dapat rasa juga sedikit aura mereka berserta kerendahan diri.
semoga berjaya semua.
aku...wajib kena sokong hariz.
bukan sebab ke'boleh tahan'an rupanya tau.

Saturday, January 22, 2011

othello - tengah Main

diarah oleh pengarah dari denmark
info lanjut : masakini theatre 

chi berlakon. hmm... 

Wednesday, January 19, 2011

keghairahan, kekerapan dan kegusaraN

...aku tertarik membaca artikel tentang eman manan, khalid salleh, rahim razali dan u-wei dalam utusan malaysia. walaupun ringkas, artikel- artikel tersebut bukan sahaja memaparkan pemikiran mereka, malah pandangan mereka tentang senario seni terkini.

memetik kenyataan u-wei dalam utusan,
  "di malaysia kita belum ada budaya menonton tidak kiralah cerita atau genre apa sekalipun. ibaratnya kalau ada seorang naik keretapi, maka yang lain akan naik keretapi."
  "kita tidak boleh salahkan para penonton kerana mereka hanya menonton apa yang disajikan kepada mereka. macam tiada pilihan."


...keghairahan dalam berkarya memang harus ada. bernasib baik impak hasil dari keghairahan itu boleh mencetuskan magis, fenomena, dan juga box-office.


...filem seram dan drama fairy tale. apabila terlalu kerap sangat hingga menjadi trend dalam pembikinan, pasti mengundang gusar. apakah akan terjadi kesan dari kegusaran itu?
kita sama- sama tunggu.


mengapa berkarya perlu mengikut trend?
  kehendak penontonlah beb!
kehendak penonton atau penonton sendiri tiada pilihan?
  ahh, naik sahajalah train. banyak songeh!

Wednesday, January 12, 2011

pertikAi

filem pertikai
tari pertikai
muzik pun pertikai
tak rancak tanpa pertikaian
seni itu...
hasilkan suka atau tidak
sesiapa bebas untuk nikmati
mentafsir
berjayanya seni itu...
ia mengusik

Wednesday, January 05, 2011

patuT remake 7 perhentian

beberapa hari lepas aku tertengok di astro, filem 7 perhentian. baru mula. tapi tatkala keluar muka heronya terus aku tukar ke channel masakan. aku bukan tak suka farid kamil. cuma belum boleh suka lagi. kiranya akan datang boleh sukalah nanti ye. takpe, ramai lagi yang minat gila dia.

aku cuba paksa suka tapi tak boleh. kesian farid kamil. dia sudah berlakon banyak filem beb! sampai hati kau. ..upss sampai hati aku. ok. oklah...satu je filem yang aku rasa hampir dah nak suka, iaitu lakonannya dalam filem anak halal. muka macam banduan je dalam filem ni. dalam filem papadom pun perasaan aku sudah nak hampir tapi tertukar ke que haidar pulak yang guna nama pena wajib tayang. haha kreatif betul afdlin boleh terfikir nak letak nama tu. sangat kelakar. kelakar yang unik. kalau filem pendek eksistensial sial tu masuk pertandingan filpen mesti boleh menang anugerah juri.

berbalik kepada filem 7 perhentian, dulu aku pernah tertonton di tv. aku paksa tengok sampai habis demi nak lihat karya bro saniboey. aku rasa cerita ni sepatutnya boleh jadi menarik. adakah sebab pengarahnya atau seleksi pelakon yang kurang tepat. barangkali farid kamil terlalu muda untuk pegang watak berat. kalau sekarang ni bagi dia berlakon baru ok kot. lakonannya sudah bertambah matang walaupun aku masih belum gemar dia lagi.

filem genre thriller sesuai kalau diterap elemen twist. filem ini ada tapi taraf entah apa- apa. lebih baik tak payah buat. patutnya tak ditunjuk lagi farid tu bercakap sorang-sorang supaya kita tak teragak erra tu cuma ilusi. lagi satu, sebenarnya sepanjang perjalanan farid kamil tu rupa-rupanya tanpa sedar dia membawa seorang mayat wanita. dan...apa kaitannya farid dengan erra dan mayat itu. jawapannya, tak ada apa- apa. mungkin aku patut tengok lagi filem ni lebih dari lima kali untuk faham. ah, tak taulah.  aku tak rasa filem ni komplikated pun.  cuma aku rasa kalau difilemkan semula dengan ubahkan pengarahnya mesti hasilnya agak ok. entahlah. cuma, pertama kali apabila aku tengok filem ni aku rasa terkilan. sayang.

