terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Thursday, May 12, 2005

tEntAnG diA

tentu ramai sudah menonton atau mendengar tentang tentang dia, filem hasil idea melly goeslow. aku agak lambat menonton filem yang memang cukup dikagumi perjalanan promosinya (kalau tidak mesti ramai pilih untuk tonton cinta fotokopi).

cerita yang simple tapi dicantikkan dengan garapan dan olahan yang cukup membuai walau naratifnya hanya melingkar tentang 3 watak, gadis, rudi dan randu. filem ini sememangnya memerlukan lakonan yang mantap dan sememangnya mereka konsisten.

mungkin ramai terkesan apabila gadis mengkatup mulutnya sedih apabila mendapat berita kemalangan rudi di tv, tapi aku lebih terkesan sewaktu didi petet(terlupa nama wataknya) menunggu rudi yang tidak datang membuka pintu.

cerita ini harus ditonton daripada menonton filem yang tidak sepatutnya...dan aku akan simpan koleksi vcd nya nanti memenuhi koleksi2 aku yang ada yang mungkin tiada siapa mahu pinjam.

Thursday, April 21, 2005

aKu -ChaiRil aNwaR

AKU

Kalau sampai waktuku
'Ku mau tak seorang kan merayu
Tidak juga kau

Tak perlu sedu sedan itu

Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang

Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang

Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri

Dan aku akan lebih tidak perduli

Aku mau hidup seribu tahun lagi

Maret 1943


*aku suka sajak ni...sajak pertama yang aku tertarik apabila baca dan selepas itu baru aku tahu penulisnya penulis tersohor.

dIbaLik cErmIN miMpI

Dibalik cermin mimpi
Aku melihat engkau

Di dalam engkau
Aku melihat aku

Ternyata kita adalah sama
Di arena mimpi
Yang penuh bermakna

Bila bulan bersatu dengan mentari
Bayang-bayangku hilang

Diselubungi kerdip nurani
Mencurah kasih
Kasih murni
Mencurah kasih….


Korus:

Dibalik cermin, cermin mimpi
Ada realiti yang tidak kita sedari

Hanya keyakinan dapat merestui
Hakikat cinta yang sejati
Hakikat cinta yang sejati

Dengan tersingkapnya tabir siang
Wajah kita jelas terbayang

Dan terpecah cermin mimpi
Menjadi sinar pelangi….pelangi


LAGU:M.NASIR
LIRIK: S.AMIN SHAHAB

cUcuK MenYuCuk

aku paling tak suka budaya cucuk-menyucuk atau lebih tepat lagi dipanggil batu api @ 'fire stone'. itulah yang sering berlaku di persekitaran aku. akhirnya aku sendiri menjadi sakit dengan peristiwa menyesakkan itu.

bukan apa, hanya kerana lebih terarah mendengar cakap orang lain yang berbentuk prasangka, hubungan yang sebelum ini terjalin erat menjadi renggang dan panas sehingga tahap tak boleh bertegur sapa dan bertemu muka. apa dah jadi!!!

Tuhan kurniakan kita akal untuk menilai baik dan buruknya sesuatu perkara dan jangan sesekali mengambil perkara negatif untuk menimbangkan sesuatu perkara. tapi kalau situasi seperti itu terjadi pada aku tentu tahap pertimbangan aku boleh terjejas. dan akhirnya aku selalunya bertawakal. moralnya, sikap skeptis atau prasangka digaulkan lagi dengan api-api orang lain makin memarakkan rasa amarah. oleh itu, pertimbangan baik buruk adalah perlu...adalah perlu..

Monday, April 04, 2005

aNugeRah FofulAr 2004

tentu ramai sudah menjangkakan kemenangan setiap kategori. kalau sedikit terkejut pun pada kategori pelakon tv/vcd wanita popular. bagi aku tahun lepas tiada yang betul- betul meletup. oleh sebab itu masih siti yang menang.
persembahan pembukaan oleh kru tidak se'gempak' persembahan anita sarawak dalam anugerah yang lepas. dah agak vokal kru (dan adam)tidak energetik. Ini berbeza dengan persembahan hebat afdlin, hans, awie dan ac,yang penuh momentum.

Monday, March 28, 2005

StratEgi kEkaL pOpulAritI

artis bukan sahaja perlu kerja keras, tapi kena bijak mengatur strategi untuk kekalkan populariti. ini penting kerana tanpa populariti, siapa yang nak beli album, siapa yang nak jemput adakan show, siapa yang nak offer berlakon?
untuk pelbagaikan bidang seni, artis perlu berani mengorak langkah tapi biarlah berbakat. misalnya, penyanyi menjadi pelakon. awie dan ziana zain adalah contoh populariti mereka melonjak selepas menceburi bidang lakonan. sebelum ini mereka memang popular tapi selepas berlakon lagi bertambah peminat mereka. tetapi mereka memang berbakat. buktinya, awie menang anugerah lelaki terbaik dalam filem merah dan ziana menang pembantu pelakon wanita terbaik untuk filem maria mariana.
penyanyi tidak boleh membodohkan diri sendiri terima tawaran berlakon jika tahu bakat tak seberapa. aku teringat kru dalam awas. agaknya kru sendiri malu lihat lakonan mereka kini.sekurang-kurangnya aku kagum dengan siti nurhaliza(walaupun aku tak meminatinya) yang menolak tawaran sejuta untuk berlakon filem. siti tahu tahap mana kebolehan dan pengalamannya. alang- alang nak berlakon biar benar-benar bersedia.
aku terbaca misha omar dan adam af akan digandingkan dalam main-main cinta. aku yakin misha berbakat tapi adam...kita tunggu sahaja. tapi harap misha tak tersilap percaturannya. kalau dapat diganding macam awie dan ziana(zaman sembilu dulu) memang seimbang. adam memang ramai peminat,mungkin remaja yang meminatinya akan tonton filem itu. itupun memang target pengarah dan produsernya. good marketing but the audience...
selain penyanyi jadi pelakon, pelbagai cara lain untuk kekal ramai peminat. aku respek kru sebab mereka bijak merencanakan karier untuk kekal dalam industri. adam perlu ikut cara itu. bukan setakat minat lagu dan gaya. ikutilah visi kru(walau aku tak suka vokal mereka).
artis perlu bijak barulah dihormati.

Sunday, March 27, 2005

mAknanYa CinTa

jika cinta itu memanggil turutilah ia, walaupun dengan jalan yang sukar

*khalil gibran


kita jatuh cinta kalau kita menemui sesuatu pada seseorang, sesuatu yang sangat kita perlukan
*sao paolo

kAu Beri taPi sEbenaR tAk KumiLiki

"...kau rampas langit, tapi berikan aku bintang. kau ambil tanah tapi berikan aku dinding..."

antara petikan dialog yang akhirnya pasrah dalam siri drama hindustan yang aku ikuti di astro prima.

mUlanya taK tErtuliS

salam perkenalan kepada pengunjung blog.

tak tertulis kerana semuanya sudah tertulis. kita hanya melaluinya biar bertentang dengan kehendak...laluinya dengan cara sendiri.