terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Monday, December 26, 2011

baca Mereka

sekarang ini aku baca ku seman dan uthaya. mengenangkan interlok.
hmmm...mengenang tsunami.

Sunday, December 11, 2011

demand penontonaN

agaknya sudah terlalu menonton.
aku mudah
menyangka dengan sesuatu yang tak disangka.
baru lepas tengok satu plastik hitam.

Monday, November 21, 2011

menariknya tentang FFM24

... adalah juri- jurinya.
patutlah keputusan macam tahun lepas. nasib baik shoffi jikan menang!

Thursday, November 10, 2011

telefilem hAjar aswad...

sebab aku gemar cerita seperti children of heaven
...laskar pelangi
suka dengan filem arwah yasmin ahmad
maka, wow...untuk telefilem ini.
seimbang aras lakon pelakunya. tidak terlalu, tidak kurang
natural yang dirasa
tak terlalu rumit, tak terlalu mudah.
cerita ini nampak biasa tapi lain.
lainnya yang aku sendiri tak tahu bagaimana hendak digambarkan.
kisah orang-orang biasa yang tidak pernah dipeduli.
wahh, aku suka latar lokasinya!
latar yang biasa kita temu dan lalu tapi tidak pernah dihirau.
dah lama aku tunggu cerita seperti ini.
buat pertama kali dalam penontonan, hati aku menangis.

Saturday, November 05, 2011

aidiladha...salam

semoga segalanya dipermudahkan umat islam di sana

Friday, October 28, 2011

rasmikan Piala Malaysia dulu





sebelum pemenangnya esok, rusa atau peteh.

tengah hardcore bekerja boleh break kejap, untuk merasa piala.

Thursday, October 27, 2011

ok kita Deepavali

sehari sebelum, mood nak beraya. rancang. twit twit verbal.
maka, esoknya ke kediaman ikon penyiaran yang memegang rekod sebagai penyampai berita tv paling lama.





macam biasa aku tukang capture dan tukang crop

Saturday, October 22, 2011

maTi mereka

saddam di tali gantung
gaddafi dihenyak-henyak
osama juga yang misteri
kematian mereka memberi apa

Monday, October 03, 2011

teater kapSul KLKu oleh stefani

acting memaksudkan apa yang diucap. itu kata iryanda mulia ramli, pengarah teater Kembang Layarku (KLKu) kali ini. acting itu refleks daripada jiwa.

teater kali ini agak lari sedikit daripada teater stefani yang lalu. utama yang nyata, ia bukan muzikal. pelakon terlibat, semuanya peneraju utama, chi azim, jihan muse, ungku hariz, raja emy dan oreo.

pada aku, teater ini kembali kepada asal. basic
ada cerita tapi sebenarnya ia lebih kepada permainan seorang aktor. siapa akan bunuh siapa. siapa lebih dominan. siapa menjauhi diri dari tidak digauli, siapa akan menyeimbangkan aras rentak dan momentum.

gila! ia tidak sangat lama tapi agak menguji kemampuan si pelaku. sampai atau tak, boleh dirasa. andai ada yang tersasar pemusatan perhatian juga boleh dikesan walau tutup dengan gaya mekanikal. berupayakah mereka? stefani persiap mereka sebagai seorang aktor...
..dan mereka perlu kosong dan jujur untuk menjayakannya. ini kata aku.

selamat menonton kawan- kawan. jangan lupa hadir di stor teater dbp, jam 9 malam. mula 3 oktober hingga 8 haribulan sepuluh. tiket rm 20. teater kembang layarku (KLKu) karya dan arahan abang moel oleh sanggar teater fauziah nawi.   


foto sesi latihan KLKu

Thursday, September 29, 2011

anak-anak Berteater

semasa cuti yang panjang aku ada libatkan diri dalam produksi teater kanak kanak. aku cuma ada sekejap tapi dengan adik-adik ini memberi aku rasa masa yang panjang. adik- adik ini masih belum digauli dan dicemari hal- hal kepalsuan dan permainan hidup.  bersama mereka, aku tidak tersekat- sekat. marah ke, apa ke, ia habis dengan tenang dan riang.
niat yang baik berserta keikhlasan serta kesucian yang terhasil daripada adik- adik ini , pasti memberikan hasil yang gemilang. itulah akhir rupanya.
teater bangau oh bangau.