Saturday, January 01, 2011

sudaH 2011

boleh kata ia cuma angka
sebagai bukti
untuk kita sedar
yang selama ini tidak sedar
setiap kali nafas disedut
mata berkelip
kata diucap
telinga mendengar
yang nampak jauh makin rapat kelihatan
hidup marakan langkah
mati bila-bila saja
ayuh lekas nikmati hidup
sambil bersedia

Wednesday, December 29, 2010

anaLogi chak de! india - Malaysia menang!

semalam tv 2 mainkan filem hindustan lakonan shahrukh khan, chak de! india. bagai analogi pemberi semangat kepada pasukan malaysia yang akan berlawan indonesia dalam final aff suzuki.

dalam filem itu, adegan klimaks - final perlawanan hoki kejohanan dunia di antara pasukan india dan australia. pada pusingan pertama india tewas teruk dibelasah pasukan australia. dijadikan cerita, mereka bertemu di peringkat akhir. dan...india menang!

realiti, malaysia tewas 5-1 dengan indonesia pada peringkat awal. ditakdirkan bertembung di final. dan...malaysia menang! yeah!

pm beri cuti umum pada hari terakhir tahun ini.

Friday, December 24, 2010

di Antara ANchor dan GAteKeepeR


big thanks to them. akhirnya tx

Tuesday, December 21, 2010

PangGung WAyang zaman MAk aBah dan...ponTianak

jarang dapat berbual santai dengan mak dan abah. semalam aku bawa mak dan abah makan tengahari (sudah masuk waktu minum petang sepatutnya) di nasi ayam gemas. borak-borak. aku beritahu, hari tu aku dapatkan tiket untuk mertua abang pergi tengok teater natrah. mak kata masa tu kalau ada kat kl, mak pun teringin nak pergi juga. tiba-tiba mak tanya, erma dan penulis buku natrah tu bergaduh ye. aku sengih. aku ceritalah tentang konflik mereka sebagaimana yang dipapar di media. apa kata erma. apa kata fatini (sebenarnya mak mesti sudah tahu juga kan melalui suratkhabar).

aku tak tahu bagaimana nak beri andaian aku tentang hal itu. aku cuma beritahu mak tentang teater natrah pertama yang aku tengok dulu. abah cerita serba sedikit masa kejadian rusuhan kes natrah dulu. (tapi masa ni konsentrasi aku terganggu seketika sebab pelayan bawa nasi ayam. drumstick pulak tu. favourite).

selepas itu, aku cerita pasal penyanyi adam ahmad ada datang ofis dua minggu lepas beri kad kahwin. mak macam terdiam kejap. bukan sebab tak kenal tapi tak sangka dia baru kahwin. aku pun fikir macam tu juga mula-mula. -selingan-

topik lain, aku cerita pasal filem hantu kak limah balik rumah tengah popular sekarang. seram- seram kelakar (aku suka mamat yang sinikal). abah mengimbas kembali. ewah. macam filem ni yang ada adegan flash back. abah pun cerite.. lah (sebut gaya orang perak). pada zaman abah dulu, filem seram yang paling popular filem pontianak. mak pun mengiakan. lakonan maria menado. aku teringat, kecil- kecil dulu filem seram selalu main di tv, pontianak gua musang dan hantu jerangkung. asyik- asyik hantu jerangkung, pontianak gua musang. mak pernah kata filem pontianak lakonan maria menado paling seram. tapi pelik kenapa tv tak pernah main. sampai besar aku tunggu, tv tak pernah main. sampai lah abah sentuh pasal filem tu balik baru aku terfikir. adakah filem itu terlalu seram lalu diharamkan. aku teringat nak google nanti. (sekarang sudah tahu kenapa).

aku tanya mak dan abah, seram sangat ke cerita tu. mak kata pada masa tu siap ada pengumuman siapa yang ada sakit jantung tak boleh tengok. dengar kata ada yang sampai pengsan le. abah beritahu sebab banyak ada adegan terkejut, terkejut. aku sengih.

abah cakap panggung full house. ramai yang datang tengok filem tu. sampai ada yang duduk dekat tangga. mak siap tengok kat panggung cathay kat kampung (tampin, negeri sembilan) guna tiket black market lagi. haha.

tambah abah lagi, waktu dulu takkan biar panggung kosong. penuh je. habis sahaja tempoh tayangan yang ditetapkan, tayang kat tempat lain pula. lagipun dulu- dulu mana ada tv kan. tonton wayang, hiburan utama. abah selalu tengok wayang dekat panggung madras. berhampiran rex tu. kalau di panggung coliseum, selalu tayang filem koboi. selain itu, ada panggung pavilion, lido, ruby, odeon, capitol, majestic. (di depan pawagam majestic ni tempat aku bertukar bas kalau nak ke sekolah dulu. huhu).

menurut abah lagi, kalau nak tonton bola piala dunia pun tengok dekat pawagam. berbulan-bulan selepas perlawanan sebenarlah.

berbalik kepada filem pontianak lakonan maria menado itu. ini infonya hasil aku google:-

filem pontianak merupakan filem seram pertama yang diterbitkan. diarahkan oleh bn rao. skrip ditulis oleh abd razak sheikh mohamed. dihasilkan pada tahun 1957. filem ini menjadi fenomena di atas sambutan di luar jangkaan. mendapat box-office peringkat asia lagi.
ada pelbagai versi tentang penyebab tak tersiarnya lagi filem ini. ada yang kata salinan asal filem ini telah dimusnahkan oleh penerbitnya kerana terlalu banyak filem ditayangkan pada tahun 50-an. versi lain pula, penerbitnya musnahkan salinannya sebab filem ini dilarang ditayang di pahang kerana pada waktu itu, maria telah berkahwin dengan sultan pahang. ada info mengatakan salinan asal filem ini dibuang di sungai gombak. ada kata di lombong. terdapat juga yang mengatakan filem ini pernah ditayang di luar negara, secara tak langsung membuktikan salinannya masih wujud.

ahh..entahlah, yang pastinya aku teringin benar hendak tonton filem ini. sayangkan. untung abah, emak.

aku rujuk di sini, juga di sini dan sini

Friday, December 17, 2010

mOther



seorang lelaki kencing menghadap dinding. ibunya datang menyuakan air ke mulutnya. sedang dia minum, air kencingnya mengalir cantik. kamera fokus dari angle atas sisi. adegan jijik yang cantik. hahaha

mulanya filem ini dengan visual seorang perempuan tua sedang berjalan perlahan di padang luas yang kering. jalannya slanting ke depan dengan wajah sedih, naif, sunyi. satu ekspresi tapi penuh gejolak. aku baru cuba nak beralih pandang tapi tak jadi sebab... lagu latar yang kena dengan keadaannya itu tiba- tiba makin berentak. wajah dan kendur tubuh perempuan itu menjadi berubah. lagu makin rancak dan...perempuan tua itu tiba- tiba menari. bukan macam orang tua yang menari tapi tenaganya ibarat tarian orang muda yang nampak vouge. wahh..cerita apa aku tengok ni.

itu di antara momen-momen yang buat aku terkunci untuk terus tonton filem ini. aku beli dvd filem mother arahan joon ho bong ini secara kebetulan sejak disember tahun lepas. tengok info ringkasan menarik. faktor lain, won bin merupakan star billing yang tak nampak bintang dalam filem ini. wataknya, pemuda terencat akal. aku kagum won bin sejak taegukgi. setahun selepas aku tonton filem ini, buat aku tiba- tiba untuk tulis tentangnya adalah selepas terbaca berita tentang pemeran watak ibu, kim hye-ja dianugerah pelakon terbaik oleh los angeles film critics association.

aku singkatkan. filem ini berkisar seorang ibu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk membuktikan anaknya(yang terencat akal) tidak bersalah apabila dituduh sebagai pembunuh. dalam menyiasat sendiri untuk menolak tuduhan itu, dia sendiri terpaksa membunuh seorang saksi yang nampak anaknya membunuh. ada twist, ada debar, ada misteri. maka, aku faham kenapa kim hye-ja dari sedih yang hening terus menari rancak pada paparan awal filem ini. aku tak dapat agak filem ini.

Sunday, December 05, 2010

kReaTif BErsuaP

tersedia ada fasiliti
keperluan diberi
permintaan dipenuhi
cuma serlahkan kreativiti
tetapi...itu juga yang diminta
maka, apa perlunya kamu.

aku percaya semua insan punya pemikiran kreatif dengan keunikan tersendiri. cuma ada yang malas teroka fikir. sayang.

Wednesday, December 01, 2010

arUs MEreka

mula - mula baru masuk industri, berlakon satu, dua filem. pegang watak sampingan. selepas tu, dapat watak pembantu. kemudian dapat watak utama.
atau bernasib baik (sebab wajah kacak, lawa?) mula- mula berlakon terus saja dapat peranan watak utama. kayu itu boleh dibentuk (atau diabai?).

tawaran melimpah ruah. rezeki. hidup sibuk. terkejar ke lokasi sana, lokasi sini. watak lain tetapi bawaannya sama. asyik-asyik muka dia. balik-balik wajah dia. di panggung. dalam majalah. dalam surat khabar sisipan hiburan hujung minggu.

senarai filem dah banyak. dari bawah sepuluh jadi berbelas. terus ke berpuluh.
filem ada yang box-office. ada yang setakat ada. pelbagai watak sudah dipegang tapi kebanyakan stereotaip pembawaannya.

menang anugerah popular, anugerah pilihan. tetapi bukan anugerah terbaik. kalau menang pun sebab lawa. uppss kacak. eh bukan sebab saingan tidak seberapa. atau sebab juri suka.

stop...stop. nama sudah dikenali. sudah kukuh di dalam industri. duit sudah banyak. ok mulakan strategi. selektif. pilih skrip. reject tawaran yang entah apa-apa. perlu karya berseni sikit. bak kata seseorang, karya yang manis. setahun muncul satu dua filem. selepas itu 3 tahun muncul satu filem. satu filem muncul 5 tahun. akhirnya menang terbaik.

tak habis lagi. oh, tawaran makin tidak ada. nama kian dilupa. ambil sahaja tawaran. bukan tawaran entah apa- apa. pembantu. sampingan. dan..dan...seterusnya...



aku tidak merujuk kepada sesiapa. ini bukan kisah benar. ia fiksyen dari aku.
aku kagum eman manan. dan mereka yang sepertinya. sebab mereka bukan seperti fiksyen aku ini.