Friday, September 02, 2011

petugas media misi bantuan ke somalia DITEMBAK

 jurukamera bernamatv noramfaizul mohd. nor, 41, meninggal dunia setelah terkena tembakan curi semasa membuat liputan misi kemanusiaan kelab putera 1Malaysia dan bakti di mogadishu malam ini, menurut wartawan bernamatv  khairulanuar yahaya.

kejadian itu berlaku pada pukul 10.30 malam waktu malaysia, dan noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada pukul 11.07 malam waktu malaysia.
tembakan itu ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media dalam liputan berita telah tersasar dan mengena noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap.
 - sumber bernama
*foto noramfaizul* kredit blog datuk azeez & bernama


tengah bertugas. ofis dapat berita daripada peserta misi bantuan ke somalia ada wartawan tv3 dan jurukamera bernama ditembak. sangat terkejut dan tergamam. alfatihah.

Wednesday, August 24, 2011

ramaDan dan tx

mengejar tx pada bulan ramadan. ada juga terpaksa dikorbankan. tak boleh dijadikan alasan. memudahkan setiap malam disediakan hidangan untuk berbuka walau jamah dengan debar terkejar- kejar. alhamdulillah rezeki yang dilimpah kurnia.




habis kerja 1.30 pagi, asyik dengan cahaya, bendera dan kegelapan. lalu tangkap, sementara ke kereta. tiba- tiba terasa terpaan semilir. aku pandang keliling. oh, hanya aku di lapangan parkir. gegas ke kereta laju meluncur.




Wednesday, August 17, 2011

nikmaTi riuh sesak

kalau ditanya setiap muslim di kl dan selangor, tempat yang menjadi tumpuan untuk shopping keperluan raya, tak lain tak bukan mestilah jalan tar. di mana tempat tumpuan ramai, di situlah aku tak suka pergi. sesak yang merimaskan. nak menikmati pertimbangan beli atau tak sesuatu barang itu pun tak puas. tak selesa.

akhir aku ke jalan tar adalah dua tahun lalu. kerja masa raya, lalu nak melihat suasana shopping saat akhir malam raya warga kota. sebenarnya bukan malam raya tapi dah masuk pagi raya. jangka jalan sesak memang sudah diagak. gerimis pula. bukan nak beli apa pun. jeritan menarik pelanggan bergema. jalan kena ikut arus orang ramai. ramai beranggapan banyak lelongan tapi aku perhati yang ketara jelas dimurahkan harga kuih raya je.

balik, aku terperangkap dalam kereta. tak bergerak langsung. masa ni lah aku punya masa memerhati.
benar suasana ketika itu sesak dan merimaskan tapi aku suka tengok semangat berniaga dan membeli mereka. aku percaya keperluan yang nak dibeli pun mungkin tak banyak tapi mereka juga nak merasai suasana sesak shopping malam raya di kuala lumpur. tanpa jalan tuanku abdul rahman, tak hidup kuala lumpur.

tahun ini, kakitangan awam dapat merasa bonus awal menjelang raya. keutamaan tentulah untuk berbelanja. selamat berbelanja berpada- pada. jangan lupa bersedekah.
oh ya, hari ini nuzul quran. 



Wednesday, August 10, 2011

terkeJAr kejar

ada yang bergerak laju.
seakan cuba lebihi masa, bukan lagi mengejar.
ada juga ambil pendekatan kecilkan langkah. tidak apa lambat.
aku..sebenarnya berdebar dengan masa.
aku rasa masa agak bahaya.
ia tak nampak tapi bergerak
pengukur kronologi subjektif
maka kini aku tak pakai jam
aku terus cuba tidak nampakkan ia
ironinya, rutin prima aku kena menggauli masa.
aku taknak terkejar- kejar
aku taknak juga ketinggalan
aku nak ada pada waktu sepatutnya berada
tapi aku,
aku manusia...

Tuesday, August 02, 2011

selePas dinihari


fajar... sehari sebelum ramadan bermula, aku di tanjung lumpur, kuantan.


Thursday, July 21, 2011

bukan buRuk

antonim
baik ada
sebab adanya buruk
setiap manusia punya buruk baiknya
pada sifat atau sudut pandang
sama ada baik monopoli, atau buruk menakluki
itu bergantung
ada yang menuduh takdir
atau kerana situasi sekeliling
tetapi sebenarnya untuk menjadi apa
ia adalah pilihan
juga kerana kesedaran berfikir
atau sedar dalam penafian

sedang dua pihak berkonfrontasi, yang mana satu pihak bukan buruk dan bukan baik?
masing- masing akan kata mereka di pihak baik atau ayat selamatnya, pihak benar.
dalam konteks ini pihak ketiga yang akan menilai tanpa sentimen
mungkin juga kedua-dua di pihak baik
atau rupanya mereka juga tidak betul
baik ...berbalik kepada nilai- nilai murni
buruk, makanya yang kontra
ia pilihan, kesedaran dan melawan penafian
untuk melebihkan yang mana
buruk atau baik
juga
iman

Thursday, July 14, 2011

kAwan lama

ini terjadi dua tahun lalu.
baru sahaja sampai ofis. dengar deringan. aku angkat.
"boleh saya bercakap dengan bla,bla,bla..."
"siapa bercakap ni", tanya aku cocky sikit.
yang menalifon tu perkenalkan diri.
aku tanya dengan nada yang lagi cocky, sedangkan dalam hati aku dah tahu.
lepas tu jerit. dua- dua jerit.
yang telefon tu, kawan lama. kawan satu sekolah. sekolah rendah.
bukan kawan biasa. kawan baik. rapat.
jahat aku buat- buat tak kenal pada mulanya.
kawan aku tu cari nombor ofis aku lepas tengok nama aku kat tv.
nama aku, aku je (konon). memang dia pasti.
banyak bualan imbas lalu. jadi segar memori lama tu.
gila, rindu betul. masing- masing tinggal di lembah kelang. tapi susah nak jumpa seakan tinggal di negara lain. konon.
... dan sekarang kami masih tak dapat jumpa lagi.
itu kawan semasa di srk jalan gurney 1.
kawan di sekolah menengah ? sabkl.
hmmm...
di sekolah menengah ada kumpulan kawan.
kawan masa tingkatan 1 hingga 3, lain. tingkatan 4 hingga 5, lain. tingkatan 6 rendah dan 6 atas, juga lain.
senior tingkatan atas yang jadi abang angkat, kakak angkat, boyfriend angkat.
junior ada yang jadi adik angkat.
ini mencipta kawan yang ramai. tak termasuk kawan (dan musuh) dari sekolah lain.
alam selepas sekolah, mencipta dunia yang lebih luas tapi menyempitkan ruang, menterhadkan masa. atau aku yang memilih untuk begitu. sungguh... aku terkenang kalian, nanti aku hubung.

Sunday, July 03, 2011

tarikh ditunggu-tunggU

sebelah pihak rancak berhimpun
sebelah lagi canang larangan
hmm... ada yang tersenyum memerhati
9 julai jadi tarikh yang ditunggu-tunggu
pula

Saturday, June 04, 2011

itu Kongsi

aku rasa penonton yang melapan jutakan filem kongsi tu balik panggung dengan kecewa.
bagus, terus menjutakan.
tapi, baguskah kecewa.
wahai pembikin filem, jangan terus mengecewakan penonton yang menjutakan.